Quantcast
Channel: nanyfadhly
Viewing all 609 articles
Browse latest View live

Kenangan Limau Bali

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

11 tahun berlalu dan banyak betul perubahan yang berlaku. Dari kecanggihan handphone masa saya pakai mula-mula kerja dulu yang bentuknya masih macam batu bata tapi nipis sket la and pendek. hahaha! skrin pun dah bercahaya dan berwarna warni. Upgrade sket dari zaman universiti yang background skrin pun cuma hitam putih macam ceta Allahyarham P.Ramlee dulu.

Nowadays, tak yah cakapla...tengok FB, IG, baca message boleh tengok jam tangan ajer. Ker ada lagi canggih? Maklumlah , semakin usia meningkat,semakin slow bab-bab teknologi ni. Apa yang penting, still boleh get connected antara satu sama lain.

Sama juga dengan majlis-majlis pertunangan, perkahwinan, akikah dan majlis-majlis lain. Semua dah upgrade. Dari barang hantaran, environment majlis , kad undangan , cara ambik gambar. Oiiii~ dah macam-macam kan?

Balik kampung baru-baru ni, mak petikkan buah limau bali yang ditanam di tepi rumah. Dah agak masak cuma saya bukan penggemar buah limau bali. Sempat saya kenalkan buah ni pada anak-anak. Ambik daun dia sekali kasi derang bau. Hehehe...

Ada kenangan sebenarnya dengan buah limau bali ni. Masa majlis pertunangan saya dengan suami dulu tak silap tahun 2005, buah limau bali yang besar sama saiz macam buah kelapa tuh mak saya jadikan barang hantaran juga. Nasib masa tuh, pokok koko dah tader...kalau tak, maunya dia letak sekali dalam bakul hantaran tuh. Hahaha! tapi saya redha ajer..tak kisah pun. Janji memang kita nak bagi keluarga sebelah lelaki tuh merasa hasil tanaman sendrik. Keluarga suami pun memang duduk kampung, jadi okeylah..sekufu bab-bab ni :)

Di kampung ari tuh, saya banyak buat aktiviti dengan anak-anak. Salah satunya, melukis dan mewarna.
 Dah siap! cantik tak hasil yang Umair buat ni?
 Tak perasan bila pulak ada garisan hitam di kiri kanan buah tuh. Mungkin kah kerja budak-budak ni?
Dah sama besar dengan kepala Umair dah buah limau bali ni . Hahahah!
 6 kilogram yang lalu. Saya dan bekas tunang saya yang kini adalah suami dan ayah kepada 3 orang anak. Ketahuilah juga bahawa baju yang saya pakai ni dah tak muat nak pakai dik non!!! huwaaa!!! Stress...bila nak kurus balik ni. Hahahah!
Tengok lah! cuba korang cari buah bali itu dan bulatkan ianya. Hahaha! Ni dah habis kreatif yer kawan-kawan. Sumer ni kami ahli keluarga buat sendiri. Kakak ipar ku banyak tolong. Kuih pun banyak yang tradisional.Set mandian ke wangian ke..pakai body shop ajer. Tu yang paling mampu masa tuh. Huk...huk..huk.

Alhamdulillah...kami masih bahagia ke hari ni. Minta kawan-kawan doakan kami terus bahagia bersama anak-anak hingga ke syurga yer. Sapa-sapa yang nak mendirikan rumahtangga tuh..nasihat saya ..ukur lah baju pada badan sendiri. Jangan la buat pinjaman sana-sini semata-mata untuk majlis yang grand. PALING PENTING..keberkatan dan pahala di sisi ALLAH S.W.T itu. Tak bestlah, anak-anak dah sekolah still hutang pinjaman kawen tak settle lagi. Perkara yang mudah tu jangan disusahkan. InshaALLAH, nanti anak-anak nak kawen..umur panjang..akan saya nasihatkan mereka juga :)

Thanks korang sudi baca entry major throwback ni.

Have a nice day!





Wordless Wednesday

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t


Another drawing by dear daughter. Fuji San! we are missing you so much. Hope we can meet again one fine day.

InshaALLAH

That's All and Thank you for reading


Pengalaman mengajar kanak-kanak teknik faham bacaan solat ( rukuk )

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Pernah tak korang sebenarnya nak sangat buat satu bende atau tugasan tuh. Tapi macam-macam alasan dan termasuklah sikap dalaman yang suka sangat bertangguh. I always found it in myself. Walaupun kadang task tu bukan susah sangat pun nak buat.

Contoh :

1) Solat awal waktu. Kadang masa ni la ade bende lain gatal nak settelkan. Sebab tuh Ustaz Nouman Ali Khan pernah pesan. Don't comprimise your prayer time with other things. Walaupun bende tu macam kecik jer pada kita. Sebab memang akan terdrag dengan tak sengaja. Huhhuhuhu.

2) Nak sambung jahit poket baju melayu. Poket tuh kecik ajer pun. Tapi fikir sebab renyah and tade deadline jadi malas and nantilaaaaaaaaaa I buat

3) Update blog . Idea dah ada tapi perasaan malas tuh macam nak kena seret heret kaki badan tangan ke workplace. 

4) Ajar anak. Ini paling mencabar sebab melibatkan emosi emak dan anak. One of us kena stabil emosi. Kalau tak...hai..hai ..bai..bai la jawabnya!

Saya dah attended TOT ( Train of Trainers ) tentang Faham Bahasa Arab. Kalau tak silap dua bulanlepas kot. Lama dah. Dok berazam nak apply terus tapi asyik tertangguh. Sampai la bila habis baca buku motivasi yang bertajuk " Eat That Frog". Terus rasa insaf and takmo dah tangguh-tangguh.

Jadi, Selasa pagi lepas. Saya berkesempatan dapat mencurahkan dan berkongsi ilmu dengan anak-anak di IISPJ ( Integrated Islamic School Puncak Jalil ). Terharu rasenya bila pengetua sekolah tersebut mengizinkan saya menggunakan sekolah beliau sebagai tempat untuk saya terus terusan berkongsi teknik ini.

Tempat selesa lengkap dengan whiteboard , marker pen and other stationaries. Sebenarnya, sekolah ni masih beroperasi walaupun cuti sekolah. Cuma kehadiran tu tade la wajib since bukan semua cikgu yang datang bertugas. Derang pun tade la belajar sangat macam biasa. Sebab tuh, saya ambil peluang ni mengajar anak-anak di sini. Ada juga pengisian mereka.

Kebetulan, Selangor cuti from Isnin until Selasa. Murid yang ada pun cuma 3 orang ajer. Hehehe..takperla, bilangan tu tak penting. Pada saya, keberkatan itu paling utama. Dan sebab lain adalah saya dah nekad dan berjanji dengan diri sendri nak buat kelas ni dengan kids.

Alhamdulillah...Allah mudahkan urusan saya. Kelas cuma ambil sejam untuk saya mengajar bacaan rukuk. Anak-anak ni dah boleh membaca cuma nak kan mereka faham apa yang mereka baca semasa solat. Habis kelas, saya pesan supaya nanti jangan lupa ajar adik beradik yang lain. Buat sama-sama dengan mak dan ayah. Harapnya, mereka buatla tuh kat rumah. Hehehe...

Anak murid Aunty Nany ada 3 orang jer ari tuh. Exclude my kids lah. Hehehe...
Tekun adik Yussuf kita menulis. Cantik dan kemas tulisannya :)
Tekniknya, saya bagi kertas size stick note tuh. Then, suruh derang buat macam saya tulis kat whiteboard ni
Bacaan rukuk mengkut per-kata
Ada kuiz! sapa dapat jawab..aunty bagi star!!!!!.
Komunikasi 2 hala berlaku antara anak murid dan guru.
Semasa kuiz dijalankan, saya bagi derang honey stick as hadiah. Ala-ala cokelat choki-choki tuh tapi yang ni madu. Sihatkan?

Sebelum berakhir kelas ni, seroang pelajar personally cakap dengan saya -

"Aunty Nany...terima kasih sebab ajar kitaorg hari ni. Lepas tu bagi hadiah lagi kat kitaorg"

Huwaaaa...aunty dah berkaca-kaca mata yang memang pakai kaca mata pun. Hahah!!!! tersentuhhh hati aunty. Terima kasih naakkk~~~ Aunty doakan semoga faham dan meresap terus dalam hati apa yang aunty ajar arini. Next time, kita buat sekali dengan art & craft. InshaALLAH. Doakan aunty sihat dan kuat semangat yer.

p/s : parents if ade anak yang boleh baca rumi and jawai boleh juga apply teknik ni kat rumah sama-sama yer. 

That's all and thank you for reading!





Jom mewarna di Hypermedia Library, Bandar Puteri, Puchong

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Hari ni dah 19 haribulan. Bermakna ada lagi lebih kurang dalam 2 weeks untuk anak-anak memulakan hari persekolahan untuk tahun yang baru, 2017. Cepat sungguh kan masa berlalu. Cuti sekolah ni kami tak jalan ke mana pun, cuma balik kampung and jalan di Mall kalau ada keperluan.

Cuma nak cerita aktiviti menarik yang tertarik yang boleh anak-anak lakukan sepanjang cuti sekolah ni. By the way, anak-anak saya berumur 8, 6 dan 4 tahun. Jadi cabaran nya tidaklah sebesar ibu-ibu yang ada baby ataupun jarak usia anak-anak yang rapat dan masih kecil. For me, sesuaikan aktiviti dengan usia si manja. Faktor lain juga perlu diambil kira.

Last Friday, saya bawa anak-anak ke library hypermedia Puchong untuk memasuki pertandingan mewarna. Sepanjang cuti sekolah ni, memang library ada buat pelbagai aktiviti termasuk coloring contest and art & craft. Memang ada bilik khas di dalam kids zone untuk aktiviti seperti ini dijalankan.

