Quantcast
Channel: nanyfadhly
Viewing all 609 articles
Browse latest View live

Homemade chicken fingers yang sedap!

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Resepi ke-2 untuk tahun 2017, di Bulan Januari adalah : "Homemade Chicken Fingers "
Bahan-bahan :

Chicken Fillet ( saya beli kat Mydin, dah siap potong and pack )
Fresh milk
lemon

Bahan untuk salut :

1 sudu besar tepung gandum
serbuk roti / bread crumbs
garam
serbuk kari
serbuk cili
lada sulah
Serbuk oregano kering
Parsley flakes
Telur

Cara-cara :

Letak fillet ayam di dalam bekas / mangkuk . Then perah lemon and tuangkan fresh milk . Biarkan semalaman. Simpan dalam peti sejuk.

p/s : tak perlu banyak sangat tuang fresh milk dalam tuh. Cukup sekadar bila semua dah tenggelam.
Tujuannya adalah untuk melembutkan isi ayam dan akan menjadikan tekstur isi ayam lebih juicy lagi.

Seterusnya,

Campurkan kesemua bahan-bahan kering di atas di dalam bekas yang lain. Gaul-gaul jadi rata. Lepas tuh, dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan letak secubit garam. Kacau-kacau macam nak buat telur dadar tuh.

Keluarkan fillet ayam dari peti ais. Ambil sekeping dan golek-golekkan dalam telur then salutkan dengan campuran bahan kering tadi. Tunggu minyak panas, lepas tuh gorengkan sehingga bertukar menjadi kuning kekuningan.

Kalau nak bakar pun boleh, sebelum masuk dalam oven boleh renjis-renjiskan dengan olive oil sket. Then, set suhu oven ke 180 degree. Bakar dalam 25minit atau sehingga masak.

Mana lagi sedap?

Yang goreng laaaa...sudah pasti. Hahah! tapi yg bakar tuh sesuai untuk orang-orang yang berdiet dan menjaga kesihatan. Cara nak makan? boleh makan macam tuh ajer or..slice nipis2 sumbat dalam roti pita. Nyumss! sedap !

Jangan lupa pusing-pusingkan supaya masak dengan sekata
Yang ni lepas letak olive oil. Kawan yang seketul tuh tak cukup bahan kering nak golek. Mana yg ada la yer. Hehe..

Saya dah kurangkan beli nugget / sausage di luar. Cubaan untuk membuat sendiri snack-snack di rumah. Bekalan snack untuk Umair. Fruits tuh dia selalu makan masa lepas asar while waiting for mama to pick him up from school

Carrot tuh saya steam dan potong memanjang. Jangan masak lama sangat  sebab nanti terlembik hilang khasiat. So, biar crunchy-crunchy sket tau. Baru sedap!
InshaALLAH..

Cuba buatkan snack yang sihat untuk anak-anak ke sekolah. Esok maybe boleh buat lagi macam ni cuma fillet tuh tinggal 2 ketul ajer. Jadikan sandwich la sudahnya ni...

Tips lain :

Bancuhan untuk resepi tepung tuh boleh juga digunakan sebagai tepung salut ayam KFC. Ni kawan yang ajar masa dok kat Jepun dulu. Terliur punya pasal tengok KFC kat sana. Nak makan tak boleh. Ended up buat sendirik. Sedap...Alhamdulillah. :)

*
*
*
*
*
*
*
*
*

Ok kawan-kawan. Nanti boleh cuba buat lah yer. Kalau rasa tak sempat maybe boleh prep awal-awal. Sebelum masuk tidor sediakan semua. Esoknya lepas bangun subuh tinggal golek-golekkan dalam telur ajer pastuh goreng... dah siap!

That's All and Thank you for reading!



Ada apa dengan Surah Al-Balad

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Rutin saya dengan anak beranak after solat maghrib, kitaorg akan mengaji, baca Iqra dan belajar jawi. Ikut umur dan tahap kepakaran masing-masing. Hahah!

As for Hannah ( 9 yrs old ) saya akan ajar die mengaji. Kadang-kadang, saya memang cerita kisah di sebalik surah tuh dan cuba tadabbur ayat tu dengan dia sama-sama. Cerita tuh saya buat santai ajer. Yang penting, InshaALLAH..dia faham.

Jom tengok Surah Al-Balad ( Negeri )

Saya akan baca maksud ayat ni satu persatu. Saya akan ceritakan mana yang saya tau. Contoh, kenapa ALLA S.W.T bersumpah dengan negeri Mekah. Kenapa Nabi Muhammad selalu ditindas di negeri tersebut.

Kaum Kafir Quraisy sememangnya tak sukakan Nabi Muhammad berdakwah agar mereka menyembah ALLAH S.W.T , jadi derang akan buat macam-macam benda jahat dan tak baik pada Nabi. Kena baling dengan batu dan sampai pernah nak kena bunuh.

Ayat paling BEST dan SENTAP untuk kami berdua malam tuh bila tiba ke no.4.

"Sesungguhnya kami telah menjadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)

Saya explained kat Hannah. "Allah pun ada bagitau kat kita yang memang manusia ni sentiasa dalam kesukaran. Suka atau tidak we have to face it! Mama sendiri sekarang kena uji bila papa tak duduk sekali ngan kita. Papa kena kerja jauh. Bila mama kena handle anak-anak mama sorang-sorang. Bangun pagi-pagi untuk siapkan breakfast Hannah dan adik-adik. Hantar ke sekolah. Hannah rasa letih tak?"

Dia angguk

Mungkin die sedang hadam ayat-ayat saya tuh. Mungkin die betul-betul faham.

Jadi, kalau kat sekolah ada muallim / muallimah yang garang atau kawan-kawan yang nakal atau ada subject yang Hannah rasa susah atau tak suka. Hannah please jangan mengalah. Ingat la ayat ni.

ALLAH S.W.T AR-Rahman. Tetap sayangkan kita. Telah sayangkan kita. Sedang sayangkan kita. Seperti ayat 17 dan 18. ALLAH S.W.T bagitahu kita, macamane kita nak overcome dengan rasa susah macam dalam ayat no. 4 tuh?

Caranya ialah dengan "berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih-sayang".
Sepatutnya mama kena selalu comfortkan Hannah dan adik-adik dengan cara yang berhikmah, sabar dan sayang. Bukan marah-marah. Huhuhu...

Hannah pun sama, kita kena buat macam apa yang ALLAH S.W.T bagitahu ni yer. Pada adik-adik dan kawan-kawan.

Balasan akhir setelah kita berbuat baik dan bersabar adalah termasuk dari golongan kanan. Siapakah golongan kanan ni? mereka ialah golongan syurga.

Pada saya, tak perlu nak terkejar-kejar sangat untuk khatamkan kitab Al-Quran ni. But keep reciting it everyday. Pada masa yang sama, cuba la ceritakan apa yang ALLAH S.W.T cuba sampaikan. Takmo baca sekadar di bibir dan lidah sahaja tanpa sebarang penghayatan. Inikan mukjizat yang teragung untuk kita umat Nabi Muhammad S.A.W.

Cubalah buat eh..kalau bukan dengan anak pun. Buat kat diri sendiri kearana ianya adalah salah satu cara kita berinteraksi dengan Al-Quran.

That's All and Thank you for reading!

Apa ada dalam beg?

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Cabaran jdt blogger seterusnya adalah seperti tajuk di atas.

Barang-barang yang ada di dalam beg saya actually berubah-ubah mengikut keadaan dan masa. Kadang tu lupa nak keluarkan or lupa nak letak balik dalam beg.

Jadi, inilah benda wajib yang ada di dalam beg saya :

Power bank kena selalu bawak sebab saya ni kalau drive sesorang memang tak tau jalan dan depends semata-mata pada google map.

Plastik tu digunakan untuk membuang segala sampah termasuk tisu, pembalut makanan dan sebagainya. Kadang keluar dengan budak-budak ni derang kelaparan, singgah la beli roti ka kuih ka. Lagipun dah biasa since dari Jepun dulu kami bawak plastik ke mana-mana. Orang kat sana kan sangat menjaga kebersihan. Bila balik sini, rasa nak teruskan ajer bende yang elok dan baik tu.

Wallet tu semua orang bawak kot. Biasa lah macam-macam kad penting ada tersimpan.