Jom tengok apa lagi aktiviti yang disediakan di Hypermedia Library , Bandar Puteri, Puchong :


Best kan? hampir setiap hari ada aktiviti yang dijalankan di sini. Lagi satu, kalau aktiviti tersebut yang merupakan art & craft contoh "boneka dari span" bahan-bahan kita kena sediakan sendiri. Pihak library cuma menyediakan alatan asas seperti gunting, pensel warna dan gam. Tapi kalau aktiviti mewarna tuh..tak yah bawak apa-apa lah kecuali nak guna oil pastels ke water color ke..boleh la bawak sendrik. Yuran pula hanya serendah RM1.



Masa yang diberikan untuk peserta menghabiskan tugasan mereka adalah selama sejam. Ibu bapa tidak dibenarkan memasuki bilik ini. Kitaorg intai ajer dari pintu kaca tu. Hehehe...gambar pun tak berapa menjadi sebab kena filter dengan kaca. Hahah!

Peserta pun tak ramai. Kurang dari 10 orang
Paling atas tuh adalah  hasil terakhir Hannah mewarna. Sebenarnya saja ajer suka-suka kasi die warming up masuk this kind of contest. Nak bagi dia biasa dengan feeling and environment pertandingan tuh. Tak sangka juga bila Hannah dapat tempat pertama :) Alhamdulillah..
Dalam tu ada bekas air, tupperware makanan, crayon and alat tulis. Dari awal sebelum kakak masuk pertandingan lagi si Uwais dah pesan awal-awal..kalau kakak menang dia nak sket hadiah kakak tuh. Hahah! kalau dia nak masuk memang mama nya tak harap la dia boleh independent. Takut nanti, kakak kena kacau tak pun kaler half jer pastuh sibuk cari mama :)

Jadi korang jangan tunggu lagi....cuba check public library terdekat dengan rumah. Mana tau, anak-anak pun enjoy.

That's All and Thank you for reading!


Book's review time! *EAT THAT FROG*

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Buku kategori self help / motivasi yang senang dan mudah nak faham. Walaupun sebenarnya buku ini ditujukan khas untuk mereka yang 'bekerjaya'. Be it if you are a leader or 'kulikutif'. Tapi, personally I think this book meant for everybody.

For me as a homemaker with three children, I still need to have guidelines and discipline to run the  house chores and other stuff especially when it comes to parenting task.

Antara yang menarik perhatian saya dalam buku ini adalah apabila penulis menyarankan agar kita "makan katak yang paling huduh" dahulu.

Maksudnya, kita perlu selesaikan tugas yang paling susah dahulu. Disamping itu kena apply rules 80/20 di dalam kehidupan kita. Tahukah anda semua bahawa 80% kehidupan kita dikawal oleh faktor dalaman manakala 20% lagi dari luar?

Apa pun alasan yang kita bagi, kita tidak seharusnya dahulu menyalahkan orang luar. Kerja yang sukar juga akan menjadi senang dan mudah serta tidak mustahil jika dilakukan sedikit demi sedikit. Yang paling penting adalah DISPLIN. Nanti kita sendiri yang terperanjat bila melihat hasil yang sedikit itu lama kelamaan menjadi bukit.

Buku ini saya pinjam di library hypermedia Bandar Puteri Puchong. What a bliss! since nowadays dah tak kerja , no monthly steady income so dah tak dapat nak bershopping sangat. So, dengan adanya public library ni masalah pun selesai. Pinjam saja dari library. Cukup haul jangan  lupa pulangkan. Anak-anak pun sama, pilihan buku punyalah banyak sampai derang pun macm kelabu mata nak baca yang mana.

Pada pendapat saya, kita kena sentiasa cari alternatif lain if nak sesuatu perkara. Setiap cabaran dan halangan pastinya ada jalan penyelesaaian.

That's All and Thank you for reading!

 

Tips galakkan anak-anak makan sayur

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Anak-anak saya sebenarnya tak der la suka sangat makan sayur. Boleh kira dengan jari sayur apa yang derang suka makan. Walaupun dah puas ceritakan 1001 kebaikan sayur ni. Cuma , saya nak share antara tip yang tetiba saya rasa boleh dicuba pakai untuk ibu bapa yang lain.

InshaALLAh, saya akan kongsikan tips ni satu persatu depends on apa yang saya 'jumpa' ketika dan saat ianya berlaku. Kadang-kadang ilham turun dari ALLAH S.W.T tanpa disangka-sangka. Jadi, ini tips pertama eh? If ada lagi in future...will be shared next time.

Galakkan anak-anak masak bersama-sama

Okey...memula, kenalkan sayur pada derang. Macam yang ni...B.A.Y.A.M. Kot nak speaking english pun boleh. Tak kisahla bahasa apa pun. Yang penting objektif nye tercapai yer dak? nak ajak time bila? Anytime ajer. Tengah main pun boleh. Korang buat la style panggil macam announcement tuh ha...baru la derang excited nak tolong. Kalau macam bagi arahan mak tiri yang melaung sampai jiran depan dengar tu ..baik lupakan ajer. Korang buat sedirik lagi bagus! hahahah~

Umair pakai ninja costume dia lagi sebab tengah main kena ajak  siang sayur bayam. Jangan lupa tekankan ilmu tauhid sekali. Kenalkan yang ALLAH S.W.T yang buat sayur ni. Warna apa??? hijauuu...Then, tunjuk, mana daun , akar and batang. Dah smpi part akar tuh boleh lagi nak explain proses tumbuh-tumbuhan dapatkan makanan . Demonstrate cara nak asingkan daun dan batang. Muka Umair jadi macam tuh sebab tengah struggle nak patahkan batang bayam tuh. Hahah!

Lepas tuh, suruh la tumbuk bawang, ikan bilis semua dalam lesung batu. Anak-anak saya memang enjoy sangat part tumbuk menumbuk tuh. Lagi halus dari saya tumbuk. Sebab derang buat sistem giliran. Adik tumbuk ikan bilis, kakak bawang merah, abang bawang putih. Waaaaa!!! senang kan keja kita kat dapur? in a meantime boleh la cuci pinggan mangkuk kat sinki tu haaa.

Lepas dah masak, duduk makan sama-sama. Cakapla, ini lah sayur yang Umair, Uwais and Hannah tolong mama siang tadi. Memang derang automatik akan excited nak rasa. Okeyla tuh...good start kan? dari tak nak makan langsung. Derang tak makan sayur tuh banyak pun...tapi mama cukup puas hati bila derang dah boleh dengan rela hati nya ambil sendiri sayur tuh dalam mangkuk bawak ke pinggan and suap ke mulut.



Kejayaan juga bagi mama ni.

Good job anak-anak. Nanti kita try sayur lain pula ok?

Korang sumer, kalau ade tips lain boleh la share kat sini :)

That's All and thank you for reading

Resepi mushroom yang sedap . Hanya 3 minit!

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Resepi ni jadi 5 minit kalau ambik masa untuk bersihkan kulit dia. Tapi bukan basuh eh...koyak kulit atas die tuh macam kita bersihkan carrot. Yang hitam-hitam tuh takmo..nak yang bersih putih ajer.

All you need is :

1) Champ Mushroom
2) Ginger
3) Oyster sauce

Step by step :

1) Bersihkan dulu mushroom tuh. Tapi tak perlu basuh ok? just buang kulit paling atas tuh jer. Then, potong 4 bahagian

2) Ambil ginger, then cincang halus

3) Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan ginger. Kacau jap sampai naik bau.

4) Masukkan mushrooms yang dah dipotong 4 tadi. Kacau-kacau rata. Masukkan 1-2 sudu besar air. ( Depends on mushrooms's quantity)

5) Lastly, masukkan oyster sauce. Keep stirring. Garam and gula  tak payah dah sebab oyster sauce tuh dah masin lengkap semua.

6) Masak dengan api yang kuat dan tutup kuali so that, wap dia tak keluar. Nanti mushrooms tuh akan lebih juicy and moistured.

7) About 3 minutes. Tutup api. Siap!


Resepi ni favourite satu rumah. Confirm habis kalau masak ni. Hannah siap korek kuah die yang sket tuh sampai licin. Hahah!

Nanti cuba la, sebab kalau dah tak tau nak masak ape sayur kan..selain dari ulam yang tinggal basuh , potong-potong terus letak dalam pinggan. Suap.

That's All and Thank you for reading

Have a long and great weekends!!!


Count your blessings!

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Pernah tak korang semua tercompare your life with others? Normal kot. Sebab saya pun terbuat jugak. Tapi taderla effect die macam kena hempuk dengan batu bongkah besar tuh. Just macam terfikir jugak  beberapa emosi dan perasaan..macam contoh :

Eeee...bestnya nengok die ni. Dah la cantik, anak comel, husband kaya raya.

Syoknye dapat jalan-jalan sokmo. Gi situ, gi sini.

Sebenarnya itu semua ujian untuk kita . Samada kita ini bersyukur dengan apa yang ada ataupun tidak. Cuma kadang-kadang, boleh juga apa yang kita dok tengok kat social media tuh boleh jadikan pencetus semangat untuk kita berjaya. Well, rasanye itu depends kat diri masing-masing. The way you look into that subjects will determine your thoughts and actions.

For me , senang ajer. As  a muslim we must follow what has been guided and told in Al-Quran. Bila tak senang dan jiwa kacau try korang refer balik Ayat-ayat suci Al-Quran tuh. Ada banyaaakkkkk ayat yang ALLAH S.W.T turunkan untuk memujuk kita semua.

Antara yang saya suka adalah surah Al-Kahf ayat 46 :

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا


Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan. 