Kain tu digunakan bila keluar then lepas makan nak lap tangan ke, lap mulut ke. Kadang kalau hujan saya guna utk cover kepala. Lepas tuh basah-basah kan masuk dalam kereta, then stereng pun basah. Jadi, kain tu pun saya guna untuk lap stereng tuh. hahah! Lepas tuh, lupa nak kluarkan dari bag sebab planned nak basuh. Huhuhu...

Kalau ada anak-anak ni keperluan lain yang ada di dalam beg saya adalah baby wipes dan hand sanitizer . Tak boleh guna baby wipes ajer kena ganti-ganti dengan hand sanitizer. Kalau tak cepat jer habis baby wipes tuh. Guna selai, lap sikit ajer..lepas tuh amik yang lain pulak.  Aiiyoooo~~ bankrupt ini macammmm~~~

Groceries bag tuh sebab senang nak lipat dan ringan jadi sumbat ajerla dalam beg. Jadi, kalau nak tersinggah terbeli apa-apa keperluan. Takder la rase menyesal sebab lupa bawak groceries bag. Bukan apa, kadang tetiba ajer barang dapur ni habis. Contohnya, macam harini sabun basuh pinggan dah habis. Haritu terlupa pulak nak beli. Jap lagi kena gak la ke kedai gi beli.

Buku tu kadang-kadang saya memang baca . Especially bila tunggu order makan sampai or tunggu baju self service dobi siap dibasuh dan dikeringkan. Ada masa, saya bawak pensel dan buku kosong if keluar makan ngan anak-anak. Boleh la divert kan tumpuan derang sementara tunggu makanan sampai. Ajarlah sket-sket tulisan jawi ke, counting ke, melukis ke..apa-apa jerla yang sesuai. Hihihi

Ok itu jer..

Nantikan episod cabaran jdt seterusnya.

That's All and Thank you for reading!




Day #6 - Gambar bermakeup @ tanpa makeup

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Saya bukan peminat make up. Zaman bekerjaya dulu pun sama jugak. Kalau nak gi keje tuh, tepek moisturizer, pastuh, pakai la cc cream ker, foundation ke then bedak compact. Ada masa guna loose powder sebab tengok kawan pakai macam best ajer..hahah!

Lepas tuh, eyeliner pun baru pakai. Masa memula keje dulu tak pakai sebab tak pandai dan takde exposure. Roomate pun lebih kurang gak. Hehehe.. Lepas tuh, pakaila lipstick sket. Dahtuh, kaler pun jenis malap ajer..hahah! yang kekonon nak neutral look lah konon. Lepas breakfast minum teh tarik, habis dah lipstick. Takdan sampai ke lunch.

Nak touch-up memang malas. Haha!

Owh yer..lagi satu sebab pagi-pagi dah kena uruskan anak-anak. Bila time kita nak pakai tudung siap-siap nak gi keje tuh berpeluh macam lepas marathon. Part muka tulah tak boleh tahan. Nak basuh balik lepas tuh nak tenyeh balik make up. Aduuu..kita ni dah la nak cepat. Last-last letak bedak ajer kat muka.

Tanpa make up
Wahahah! Aci ke tidak bagi ganbo time kawen? Sebab ni la yang bermakeup
Ok, That's All and Thank You for reading!

:)

Day #5 - Enam perkataan menggambarkan diri

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

1 ) Introvert :

Me and my husband both are introvert persons. Tapi rasanya, level introvert saya dah nak ke ekstrovert and bila husband pun introvert, jadi terus macam kek yang tengah masak tetiba pluppp! mendap ke bawah. hahah!

2) Peramah :

InshaALLAH..nanti kalau ada rezeki terjumpa ke..boleh la tengok sape lagi ramah yer dak? :)
 
3) Independent

Mungkin dari kecik dah biasa hidup susaha. Jadi, sampai sekarang boleh berdikari. Lagi la now husband keje jauh. Nak tak nak...memang kena redah jugak la sesorang

4) Kurang organize

Especially, bila packing baju banyak-banyak and nak kena lipat masuk dalam luggage. Kalau dulu if nak travel kan, selalunya letak jer kat atas luggage tuh sebab nanti husband tolong lipat and susunkan kasi muat jugak. Sebab dia selalu penin tengok wife die ni menyusun baju dalam luggage. Hahahahah!


5) Neutral

Kalau ada kawan-kawan datang cerita hal orang A or orang B. Saya lagi suka jadi neutral dan cuba mempositivekan kawan yang datang mengadu tuh . Seboleh-bolehnya saya tak mahu menjadi batu api kepada mana-mana pihak.


6) Minat Art

Apa sahaja berkaitan dengan art saya suka. Dulu layan ajer lagu2 rock kapak ka rock parang. Now, tak leh dengar langsung. jadi serabut. hahah! memang usia penuaan sedang dalam proses ni. Saya suka seni yang macam melukis, mewarna, menjahit dan membuat bunga. Owh yer! photography pun dah masuk dalam list jugak :)



Ok That's All and Thank you for reading!

Day#7 - Sekarang Tengah Buat Ape?

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Sekarang tengah menaip entry di blog sambil menunggu waktu untuk ambil anak-anak dari sekolah. Ketika ini , otak juga sedang berfikir ligat untuk mencari idea apa nak kongsikan dengan pembaca blog di luar sana.

Kalau boleh nak selitkan juga sesuatu yang bermanfaat yer dak? Teringat saya kisah suatu masa dahulu ketika pbs ( projek beg sekolah ) baru dilancarkan. Saya agak lewat sedikit submit nama pada Puan Pengasas Projek ini iaitu Puan Salwa Saleh.

Lepas tuh saya tak buat apa-apa. Whatsapp group pbs terlalu aktif. Hari-hari ada saja message yang masuk sampai saya tak sempat nak baca tengok apa yang dikongsi. Sedikit sebanyak sebenarnya menjentik semangat saya untuk menyumbang sesuatu. Tapi still macam tuh jugak. Cuma dalam hati jer berdoa, "Ya, ALLAH..bantulah aku dengan cara apa sekali pun"

Tinggal beberapa hari sahaja penyerahan beg yang terakhir berlaku pada 7 January , tetiba masuk whatsapp dari seorang hamba ALLAH ni yang ingin meminta sumbangan beg sekolah untuk pelajar-pelajar di sekolah beliau.

Tapikan... saya jadi macam panik jap sebab selama ni saya dok senyap sunyi jer dalam whatsapp group tuh. Alamak...apa nak jawab kat YDP sekolah ni. Ended up, saya pm dulu salah seorang FP dalam pbs group . Alhamdulillah..dengan bantuan Puan Salwa sendiri, kami berjaya menyumbang beg yang mereka inginkan. Walaupun saya tak dapat balik kampung untuk tujuan penyerahan, niat saya tetap tercapai.

Bila tengok gambar penyerahan beg-beg tersebut yang dikongsikan oleh YDP Sek. Keb. Simpang Tiga, Bagan Datuk memmbuatkan saya terasa sebak dan seronok. Semakin faham saya dengan erti memberi pada yang menerima.
Pengajaran lain, saya lebih perlu berusaha keras kalau nak membantu. Tak leh la dok diam ajer yer tak ? InshaALLAH..this year saya akan cuba sama-sama berhempas pulas bersama-sama team PBS untuk membatu mereka yang memerlukan.

Doa itu penting. Tapi perlu ada usaha di situ. Kalau doa jer macam saya cakap tu tanpa ada usaha memang tak tau la bila boleh dapat apa yang kita nak. Usaha saya waktu tuh cuma bagi nama and lepas tuh derang letak la nama kita dalam FB page PBS.

That's All and Thank you for reading!


Berzumba Dengan Muslimat! Memang syiookkkk~~~

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Hello semua!!!

Alhamdulillah..pagi tadi saya sempat berzumba di LiyLin Studio. Apa yang menarik nya zumba class kat sini?

Dah lama mencari aktiviti macam ni yang semuanya muslimat termasuklah instructor nya juga. Lagi satu, timing pun sangat menarik. Lepas drop anak-anak ke sekolah, terus ke LiyLin Studio. Kebetulan, Uwais punya tadika pun dekat area sini juga. Selang satu deret bangunan saja from his kindergarten.

LiyLin Studio yang terletak di BK5A/2. Kat dalam tuh lah tempat kami berzumba
Boleh refer jadual hari dan masa if nak join the class. Kalau nak walk in bayar RM18. If nak amik sebulan terus which is class 4 kali then the fees is RM60. Satu sesi dalam sejam, tapi tadi terlebih masa sket maybe start pun agak lewat sedikit. Kalau pagi pukul 8:30am smpi 9:30am. Petang pun ada, cuma time tuh tak sesuai dah dengan saya since Uwais dah ada kat rumah.