Why soothing? coz for me, bila baca memang rasa tenang dan bahagia jer. Yerla, ada orang nak anak, tapi belum rezeki lagi. Ada pasangan yang nak menambah zuriat, tapi masih belum rezeki mereka lagi. Yang tengah berbisness tapi alahaiii...cabaran dan dugaan nak capai target sales punya la susah kan. 

Yang penting kita kena tetap berusaha.

Dulu, sedeh jugak bila fikir all my 3 children was delivered via c-sect. Memang tader rezeki nak normal. Tapi now, menyesal nye lahai bila diingat balik. 

Why must I feel sad and down ? 

Walaupun all c-sect but I am in a good health until now. Alhamdulillah.
My children sorang pun tak kena tahan kat ICU or warded due to jaundice. Alhamdulillah.

I knew few friends yang walaupun delivery their babies in normal way tapi ada dugaan lain kena hadap. Ulang alik gi hospital sebab anak jaundice.
Sakit lah c-sect kan. In fact, until now boleh rasa lagi kalau tekan kuat-kuat kat area tuh. Tapi selalu lah kena ingat bahawa setiap kesusahan ada kemudahan. Indeed true.

Verily, with hardship, there is relief
Verily, with hardship there is relief (Qur’an 94:6)

So guys, keep watching and count your blessings ok?

Look around and go deeper into your heart, body and soul. Mesti ada sesuatu yang ALLAH S.W.T  bagi kat kita tapi tade kat orang lain.

Today, my husband went back to Pengerang after a week in KL . Sempat buatkan bekal makanan kat dia. Simple ajer pun ..nasi putih, salmon grilled and sup sawi. See you another 11 days hubby!
Semoga sentiasa dalam lindugan dan rahmah kasih sayang ALLAH S.W.T



DIY String Pouch

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Mood menjahit yang ke laut dah naik balik ke darat! 😅 Sibuk ape ntah bulan ni sampai Hannah pun perasan "mama dah lama tak menjahit" . Sebenarnya ada benda lain yang tengah difokuskan. Nanti la yang tuh kita cerita entry lain.

Anyway, sebelum masuk beradu malam semalam. Saya sempat siapkan string pouch yang akan diberikan sebagai hadiah kepada art teacher Hannah.

Senang ajer nak buat sebab tengok buku. Cuma, saya adjust kepanjangan dan play with the fabrics. Terapi minda sangat bila dapat match-match kan kaler and pattern. Melayang perasaan ke udara jap! haha! over tauuu~~~

Boleh lah nanti teacher masukkan all pencil colors, markers, magic pen, pencil, pen dan yang sewaktu dengannya.

Dalam sejam setengah jugak buat ni. Termasuk tugas menggosok , bukak balik jahitan yang salah, layan Uwais tengok hasil die buat cupcake from play dough. Kena amik video sebab die nak bagi papa dia tengok. Motif ? papa awak dah berdengkur dah time tuh nak oiiii! hahaha~

Lastly, I hope you will enjoy this small gift yeah ArtsisStudio ArtCraft. We have tried our best and the ALLAH S.W.T do the rest.

That's All and Thank you for reading!


Main masak-masak buat kek batik

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Cuti sekolah kadang lebam buntu tak tau nak buat apa dengan anak-anak. Makanya, mama mengajak tentera cinonet a.k.a little chefs tu sama-sama berganding bahu membuat kek batik. Derang ikut step membeli bahan-bahan yang diperlukan dari GIANT lagi. Mama bagitau nak buat kek batik, jadi jom la kita cari bahan-bahan sama-sama yer anak-anak.

Resepi ni senang jer, korang boleh ajer google nanti pelbagai resepi kek batik keluar. Pilih lah ikut kesesuaian semua yer. Hehehe..

Jadi bahan-bahan nyer mesti kena ada :

1) Biskut Marrie.

Kuantiti dia sepeket tapi sorry sebab lupa berapa gram. Tak silap 300 gram kot. Belum pape lagi the kiddos dah sibuk nak makan biskut nih. Haihhh...Sambil patah-patahkan, sambil ngap. Oh yer! bab patah hancurkan biskut ni memang bidang dan kesukaan anak-anak. Korang tak payah sibuk2 nak buat, bagi derang ajer patahkan. Ikut suka hati la sebab nanti hasilnya derang juga yang makan. Hahah! yang penting sedap memikat anak tekak dan perut.

2) Butter
Gunakan sebuku ni yer dalam 250gram

3) Serbuk Vico / Milo
Sengaja beli yang peket kecik ni , 200gram. Terus bukak and guna habiskan untuk buat kek batik. Malas nak bersukat-sukat dengan stok vico yang memang ada kat dapur tuh.

4) Susu pekat manis
Dalam resepi yang saya rujuk tuh kena guna setengah tin. Tapi rase macam manis nyer la oiii..Kita kurangkan lagi jadi 1/3 tin sahaja. Since vico tu pun udah manis yer dak? Tapi kalau korang suka manis sweet tuh..boleh la tambah . Dah katanya homemade kan? ikut la lidah sendiri. Cuma, nasihat saya..tak yah la kot! kang kena penyakit pulak. Kalau nak manis jugak, sila tambahkan senyuman dan lemparkan lah dengan penuh menggoda untuk sang suami yer! oii..merepek ape ni? hahaha!

Ok..ok...seterusnya kita tengok cara-cara nyer. Sediakan segala radas yang berkaitan yer puan-puan. Saya guna periuk besar terus.

Step 1 ) Masukkan sebuku butter tadi. Tunggu dia cair lebur 100%

Step 2) Masukkan serbuk vico ke dalam periuk yang butter dah cair tuh. Then, kacau-kacau.



Step 3 ) Masukkan pula susu pekat manis ( gambar tade atas dasar keselamatan, dapur, anak-anak dan kamera kesayangan ku ). Teruskan mengacau bahan-bahan tersebut.

Step 4) Bila semua dah sebati bercampur dengan gembira, masukkan watak utama iaitu biskut marris dengan jayanya. Teruskan mengacau rata-rata.

Step 5) Bila dah ready, boleh pindahkan dalam loyang atau bekas yang korang suka.Tekan-tekan kasi padat eh?
Ours turned out keras pulak. Hahah! tapi tader hal sebab still sedap and dah tinggal half dari loyang ni kena ngap with the kids. En Husband tade pulak, if not maybe dah habis kot!

See? senang kan nak buat? tinggal rajin atau tak ajer. hahah!

That's All and Thank you for reading






Book's review time! ( "Selamat pagi Cikgu")

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi semuaaaaa! Selamat pagi cikguuuuu! ( sila baca dalam intonasi Upin Ipin )

Cikgu-cikgu semua apa khabar? Tinggal few days jer lagi before cuti sekolah habis dan bermula semula rutin harian cikgu-cikgu di Malaysia.  Tak sure if ada pembaca setia di blog saya ni yang kerjaya nya seorang guru. Kalau ada, jangan lupa kenalkan diri, tinggalkan komen. Nanti saya jejak cikgu cikgi semua.

Oklah,

Di Pagi Jumaat yang penuh barakah ni, saya nak kongsikan review tentang buku yang saya baru habis baca. Tajuknya seperti gambar di bawah :

Cita-cita menjadi cikgu bukanlah dalam list saya. Tapi kalau masa kecik dulu, bila cikgu suruh tulis apakah cita-cita kamu bila besar , maka kerjaya cikgu tiba-tiba dalam senarai. Selepas doktor dan pegawai bomba. Apsal ntah saya letak pegawai bomba. Hahaha! Budak kampung kot...tengok pun cerita "roda-roda kotaraya"lakonan Yusuf Haslam dan A. Galak. Minda tak terbuka sangat.

Tulisan Tuan Haji Zainal Haji Bujang ni pada saya agak luar biasa dan menyebabkan saya tak sabar nak tunggu ending cerita dia. Dah menjadi kebiasaan, kalau buku tuh best saya akan habis baca dalam 3-4 hari jer ( kira hebat dah ni sebab kena buat kerja rumah yang lain..hehe)

Jadi, apa yang menarik?

Kisah pengalaman beliau pada zaman 60an yang merupakan pemuda kampung di Negeri Sembilan akhirnya keluar dari kepompong pergi ke tempat yang terlalu asing bagi beliau. Kuala Lumpur. Ada banyak juga moment yang menyebabkan saya teringat kisah saya sebelum berhijrah ke bandar kerana ingin menuntut ilmu.

Antaranya, bila penulis menceritakan emosi nya tatkala berpisah dengan ibu bapa yang sanggup menaiki bas dari kampung bersama-sama penulis ke Kuala Lumpur dan akhirnya terpaksa berpisah berpelukan sebagai tanda ucapan selamat tinggal. Saya ingat yang itu! mak saya menangis ketika menghantar saya ke asrama semasa saya ingin meneruskan pelajaran di tingkatan 1. Walhal bukan jauh pun, 1 jam ajer dari rumah.

Dulu saya tak faham..kenapa mak nak nangis. Bukan saya sakit ke ape...tapi sekarang dah bergelar seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata. Barulah saya faham perasaan itu. Setiap kali nak berpisah kalau hantar saya jauh ke tempat lain, pasti emak sedih. Klimaksnya, semasa saya ingin memasuki ASASI Matrikulasi di UM. Emak menangis lagi. Banyaknya air mata emak menitis kerana anak-anak :(

Cerita penulis lagi menggambarkan tentang bagaimana serabut dan takutnya beliau ketika ingin mengharungi kehidupan pertama di Kuala Lumpur. Korang bayangkan la, mana ade LRT, UBER,Grab, Waze adn google map masa tuh. Eh jap! handphone pun rasenye tak smpi lagi Malaysia. Dalam was-was nak naik bas hari pertama ke sekolah tempat beliau mengajar tuh akhirnya sampai juga. Saya pun excited sekali! hahahah!

Menurut beliau lagi, ladang kebun getah juga masih banyak dan merupakan salah satu laluan untuk  sampai ke sekolah SRJK Batu Empat, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Lagi satu, buku ni bagus sebab banyak juga diselitkan ayat-ayat Al-Quran yang memujuk hati. Disertakan sekali dengan nama surah dan nombor ayat ke berapa.

Dari seorang cikgu biasa , guru penolong kanan, guru besar dan akhirnya menjadi salah seorang penyelia KBSR di Unit Kokurikulum. Part kelakar masa tuh, semua orang pakai komputer tapi dia jer pakai mesin type writer. Malu! tapi beliau tidak lekas putus asa.  Cepat bertanya pada yang pakar dan tidak malu meminta tunjuk ajar.

Banyak lagi nak moment2 best dalam buku ni. For me, buku ni sesuai sangat dibaca untuk cikgu-cikgu di luar sana. Semangat jitu dan minat beliau sebagai seorang pendidik betul-betul di ekspressikan dalam buku ini. Semoga menjadi pencetus semangat dan dorongan buat kita semua. Untuk mencapai kejayaan dalam apa juga bidang yang kita ceburi, pastikan kita berusaha bersungguh-sungguh dan banyakkan bersabar. Buat lah sesuatu yang kita minat. Selagi hayat dikandung badan.

That's All and Thank You for reading!






Aktiviti Cuti Sekolah December 2016

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Hari ini bermula lah sesi persekolahan bagi tahun 2017. Selamat tahun baru semua! Kali ni, saya nak kongsikan aktiviti-aktiviti yang saya lakukan bersama anak-anak sepanjang cuti sekolah sebulan baru-baru ni.

Umur anak-anak between 8 - 4 yrs old. So, korang semua boleh la sesuaikan aktiviti yang kami buat dengan usia anak dan situasi masing-masing ok! Paling penting semua kena fun fun! Jangan terlalu tengok pada hasil tapi cuba tengok pada usaha dan proses yang terlibat. Dipersilakan bagi credit yang  extra di situ :)

Jom kita check it out apa aktiviti-aktiviti tuh:

1) Science activity :

Kebetulan Tadika Little Caliph Umair di Puncak Jalil mengadakan science camp di sekolah tersebut. Ianya berlangsung selama tiga hari. Program ni actually under Alfa and Friends. Tak silapnya yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM250. Tak wajib pun, sapa nak join dipersilakan. Nanti dapat Science Kit . Macam-macam ado dalam tuh.

2)  Balik Kampung

Ok yang ni aktiviti untuk mama. Balik kampung belajar menjahit dengan Makcik Asmah. Yuran cuma RM60-RM70 untuk buat baju kurung / kurung melayu . Konsepnya belajar sampai pandai. Siapa Makcik Asmah ni? haaa...nanti  akan dibuat satu lagi entry. Ada kisah silam saya dengan makcik ni.

3) Enrollment of Art Class

Sengaja saya daftarkan anak-anak ke kelas art di Art Safari. Kelas seminggu sekali dan satu sesi around 2 hours. Untuk yang berminat mencuba boleh la amik "trying class" tapi kena bayar RM20 sorang. Kalau daftar hari tuh jugak then die kasi 'wave' yang rm20 tuh. Total bayaran termasuk registration kalau tak silap dalam rm350 untuk tiga orang dan kelas 4 kali sebulan. Since bulan ni dah start sekolah, mama is still contemplating to continue or not.

4) MAHA 2016

Pegi jugak MAHA on the last day of the event. Punya la ramai umat manusia. Ended up, kami cuma pegi 2 tempat ajer. Upin Ipin and Perkampungan Mok Cun. Nak pergi tempat lain tak sanggup dah. Plus hari dah nak hujan. Jadi keputusan dibuat sebulat suara untuk teruspulang ke pangkal jalan around kol 1 pm 😂

 5) Main masak-masak

Antaranya adalah nasi ayam ....
 Sayur bayam goreng dan juga.....
Kek batik!

6) Library and coloring competition :

Kebanyakan perpustakaan awam memang buat macam-macam aktiviti untuk kanak-kanak sempena cuti sekolah. Yuran pula serendah RM1! Check sini untuk cerita tentang Hannah memasuki pertandingan mewarna dengan lebih lanjut ok! Sementara tunggu si kakak habis mewarna, adik-adik sibuk pilih mana buku yang boleh dipinjam untuk dibawa pulang.

7) Wedding !!!

Anak sepupu ( yang lelaki ) menamatkan zaman bujangnya. Paling seronok bila maa dan bapa saudara dari kelantan bermalam di rumah kami :) Anak-anak pun happy bila dapat jumpa sepupu sepapat dan menikmati keseronokan 'berkenduri' termasuk makanan dan persembahan kompang.
Ada yang rajin melayan buat DIY greeting card kat rumah ari tuh :)
8) Faham Al-Quran tanpa asas bahasa arab
Anak-anak memang dibawa sekali dengan harapan boleh 'tangkap' sekali apa yang mama derang ajar dekat anak-anak IISPJ ni. Dalam masa yang sama cuba untuk menjadi contoh yang terbaik buat mereka.

Selain itu, target saya untuk Hannah memahami bacaan solat sepanjang cuti sekolah ni hampir 100% berjaya. Doa iftitah 98% dah boleh ingat , tahiyat awal 100% ingat, tahiyat akhir 90%, bacaan rukuk, sujud - 100% ingat, duduk antara dua sujud 98% ingat. Yang tak ingat langsung doa qunut. Takper, nanti kita sambung lagi.

Untuk Umair pula...masa mula2 cuti sekolah dulu bacaan tahiyat akhir die ada yang tak betul. Tertukar-tukar. And now..Alhamdulillah..bila buat hari-hari dah lulus dah! Bacaan lain tak check lagi. Semoga ALLAH S.W.T bagi kekuatan untuk mama consistent buat revision. At least we make an effort.

9) Playground

Paling dekat dengan rumah. Budak-budak suka sangat dapat lari sana lari sini,main swing, slide dan cari serangga.Sebenarnya bagus kan bawak anak-anak ke taman permainan macam ni. Kanak-kanak kena buat this kind of activity. Baru lah sihat!

10 ) Coloring competition

Sengaja ambil peluang ni untuk Hannah cuba masuk pertandingan mewarna under PELIKAN. Tarikh tutup penyertaan on 31st January 2017. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh layari website mereka di : http://www.pelikan.com/kids/Pulsar/en_MY.CMS.displayCMS.2477./contest . Doakan Hannah lepas stage pertama ni yer. Dah lepas stage yang ni, baru boleh masuk final.

Saya juga dipertemukan dengan seseorang yang sangat berbakat dalam bidang seni ni. Beliau banyak membantu kami berdua. Kami cuba bincang idea sama-sama dan lepas tuh belajar teknik coloring yang betul dan cantik menggunakan pencil color.  Mama pun tertarik sama tau! boleh leka dibuatnya. Seminggu sekali kami akan berjumpa dan update hasil mewarna. Touch up sana and touch up sini. Nak tengok hasil? nanti la yer..Tungguuuuuu~~~

11) Self Art & craft

Dalam diam , si abang berkerut dahi hampir bertemu kening . Fokus. Ingatkan buat ape, rupanya melukis pelbagai jenis binatang. Lately, memang kalau pinjam buku di library, hampir kesemuanya kisah kan binatang. Macam-macam tajuk! kalau yang bukan binatang pun, mama nya yang pilih. hahah!
Selain binatang, si abang juga meminati kenderaan! Ada masa dan mood memang dia akan cuba siapkan sampai dia sendiri puas hati.
Ini pula, hasil abang dan mama mewarna. Abang pun teringin masuk pertandingan mewarna sebab excited tengok kakak la ni. This one under Artsis Studio.
Mama memang suka simpan 'sampah'. hahah! penuh dak kotak. Jadi, Hannah ambil tissue roll untuk buat pikachu. Errr..satu lagi tuh ape ntah! ade die bgtau..tapi saya dah lupa ape..hehehe
Origami by kakak as well. Sumer ni dia tengok Youtube cane nak buat.
Ini pulak, bila kakak "allergic" tengok kotak-kotak yang mama dah tak guna. Dia akan ambil dan buat jadi mainan. Ada yang dia buat TV, meja makan, laptop, cawan, sofa and macam-macam la. Mana la dia tak melenting kalau adik-adik kacau sebab dia buat dengan bersungguh dan penuh kasih sayang.

12) Jalan jalan ke National Museum

Bila korang semua pegi museum? saya ni last pergi masa sekolah rendah kot kalau tak silap nya lah. Punya la lama..itupun tak ingat muzium negara or muzium negeri eh? hahaha...cannot recall la. Sebab selalu masa kecik kalau rombongan yang asal naik bas biarpun dekat ajer....tetap akan mabuk, muntah tahap lembik macam lepat kurang tepung gandum. Hahah!!!

 Yuran kemasukan murah ok..super cheap..rm2 only for adult. Kids below 12 free only maa.
 Baru tau ada pelbagai jenis tengkolok. Tak buat lagi entry pasal ni. Next time jugak ok?

13) Jalan rumah adik di Banting

 Anak-anak seronok bermain bersama
Our fisrt time ke Morib. Sayang pantai nya agak kotor. jadi kami main bubbles ajerla. Amik yang paling murah...RM5 bekas kecik. Heheh...
Ada lagi la aktiviti sampingan yang mama paksa derang buat. Antaranya, lipat kain masing-masing, tolong angkat kain, siram pokok , vacuum lantai, kemas tempat tidur sendrik. Walaupun tak berjalan sakan sangat, Alhamdulillah..kami masih gembira. Masih boleh lagi mengisi masa lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Mama derang ni, tak boleh sangat kalau tengok derang mengadap TV , youtube. Memang kena catu and faham maksud giliran.