LiyLin Studio ini merupakan milik dua orang adik beradik gadis yang manis dan mempunyai semangat untuk berbisness. Actually, sebelum adanya LiyLin Studio , mereka pernah menpunyai sebuah kedai lain iaitu "The Crumbs". Antara produk yang dijual adalah masakan dan minuman berasaskan"homemade"

Sekaligus, mereka membuka peluang kepada surirumah untuk menjadi vendor mereka. Antara yang pernah saya cuba termasuklah nasi ayam goreng penyet, nasi tomato, mee kari, durian crepe, beef lasagna dan pelbagai lagi. Nampak sangat pelanggan tetap sampai lupa apa lagi yang pernah dibeli

Mereka juga ada produk sendiri iaitu FroYo! ( Frozen Yogurt ). Hannah lah peminat setia FroYo ni. Kalau pergi sini tak sah kalau tak makan FroYo. Sedap tau..saya pun suka gak. Heheh..

Oh yer! scone derang pun best tau. Owner tuh yang buat sendri. Cook with love katanye :)
Meh la saya kenalkan owner LiyLin Studio ni.



Owner #1 : Miss Lin ( Kakak)
Owner #2 Miss Liyana ( Adik )
Gambar pagi tadi sebelum sesi zumba bermula. Lepas sejam lebih tadi ..fuhhh!!!! habis semua peluh keluar. Kak Zana ( our Zumba instructor ) bgtau, tadi kita dah bako around 600-700 kalori!!! woaaahhh!!!! clap! clap!

Walaupun step tadi kebanyakan hancur..ke laut dalam. Sebab ramai yang 1st timer katakan. Tapi bila dengar Kak Zana cakap macam tuh terus happy and semangat. Balik lapor, insaf..makan ajer salad chicken fingers budak-budak tadi dengan roti. Air pulak, Ahmad green tea! Psiko la kejap. Rugi la dah bako banyak-banyak kalori pastuh top up dengan makanan manis or berlemak pulak. Aiaiaiaia!

Bila tengok Kak Zana tadi ..memang inspired dibuatnya. Kurus slim sangat walhal umur dah almost 50 years old. Mula la saya interview dia macam-macam. Makan apa kat rumah, anak berapa, kena buat at least berapa kali zumba ni. Hahah!

Okeyla..nak gi amik Uwais pulak from KG. Nanti kita sambung cerita lain pulak yer. Akhir kata, jom sama-sama jaga kesihatan. Semuanya kan pinjaman ALLAH S.W.T dan memang patut kalau kita jaga pinjamaNYA dengan sebaik-baik yang boleh.

Doakan saya consistent yer kawan-kawan! :)

That's All and Thank you for reading!

Pau Cendawan Frozen Sedap & Sihat - Tentunya Pau Cendawan Blues!

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Sekarang ni macam-macam frozen food yang berlambak di pasaran. Pilih  dan sediakan ongkosnya sajer kan? Cuma nak tau mana yang sedap dan menepati citarasa kita tu yang agak susah. Dah beli baru tau camane rasanya. Selalunya saya akan tanya juga tokeh kedai tentang rasa serta kualiti makanan tersebut dan saya salute pada mereka yang ikhlas memberi review. Moga bertambah lah rezeki hendaknya.

Kali ini, saya nak bagitau pada kawan-kawan semua tentang pau cendawan frozen yang sedang meletop di pasaran. Kat pasar malam pun ada jual jugak kan? Yang itu saya belum pernah cuba. Tapi yang ini : PAU CENDAWAN BLUES saya dah pernah try.

Cara nak masak pun senang, masuk kan ajer dalam pengukus dan kukus selama lima minit. Kalau nak lagi senang masuk dalam microwave lepas tuh 'ting!' dah siap. Sebab saya tiada microwave, jadi saya kukuskan ajer.

Bila dah siap masak then makan panas-panas. Fuhhh!!! kulit pau tuh sangat gebu gebas dan lembuuuuutttttt bangat! Fillings dia pun cukup rasa dan boleh tahan banyak juga. Seketul ni boleh makan sorang dan mengenyangkan.

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Pau Cendawan Blues ni adalah daripada bahan yang terpilih. Contohnya ; menggunakan tepung gandum yang bebas dari  bahan peluntur and the fillings was made from scratch without MSG .