Mommies yang lain macam mana pulak ? Kot-kot ada activity yang menarik share la sekali eh! :)

Owh yer, bermula tahun ni, memang penggunaan plastik di kedai runcit dan di pasar raya besar dah semakin strict eh? Kedai runcit belakang rumah ni pun charge 20 sen dah. Bagus gak! ni yang lagi semangat nak menjahit groceries bag ni. Dari hari tu nak buat tak terbuat-buat. So yes! next project ..let's rock and roll!

That's All

Thank you for reading

:)


















Wordless Wednesday

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t



Alhamdulillah
Allah S.W.T Ar-Razzaq

Umair was smiled from ear-to-ear when he received this good news. Now he keep asking when he can get the prizes

Sabar yer naakk~

ALLAH S.W.T suka orang-orang yang sabar

That's ALL and Thank you for reading!

Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah Anak-Anak Melalui Online

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Saya masih teringat ketika kami adik beradik masih di bangku sekolah dalam tahun 87 dan 90an keputusan peperiksaan semuanya ditulis di dalam 'report card'. Paling tak best, cikgu akan 'highlight' lagi dengan pen dakwat merah kalau ada markah keputusan yang bawah 'par'. Masa sekolah rendah, takde pun yang warna merah. Masuk sekolah menengah memang akan ada subjek yang markah nya sangat menyedihkan. Pilu jap rasa. hahah!

Tapi zaman tersebut telahpun berlalu pergi. Sekarang ni, dengan adanya kemudahan internet semuanya jadi mudah dan lebih sistematik. Ibu bapa atau penjaga tidak perlu lagi menunggu 'report card' diserahkan dari anak-anak. Owh yer! lagi sadis kalau ada anak-anak yang sorokkan 'report card' mereka dari  mak & ayah sebab takut kena marah dek kerana keputusan ujian / peperiksaan tak seperti yang diharapkan. Chill yer parents! anak-anak masih kecil dan kita sepatutnya kena sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada mereka. Barulah  seronok untuk belajar!

Jadi, apakah kaedah yang lebih berkesan dan mudah untuk ibu-bapa di luar sana untuk memeriksa keputusan peperiksaan anak mereka?

Ini jawapannya....

Mulai sekarang, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat satu sistem online bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan anak-anak melalui online. Sistem ini adalah sistem SAPS Ibu Bapa yang direka bagi membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5. 

Wahhhhh!!! senangkan? yang sambil minum air kopi kunyah keropok pun boleh tahu. Jangan tersedak sudah. Hahah! Dengan adanya sistem di hujung jari iaitu  semak keputusan peperiksaan SAPS ibu bapa ini, ibu bapa  tak perlu lagi untuk membuat appointment dengan guru-guru bagi membincangkan keputusan peperiksaan anak-anak. Dan jika yang bekerja korang boleh la save cuti tuh untuk buat perkara yang lebih lebih penting.

Untuk pengetahuan semua, sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan Negara kita.

Boleh klik link ini -> SAPS Ibu Bapa untk permeriksaan online. Anda digalakkan menyemak keputusan melalu laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau Laman tidak dapat diakses. klik je link tadi ikut arahan.

Anyway, korang boleh jer if  nak guna website official atau website yang lain, tapi please expect some delay at the response. Sebab ianya tidak dapat menampung pengguna yang banyak dalam satu masa.  Jadi gunalah website yang saya cadangkan di atas.Tiada lagi isu frust sewaktu menyemak keputusan peperiksaan anak-anak dan ia memudahkan kerja kita lagi. InsyaAllah.
  
SAPS Semakan Ibu Bapa boleh digunakan untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar-pelajar dari darjah 1 sehingga tingkatan 5. Selain itu, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA ini.
Begitulah al-kisahnya tentang entry hari ini. Semoga dapat memberi manfaat kepada para pembaca semua! Saya rasa dengan adanya sistem seperti ini, dapat meringankan sedikit beban masa untuk ibu bapa yang sibuk di luar sana. Kemudahan dah ada di depan mata. Berhenti memberikan alasan 'tidak sempat'  kerana anak-anak merupakan tanggungjawab ibu bapa sepenuhnya. Guru hanya 'pembantu' kita dalam proses membesarkan anak-anak.

Jangan lupa kongsikan kepada semua ibu bapa di luar sana mengenai kewujudan sistem yang best ni! Ingat website  SAPS Ibu Bapa online ingat keputusan peperiksaan anak-anak.

p/s : Sebagai ibu bapa, saya mengharapkan sistem ini betul-betul memberi kemudahan untuk semua. Maksud saya, semua itu termasuk ibu-bapa, pelajar dan guru-guru. All the best semua!

That's All and Thank you for reading!

My DIY groceries bag!

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Bila mood menjahit datang tanpa diduga. Lamanya lahai tak menjahit bag. Sebelum tu dok fikir juga nak jahit apa yang senang tapi berguna.

Sampaila kejadian, kena bayo doploh sen untuk beg plastik kat kedai runcit yang dekat dengan rumah kitaorg tuh. Nak beli buah oren ajer pun. Beli 4 biji then masa nak baya tuh, cashier bagitahu if nak plastik kena bayar doploh sen. Dulu kedai ni tak charge pun. Maybe dah strict kot. Tapi, masa gi kedai runcit yang lain pulak..die cakap plastik yang akan dikenakan harga adalah plastik yang besar.

Hahah! macam-macam lah. Apa pun, saya support bab-bab recycle ni. Go green kan? Dalam Islam juga dituntut untuk menjaga kebersihan dan kesejahteraan planet bumi kita ni. Ada satu buku yang bertajuk"Green Deen"yang  menyampaikan pesanan-pesanan dalam Al-Quran tentang betapa pentingnya kita sebagai khalifah ALLAH S.W.T perlu menjaga bumi kita ni.

Antara sebab-sebab kerosakan dan penyakit yang ada ni pun disebabkan tangan-tangan manusia itu sendrik. Buku tuh  juga ada berkongsi tentang bagaimana untuk menjimatkan air, elektrik sampai ke reka bentuk bangunan masjid  pun ada diceritakan. Sebab masjid kan nak tampung ramai orang.

Lepas tuh, umat Islam pula ramai di muka bumi ini. Bukan kat Malaysia ajer yang iklim nya panas dan lembap sepanjang tahun. Tapi kena consider yang iklim 4 musim, pastuh yang memang panas lit-lit ajer sepanjang tahun, yang sejuk kejung sepanjang tahun. Haa..macam tuhla.

Intai , belek dan cari kain yang sesuai untuk dijahit. Last-last amik yang cotton paling ringan. Senang nak jahit especially bila nak jahit handle dia nanti. Mesin jahit saya ni, bukan untuk heavy duty..boleh la takat kain cotton, satin dan yang nipis-nipis tuh nak dijahit.

Masa dok Jepun dulu, saya rajin ke Nippori ( syurga kain ). Lepas tuh beli la sket pola bag macam ni. Arahan semua kot Jepun, kena gigihla google translate. Tak susah pun sebab sumer di hujung jari kan!

Tapi kalau yang details sangat arahan die, malas la jugak. hahah! ni kan simple ajer..arahan kot gambar pun disediakan step-by-step. Ikut ajer..InshaALLAH menjadi.

Dah siap pun! simple sangat groceries bag saya ni. Jahit tepi pun tidak. Pocket pun tade. Cuma best sebab die boleh lipat, sangat ringan, boleh basuh dan paling penting sangat besar!!! Boleh la muat pelbagai barang kering kalau shopping nanti. Tader la garu kepala buat muka sendu bila cashier kata, plastik takde yer kak..kalau nak bayo doploh sen! hahahaha...

Iyolah dik..ahkak dah ada groceries bag tauuuuuu~~~~ ( Tak sabarnya nak guna bag  ni )

Upload gambar ni di IG. Ada kawan pula yang berminat nak tempah. InshALLAH..nanti saya buatkan yer.

That's All and Thank you for reading

Have a nice day and great weekends



Hari orientasi & hari pertama di sekolah ( IISPJ) sesi 2017

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah..
Sesi orientasi darjah 1 untuk Umair dan kakaknya telah berjalan dengan lancar walaupun suami tidak dapat  bersama-sama atas faktor  tuntutan bekerja. Si bongsu macam biasa la, tak boleh duduk tenang mengakibatkan mama hanya sempat mendengar taklimat selama 5 minit. Huk huk huk... Dia ajak makan roti canai kat kedai situ. Lapo katanye.

Umair dah ready untuk ke sekolah. Ini uniform yang kena pakai untuk Hari Isnin dan Jumaat sahaja. Kasut tuh sepatutnya kena pakai yang proper. Tapi, mama last minute sangat. Untuk hari orientasi hari tuh, Umair pakai yang macam dalam gambar ni. Esok nya Hari Ahad, baru mama bawak dia gi Kedai Bata cari kasut and masuk dalam GIANT untuk cari stokin.
Sampai dah sekolah. Khemah dah siap tersegam untuk ibu bapa duduk mendengar taklimat. Boleh tahan ramai parents. Nak parking pun dah jauh sikit dari tempat yang biasa saya parking. Memang ramai lah students tahun ni. Ramai ibu bapa yang berminat menghantar anak-anak mereka di sekolah integrasi ni. Mungkin faktor "all in one roof" dari pagi sampai ke petang. Yang tak perlu untuk anak-anak transit di mana-mana menjadi asbab ibu bapa memilih sekolah integrasi sebagai sekolah pilihan anak-anak mereka.
Banyak sangat perubahan struktur dan rupa baru sekolah ini berbanding tahun lepas. Kalau dulu nak aksess ke dalam bangunan cuma ada dua tangga sahaja. Tapi tahun ni, dah ada tiga tangga. Lif pun juga disediakan, tapi masih belum beroperasi lagi. Tengoklah, kiri kanan ada lukisan / mural di dinding.
Sekolah Integrasi Puncak Jalil ini terletak di 'Kinrara Uptown'. Selain dari penambahbaikan sekolah dan kelas, fasiliti yang lain juga ada disediakan seperti perkhidmatan van sekolah dan untuk menjamin keselamatan pelajar-pelajar, maka pak guard juga sudah bersedia untuk berkhidmat.
 Uniform guard juga ada lencana sekolah. Boleh tahan smart kan?
Dinding yang dahulu nya bersih putih kini telah berwajah baru
Kelas Umair 1 Ibnu Kathir. Dalam kelas dia tak ramai pun kalau compare dengan sekolah kebangsaan. Cuma ada 18 orang pelajar sahaja. Konsep sekolah ni adalah cuba untuk mengekalkan nisbah pelajar dan guru yang kecil.
Umair di dalam kelas sewaktu hari orientasi. Dalam kelas juga disediakan locker dan rak kayu untuk meletak bag sekolah. Tak perlu lah anak-anak bawak balik kesemua buku ke rumah. Ada la bagus dan tak bagusnya bab ni. Selalu kalau tinggal buku kat sekolah memang tade harapan la nak buat revision kat rumah. Tapi kalau tinggal pun OK sebab tade la nak sumbat hangkut semua buku tuh. Banyak kot buku mereka. Sampai tak muat bag. Huhuhuh~~~~ Lagi pulak ada tangga tuh. Beg lagi berat dari budak. Takut kang jatuh telentang ke belakang. Hahaha!
Muallimah yang rajin dah siap print nama anak-anak murid untuk 1 Ibnu Kathir. Parents tinggal tolong tampalkan ajer. Dalam kelas ni, ada dua orang nama Umair. Pandai-pandai la nanti macamana muallimah nak panggil nanti. Hehehe...
Ibu bapa dan para penjaga sibuk dengan pendaftaran. Sekolah ini juga mewajibkan aktiviti taekwondo di sebelah petang, seminggu sekali. Tapi untuk tahap 1 sahaja ( tahun1 - 3 ) . Harga bayaran untuk uniform taekwondo pula adalah RM130 sepasang.
Owh yer! lagi satu ..bermula dari tahun ini, sudah ada kelas khas untuk anak-anak istimewa. Nak tau lanjut, boleh contact pengetua sekolah tersebut yer.

Yuran bulanan adalah sebanyak RM500 termasuk snack , makan tengahari dan aktiviti horse riding, berenang dan taekwondo. Yuran pengangkutan saya tak tahu sebab saya supir kepada anak-anak. Hehe..

Terjumpa pula dengan rakan lama semasa kami sama-sama di Jepun dulu. Kak Shikin pun antar dua orang anak dia kat sini. Pusing-pusing...tang situ jugak kita jumpa yer kak! :)

 Kakak while testing her locker. Muallimah pesan suruh duplicate kunci ni simpan satu kat rumah.
Classmates kakak ada 11 orang kesemuanya. Kalau dulu, tahun 2 cuma ada sekelas sahaja tapi tahun ni ada dua kelas dah. 3 Ibnu Sina dan 3 Ibnu Kathir.

Uncles deejay in the house. Bagus juga ada deejay semasa hari orientasi tuh sebab boleh buat announcement penting. Contoh kalau ada keta lain blocking kita punya keta ke...nanti dia bagitau kenderaan bernombor sekian..sekian sila alihkan kereta anda. Hehehe...
Pengetua sekolah sedang memberikan taklimat kepada ibu bapa
Sebelum bersurai, ada jamuan sket untuk ibu bapa yang hadir. Tapi saya tak makan pun sebab malas nak beratur panjang lepas tuh kena pegi tadika Uwais (Little Abd Programme) untuk ambik uniform dia pula.
Hari pertama ke sekolah ( 3rd January 2017 ) . Masa ni adik belum lagi start pegi tadika.
Di dalam dewan sekolah ketika baru mahu memulakan perhimpunan pagi. Perhimpunan start pukul 730 pagi.
First day of school. Masa nak jemput anak-anak dari sekolah. Ramai nya lahai...sebelum ni tak yah beratur macam ni . Hehehe..
Tengok la kasut budak-budak ni. Semua nya sama jer kan? Memang kalau tak tulis nama boleh tertukar la. Selalu pesan kat Umair, bila letak kasut, ingat kita letak kat mana. Sorok bawah-bawah sket pun takper.
Lukisan pertama Umair di sekolah :)
Walaupun sekolah ada bagi snack setiap pagi tapi saya tetap bekalkan mereka dengan makanan. Simple-simple ajer. Macam Jumaat lepas arituh, bagi sandwich telur and cekodok.

Sian Umair, Jumaat kan ada Friday Prayer..walaupun dah lunch tapi, balik solat tuh dia lapar kot. Pandai dia tinggalkan satu cekodok untuk dia makan petang tuh. Seketul ajer. Hahah!

Lepas tuh, kena bertaekwondo pulak kat luar. Memang la kebulur!

Mama kena fikir la tulis nak bagi snack apa kat budak-budak ni. Kalau roti jer hari-hari takut bosan. Tapi kalau dah lapo..ngap ajer la kan?

Semoga anak-anak mama diterangkan hati untuk belajar dijauhkan dari segala pengaruh buruk / jahat di sekolah. Amin ya rabbal A'lamin.

That's All and Thank you for reading!







Resepi Risoles Ayam Bercheese!

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Hari ni  penuh juga aktiviti. Alhamdulillah...seronok sangat sebenarnya bila suami ada di rumah. Boleh la dia layan anak-anak while me making my own project. Ada kawan tempah groceries bag, jadi tekan la pedal mesin jahit tuh. Kali ini saya jahit sekali tag label 'ilham nany' pada bag tuh.

Siap yang tuh, rasa lapar. Grilled salmon dan buat miso soup. Tapi miso sup tersalah beli pulak. Dia actually ada 2-3 warna, patutnya saya beli yang kaler macam light brown tuh tapi ntah la kenapa saja nak test yang warna merah pulak. Huhuhu..Bila masak, kurang la sambutan. Yang lajunya salmon grilled ajer.

Bila dah kenyang mata mengantuk la pulak. Layan tido 30 minit lepas tuh bangun sebab ada another big project nak kena buat. Saya berazam nak bekalkan anak-anak masakan homemade jer untuk tahun ni. Cubaan untuk minggu kedua persekolahan akan bermula esok.

Menu pertama yang saya dah buat adalah : Risoles ayam bercheese! cuma tak leleh ajer. Cheese tuh kan mahal. Jadi kekonon berjimat cermat. Hahah! sebab boleh buat menu lain pulak macam pizza ke, pasta cheese ke dan apa-apa menu yang menggunakan cheese :)

Ni ha rupanya bila dah siap :

Nak buatnya lama sangat! sebab proses nak buat kulit risoles tuh. Sama jer kaedah nak buat kuih ketayap tu ha. Tapi saya gantikan susu segar instead of santan.

Resepi kulit risoles :

2 cawan tepung gandum ( saya guna brand Faiza )
2 cawan susu segar ( atau santan )
1-1/2 cawan air
1 biji telur

Blend ajer semua sampai sebati.

Gunakan non-stick pan bersaiz 6 inchi dan oleskan sedikit butter. Api sederhana ajer yer. Kang kalau kuat sangat takut hangit. Lepas tuh kalau slow bebeno , boring pulak kome nak nunggu nya. Untuk bancuhan adunan di atas dan size pan 6 inci tuh, saya dapat dalam 18 keping kulit risoles. Tapi dah ngap sekeping then lagi dua keping terkoyak pulak kat tengah masa nak angkat.

Resepi fillings :

3 ketul ayam ( ambil bahagian isi ) dan cincang halus. Nak guna minced chicken or beef also can
3 biji kentang didadu ( macam nak buat karipap tuh )
1/2 batang carrot juga didadu
1 biji bawang besar warna merah bersaiz sederhana - cincang halus
3 ulas bawang putih - cincang halus
Mozarella Cheese
daun ketumbar / daun bawang
sos tiram
garam
lada sulah
Tepung jagung (optional)

Cara-cara :

Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas, tumiskan bawang merah sehingga layu dan diikuti dengan bawang putih sehingga naik bau. Kacau-kacau la jangan sampai rentung. Lepas tuh, masukkan isi ayam dan carrot. Masukkan sedikit sos tiram. Kacau rata. Tutup kuali sat.

Kemudian, masukkan kentang. Masak hingga empuk. Jangan lupa letakkan sedikit air yer. Kalau tak nanti, tak empuk pulak. Lepas tuh, perasakan dengan garam / gula. Ikut tekak masing-masing. Bancuh 2 sudu kecil tepung jagung dengan sedikit air, kemudian tuangkan ke dalam kuali tuh. Tujuannya nak kasi fillings ni pekat. Kalau taknak pun takper. Akhir sekali, masukkan hirisan daun ketumbar / daun bawang.

Bila kulit risoles dah ready and fillings pun dah siap. Mari kita mulakan proses yang seterusnya. Ambil satu sudu besar fillings tuh, then letakkan atas kulit risoles tuh. Sebelum lipat dan gulung, jangan lupa taburkan sedikit mozarella cheese ke atasnya. Kalau banyak lagi best sebenarnya..barulah best bila nak makan! tertarik-tarik, meleleh-leleh cheese tuh after kena goreng. Walllaaahhhh!

Ini yang dah siap beratur nak digolek dengan telur dan bread crumbs.

Bahan-bahan untuk menggoreng :

2 biji telur - just nice untuk kuantiti risoles yang saya dapat ni
bread crumbs
minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

 Golek-golek dalam telur yang dah dikocak-kocak macam nak buat telur dadar tuh.
Golek-golekkan atas bread crumbs. Boleh nak guna yang warna oren or putih. Ini jer yang saya jumpa. Nak buat sendrik pun boleh bread crumbs tuh. Bakar roti then, blend kasi halus.

Lepas tuh goreng lah dalam minyak yang dah panas. Api tuh saya matikan jap sebab ralit dok golek-golekkan risoles tuh kat bread crumbs sampai berasap kuali. Huhuhu~ Goreng guna api sederhana juga yer. Then, balik-balikkan bagi semua kena minyak tuh...
 Goreng sehingga risoles anda bertukar wajah dari putih menjadi kekuning kuningan.
Bila dah siap, sila angkat dah toskan minyak. Potong setiap gulungan risoles menjadi 3 bahagian. Nak cepat sejuk dan mudah untuk kanak-kanak dalam rumah ni untuk makan. Lagi satu nak bagi derang teruja sket tengok cheese dalam tuh....Sedap tak? uihhh...sedap lah pada kami.Husband komen kurang masin. Which is good! yeayyy~~~ kalau processed food ni confirm masin kan?  Matlamat dan objektif tercapai!
Alhamdulillah...selebihnya saya pack kan begini dan simpan di bahagian frozen. Tapi satu bekas dah simpan dalam chiller part ajer sebab esok bangun pagi terus goreng! waaaa~~ senangkan?

InshaALLAH..esok nak bekalkan derang risoles dan beberapa ketulan buah anggur. Walaupun sekolah ada bagi snack tapi tak cukup. Boleh la ni tahan untuk 2 hari kot. Esok planned nak buat nugget or cheesy chicken ball .

Korang semua bagi snack apa kat anak- anak ? kalau boleh takmo la yang processed food. Actually, saya sedang berusaha untuk kurangkan makanan-makanan manis, roti berkrim dan sebagainya. Ada juga bagi tapi dah limitkan.

Semoga ALLAH S.W.T mudahkan urusan kita semua untuk bagi yang terbaik kepada anak-anak. Suruhan di dalam Al-Quran juga ada supaya kita makan dari makanan yang halal dan yang baik. Walaupun air kotak, gula-gula tu semua halal tapi tak baik kan untuk tubuh badan kita.

Takper, slowly yer...dah dapat kurangkan tuh cukup baik dah. Nanti usaha lagi tau! jangan putus asa.

Oh yer..nak tau apa budak-budak ni buat masa saya sibuk di dapur ?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Main la puas-puas dengan papa while he is around. Nanti lusa papa nak balik dah. Terkulat-kulat la korang. HAHA! 

Mama nak main macam ni ...mintak maaf la nak yer. Paling power pun kita gi playground or buat art and craft : )

So,

Weekend korang camne? 

That's All and Thank you for reading!

Konbanwa & Oyasumi nasai~~~~~







Siapakah Saya?

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Siapakah saya?

 Nama penuh saya Nany Adifah. Boleh panggil Nany ajer.  Anak ke-2 dari 5 orang adik beradik. Saya anak perempuan sulong dalam keluarga saya. Umur saya InshaALLAH tahun ni menjangkau 36yrs old. Tu diaa...rasa macam tak percaya nak masuk 4 series pulak. Sekejap nyer rasa masa berlalu. Semoga dengan umur yang ada ni, ALLAH S.W.T beri kesihatan yang baik so that saya boleh melakukan banyak perkara yang diredhai oleh NYA. Amin ya rabbal Alamin.

Saya asal orang kampung. Sapa tau Bagan Datuk? ..haa! kat situlah saya dilahirkan dan dibesarkan. Lepas UPSR saya dok kat asrama harian dan saya bersekolah di Sek. Men. Convent Teluk Intan dari form 1 - form 3.
Tiga tahun di sana saya agak merana! HAHAH~ air selalu takder. Bayangkan la dorm saya di tingkat paling atas sekali ( tingkat 3 ) . Memang selalu kena angkut air guna baldi dari bawah smpi ke atas. Fit jugak kan? sekarang ni, naik tangga rumah bawak angkut vacuum pun mengah. Huk huk huk.

Dari kecik saya banyak berdikari. Mak and ayah orang susah. Derang ade bukak kedai runcit. Anak-anak derang ni tukang perabih jajan. Ayah pulak PRA ( gomen pekerja rendah awam ). Kerja kat sekolah kebangsaan kat kampung gak. Tugas ayah saya termasuk la menyapu sampah di koridor, memesin rumput di padang sekolah.

Lepas belajar kat SMC, Teluk Intan saya sambung belajar kat MRSM Balik Pulau pula selama 2 tahun. Masa ni, lupa daratan sebab dapat keluar dari 'penjara'. haha! makan sedap-sedap oiii...bayangkan, kudapan kol 10 pagi dapat susu fresh milk sorang sebotol. Rasa mewah sangat!, Kalau lunch pernah jer, ketam masak ape ntah. Tapi memang sedap-sedap sokmo makanan yang dihidangkan. Badan pun terus naik. Pipi bulat macam bola.
Dek kerana, lupa daratan...SPM saya tidaklah sehebat kawan-kawan yang lain. Walaupun pangkat satu, tapi sket lagi jatuh pangkat 2. Sedeh. Rasa macam looser sangat. Saya ni dulu ada cita-cita nak belajar oversea. Lagi jauh dari family lagi saya suka. Ntahler. Masa muda remaja saya dulu saya suka memberontak. Hormon agaknya. Kawan pula kat kampung tade sebab saya kan belajar kat asrama.

Lepas SPM tuh, saya cuba cari keja sambilan. Tapi tak dapat. Sudahnya, melepak ajer la and follow kawan tuh gi keje. Die dulu jadi salesgirl. Bila kenang kan balik. Saya memang menyesal. Buang masa tak tentu arah. Tapi yerla masa tuh, tak leh fikir dengan logik. Meroyan tak tentu fasal. Hahah!Mak suruh belajar menjahit tapi saya tak mau.

Akhirnya, masa tunggu result SPM tu jugak saya dok kat umah saudara di Seberang Perak sebab nak keje la. Apa lagi. Nak mintak duit kat ayah beli pad pun segan. Tak tau la kenapa. Malas nak menyusahkan derang pun satu hal juga. Mak macam tak suka, tapi akhirnya dia bagi juga saya pergi. Saya kerja kilang apa ntah masa tuh. Yang pasti kilang tuh memang kampung habis. Jamban pun seketul kat luar. Pintu kayu. Saya tak pernah masuk pun. Ala-ala jamban P.Ramlee macam tuh.

Part kelakor, masa tengah kerja tuh, ayam boleh masuk . Agaknya, die kompius ni kilang ke reban. HAHAHA! lepas tuh...supervisor saya garang macam singa. Angkat muka nak borak pun tak boleh. Kilang tuh macam rumah panjang jer. Setingkat. Buat keje sambil duduk. Tader aircond. Ada kipas ajer.

Alhamdulillah..Kemudian, saya diterima untuk sambung belajar di ASASI Sains, UM, KL. Yahoooo!!! seronoknya sebab dah tak lalu nak dok rumah dan keja kilang tuh. Duit yang saya dapat tuhla saya gunakan untuk perbelanjaan sementara menunggu biasiswa masuk.

Pada saya, jadual masa tuh sangat padat. Kemudian saya susah nak catch up. Lagi satu, masa tuh saya rasa susah nak cari kawan yang sekufu. Ended up, saya kena extend satu semester. Lepas tamat asasi, saya sambung degree pulak kat UM. Fakulti Sains, majoring in geology. Itu jer yang mampu.
Banyak kenangan sebenarnya masa kat UM tuh. Tapi kita skip la eh. Teruskan ke episod seterusnya. Hehehe...lepas habis belajar sebelum grad, saya macam biasa la cari keje. Macam-macam keje saya pernah buat. Tapi yang halal ler....

Cuma kalau ingat balik, saya dah tak sanggup dah nak buat. Antaranya, saya pernah keje as cashier, lepas tuh jadi 'sales excecutive' jap. Then saya stop macam tuh jer lepas dapat gaji. Kejenya adalah, jual pelbagai barang termasuk pen, buku, ntah apa lagi la tak ingat. Approach sorang ...sorang...kat kedai makan, orang yang melepak tepi jalan. Huwaaaa!!!! nak nangis kalau ingat balik. Penat. Masa tu nak solat susah nyer. Sebab pegi merata-rata.

Panas-panas jalan kaki ke sana ke mari bawak barang. Lepas keje yang tuh, saya keje kedai kain pulak kat KAMDAR. Masa dok keje ngan KAMDAR tu saya dapat panggilan telefon dari Kak Zila ( Staff HR PETRONAS) .Terpaksa jawab phone di celah gulungan kain sebab takmo kantoi dengan boss KAMDAR. HAHAHAH!

So, PETRONAS panggil saya interview. Tawaran keje as Geoscientist. Memang saya harap sangat saya dapat keje ni. Alhamdulillah...saya lepas interview dan berjaya menjawat jawatan sebagai "EXECUTIVE GEOSCIENTIST"
Mak lah orang pertama yang saya sampaikan berita ni kat dia. Masa tuh, handphone ade tapi kredit takde. Ended up, guna public phone called mak. Happy nye mak saya masa tu. Saya boleh tau bila dengar suara dia :)

Jadilah saya orang kampung perempuan pertama yang bekerja di Menara Berkembar PETRONAS tuh. Alhamdulillah..saya dapat merasa bekerja selama 10 tahun dengan PETRONAS. Melalui PETRONAS juga, saya bertemu jodoh dengan suami. Saya berkahwin pada usia 25 tahun selepas dua tahun bekerja. Kereta dan rumah pun semua tade lagi masa tuh. Menyewa kat rumah flat di Wangsa Maju, Seksyen 2 tingkat paling atas sekali. Pegi keje naik lrt ajer. Kalau hujan..redah ajerla...basah kuyup gak baju and kasut.
Tak semua orang terus hidup senang lenang. Banyak kesusahan yang perlu dilaluinya. Jangan anggap orang-orang yang kerja di tempat yang hebat tuh semua berduit dan berharta.  Bila saya tulis ni, saya nampak satu persatu kepayahan yang pernah saya lalui. Banyak lagi sebenarnya..tapi tak tertulis kat sini.

Yang pasti, ianya membuatkan saya lebih bersyukur dengan nikmat yang ALLAH S.W.T berikan. Umur yang masih diberi ni pun saya bersyukur sangat. Kalau ALLAH tak panjangkan nyawa saya sampai sekarang, tak pasti sempat atau tidak saya bertaubat dan bersemangat untuk membuat kebaikan.

Hidup saya sekarang rasanya dah berubah 180 degree. Dari hidup single, berkahwin , anak seorang dan sehingga kini ada tiga orang.

Begitu juga dengan jiwa dan rohani saya. Saya dapat rasakan dan saya sendiri dapat lihat. Kita semua boleh tahu kan. Kita kenal diri kita lebih dari orang lain. Kalau masa muda dulu selalu rasa nak sentap dengan suami dengan anak-anak. Tapi sekarang, Alhamdulillah..dah kurang . Dah boleh let go.

Semoga pengakhiran hidup kita adalah dengan cara yang paling baik dan cantik. Jangan berputus asa dalam mengejar cita-cita dan harapan. Dirikan solat dan lakukan kebaikan sebanyak mungkin.

Ok..panjang dah ni akak bercerita. Nanti kita sambung pada episode yang seterusnya. Sapa-sapa nak join..jomla semua. At least, ada la tajuk yang nak diceritakan. Boleh tambah kenalan juga :)


That's All and Thank you for reading!

:)



Gambar setahun yang lalu

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Ini gambar setahun yang lalu.

January 2016, kami masih tinggal di Japan. Time ni pegi layan lampu lip lap kat Yomiuriland . Totemo samui da! ( sejuk sangat! ) . January kan still winter lepas tuh gi malam pulak. Cari nahas namanya! Hahahah~

That's All and Thank you for reading!

Gambar Dengan Kawan

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Alamak!

Kawan ramai lah. Dari tadika sampai sekarang. Yang lama dan yang baru. Jadi untuk memberi keadilan yang saksama..saya nak share gambar saya dengan kawan-kawan saya yang banyak berjasa dan membantu saya semenjak saya kecil lagi.

Kita start dengan kawan sekampung yang saya kenal since tadika lagi. Sampai sekarang masih berkawan dan keep in touch:

Ini Ana. Gambar ni masa kami sama-sama bercuti di Langkawi. Masing-masing dah anak sorang time ni. Kira family vacation lah ni sesama. Kawan since kecik lagi tapi lepas tuh dia pindah ke Seberang Perak. Kami still keep in touch dengan tulis surat. Letak bedak dalam tuh. Wangi tau! haha~ skill menulis surat tuh pada saya membantu saya dalam subjek BM especially bab karangan. Goreng habis ayat..kah! Sekarang ni kami guna whatsapp ajer untuk bertanya khabar. Pernah juga melawat beliau di UK semasa saya dan keluarga menetap di PARIS.
Tak silap ni tahun 2013. Masa ni melawat Ana dan family nya di tempat tinggal beliau di PORTSMOUTH. Sejuk betul masa ni, since duk kat tepi laut kan. Rasa nak terbang melayang. Nasib ade stroller BMT ( berat dengan muatan )
Lepas tuh jejak kasih pulak kat LONDON. Masa ni saya dah anak 3 dan Ana masih lagi anak 2. Tahun ni beliau akan menimang lagi cahaya mata yang ke-4 :) InshaALLAH

Masa sekolah rendah, ada la kawan yang betul-betul kamcing dengan saya. Kak Cik, Anita dan Hajar. Tapi takde pulak gambar softcopy dengan derang. Bila saya masuk asrama, saya dah tak rapat dengan derang. Tulis surat pun tak. Bila balik kampung pulak, saya lagi suka tidur.

Bila masuk sekolah menengah di Convent dan duduk asrama, dapatlah kawan baru. Tapi berubah-ubah kawan yang baik tu dari form 1 smpi form 3. Cuma saya rasa terkesan bila dan form 3 la sebab kekonon nak masuk SBP or MRSM. Jadi, kena sama-sama study hard dan ikatan persahabatan tuh jadi lebih strong la. Hiks!

Yang baik dengan saya dah akhir-akhir tuh adalah Oya, Asmah Majid, Halina, Sal dan Huda. Gambar kat bawah ni masa reunion tahun 2009 di Putrajaya. Tak semua dapat hadirkan diri. Oya dan Halina juga tiada dalam gambar. Rindu ko Oya!!!!
Konsepnya pot luck dan tema adalah merah mak ngah.
Habis PMR, saya further ke MRSM. Ada few kawan yang sekelas dengan saya dapat sama-sama ke MRSM Balik Pulau. Antaranya, Oya, Halina, Huda, Hasnita dan Maisarah. Kat sana saya jadi closed sangat dengan Halina. Kawan baru pulak is Atirah, Kartini dan Mazlialita. Dengan Atirah dan Halina la saya banyak mencurahkan perasaan. Suka dan duka sama-sama. Pegi jogging kat luar Maktab, lepas tuh main tennis sama-sama. Walhal banyak kutip bola ajer dari main pukul betul-betul. Eksyen jer tuh.

Ada masa bila saya down , kawan-kawan ni la yang datang bagi kata-kata semangat pada saya. Mak Ayah jauh. Kenderaan pun takde nak datang melawat. Pandai-pandaila bawak diri sendrik.

Ni masa form 5 dok main percik-percik air kat kolam ikan depan opis maktab. Motip apa pun tak tau. Hahah!
Kekonon Amargedon style lah! sebelah kiri sekali Atirah diikuti oleh Mazlialita aka Maz ( roommate masa kat MRSM)

Gambar dengan Atirah and Adlin masa kenduri kawen kawan kitaorg kat mana ntah. Masa ni masing-masing single solo lagi
Gambar ngan Halina tader pulak. Sorry Leen...tapi sampai la ni, aku dok simpan dan guna  hang punya book mark tau!

Sekarang ni, yang selalu boleh jumpa is Maz since die pun dah resigned and jadi full housewife disamping buat business online baju dia.
Maz yang sekarang. Dah macam Neelofa dah I tengok you Maz!
Habis MRSM, masuk Asasi UM. Tade kawan rapat langsung. Busy dengan jadual yang padat lepas tuh duit tade sangat nak jalan sana jalan sini. Weekends selalu gi lepak umah pakcik kat Klang. Best juga sebab ade cousin yang rapat dengan saya. Makcik pula yang baik hati jenis melayan , masak best-best. Kalau nak balik UM, sure die akan masakkan something juga untuk saya buat bekal.
Cousin yang rapat dan baik dengan saya. She's in the middle

Bila habis ASASI saya sambung degree. Memula jer dok kat dalam kolej. Lepas tuh dok luar sebab tak aktif. Hahah! masa kat kolej tuh saya rapat dengan Tini. Takde gak gambar ngan derang tuh. Bila sewa rumah kat luar pula, saya closed dengan room mate saya Shar. Tapi tulah, tade gambar gak. hahah!Walaupun kami berlainan fakulti, tapi jadi baik sebab sebilik kan. Masa kena denggi, dia la yang banyak tolong. Tengok-tengokkan saya masa sakit. Kawan lain of course lah yang sama-sama belajar satu department. Cik Putih aka Ida.
Masa ni sambutan Hari Raya kat Department. Ida pakai tudung warna biru sebelah saya tuh
Lepas tu masa keje part time tu sumer..memang tade kawan la kan. Takat tegur gitu-gitu tu ade la. Tapi dah lupa dah sapa. Hehehe..

Masuk alam pekerjaan di PETRONAS bertambah kawan saya. Yang baik sampai harini pun ada lagi. Selalunya yang jadi closed bila cubicle sebelah-sebelah or bila kena buat project sama-sama. Antaranya..Kartini, Sanizan, Anifadora, Suhana, Shasmawate, Marissa..ramai lagi la. Cuma yang betul-betul rapat bila yang selalu makan sama-sama, sesi luah perasaan sama-sama, mereput buat keje stayback sama-sama sebab esok nak kena present. Hahaha! those were the days. Rindu jugak nak jumpa derang ni
Semua pun saya baik dengan derang. Dari kiri, saya, Kak Wa, Anifadora, Kartini, Sanizan dan Firdaus.
Bila berhijrah ke Jepun, saya dipertemukan dengan kawan-kawan yang baru. Rumah kami memang dekat sangat-sangat sebab menyewa style rumah apartment. Blok ajer lain-lain. Jalan kaki 3 minit oi dah sampai. Budak-budak ni pun sama rapat dengan derang.
Masa ni dalam train buat rombongan Che Kiah ke Aquarium kat YOKOHAMA. From left, Nana, me and Lia
Bila balik Malaysia dah susah nak jumpa macam dok kat Jepun dulu. Biasanya, seminggu sekali gak jumpa. Lepak kat rumah mengopi takpun turun ke playground layan anak-anak main. Rindu nya masa tuh!

Sekarang ada kawan baru yang lain. Ija. Kawan yang dok satu kejiranan dengan rumah. Selalu ajak buat amal kebaikan. Gi dengar kelas agama, ajak  buat usrah and etc. Saya ni jenis kena tarik sket kalau tak lambat la nak buat sendiri. Alhamdulillah.. atas nikmat kawan-kawan yang ALLAH S.W.T hadirkan dalam diri saya. Semoga ada kebaikan yang akan saya 'persembahkan' bersama kawan-kawan di akhirat kelak.

That's All and Thank you for reading!





Viewing all 609 articles
Browse latest View live