Ready to serve!
Sesuai juga dihidangkan untuk para tetamu atau dijadikan buah tangan untuk kawan-kawan, saudara mara, ibu-bapa dan sapa2 lagi la yang korang nak bagi. Lagi best kalau makan pau ni dengan secawan kopi atau teh tarik. Mmmm....sedapnya lahai. Kan? Kan? Kan?

Untuk sesiapa yang dah terliur dan teringin sangat nak rasa kesedapan Pau Cendawan Blues...boleh pergi ke instagram kawan saya di sini :

Kedaicikpah

Ataupun di FB beliau :

Kedai Cik Pah ni jual homemade food. InshaALLAH sedap dan berpuas hati dengan khidmat yang diberikan. Jangan malu dan jangan segan untuk contact Kedai Cik Pah if teringin nak makan Pau Cendawan Blues ni yer~~

That's All and Thank you for reading









Gambar makanan yang sedang dimakan? - Day#8

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Sebenarnya bukan sekarang. Baru jer tadi makan buah limau ni. Kecik-kecik ajer tau dan rasa dia sangatlah manis. Sekarang banyak kedai jual limau al-maklumlah dah nak dekat Chinese New Year kan? Jadi berkotak-kotak la derang jual.

Sebiji ni tak cukup untuk size orang dewasa. My kids pun kalau makan buah limau ni habis 3 biji juga sekali makan. Sedap! Alhamdulillah~

That's All and Thank you for reading!

:)

The Story Of Suratul Ad-Dhuha

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t


Ad-Duha

Wad duhaa— By the morning brightness

This surah was revealed when our prophet, Nabi Muhammad S.A.W did not get any revelation from ALLAH S.W.T for about six months.Not even in a dream.  He feels so sad and depressed because he thinks that ALLAH S.W.T displeased with him and had forgotten him.

But why the oath is 'duha' . Well, Duha means after fajr' time when there is full of life, activities, and movement. Have you seen the light during duha time? it was a soothing lighting of the sun and it's PARALLEL with the revelation that coming to the prophet. When it comes to him, it just a soothing light to him. ALLAH S.W.T wants to tell him HE still LOVES Nabi Muhammad S.A.W and US!

p/s :  I can imagine the light and the feeling of soothing itself when I look at that picture :)

Wal laili iza sajaa - And by the night when it is still (or darkens);

The next ayah is when ALLAH S.W.T begin it with another oath. But this time is opposite with ayah number 1. Both of these times are important physiologically on the human personality. Sometimes there is an EASE ( ayah number 1)  and sometimes there is a DIFFICULT ( ayah number 2 ). We always going through these both situations.

For example :

1) Sabr' - It will only bloom under certain circumstances. Yes! when we are in difficulty and ALLAH S.W.T wants to test our iman.

2) Gratitude - Only when something taken away from us then we will become more grateful

 Ma wad da’aka rabbuka wa ma qalaa— Your Lord has not taken leave of you, [O Muhammad], nor has He detested [you].

Many of us will feel disconnected with ALLAH S.W.T in our life. We think that ALLAH S.W.T is not with us when our prayer and dua's are not being answered.  ALLAH S.W.T is Al'Alim. He knows everything while we are not. This is powerful ayah'  is to ensure all of us must always remain positive and to know that  ALLAH LOVES is the GREATEST!

So guys, if you feel sad, depressed and down at any time please remember this surah and recite it. Get know the meaning and talk to ALLAH S.W.T to clear all the negativity aura inside our mind and soul.

p/s :

Sorry because I can't finish the whole surah since this is what I have been listening to Nouman Ali Khan talk. I wrote what I heard and tried to understand it. It was actually our tadabbur session with my daughter. You know that kids can't stay too long to focus. Hence, I select few ayah(s) and tell her the story about it.

I wish and I pray that my children can remember this surah if they lost when searching for the truthness  and feel disconnected to ALLAH S.W.T . InshaALLAH.

May you find your peace in your solat yer abang :)

That's All and Thank you For Reading!




Single atau berkahwin ? - Day#10

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah..saya dah berkahwin selama 10 years and 6 months. Nah kita layan gambar throwback masa majlis akad nikah dan perkahwinan kami :)



Dengan sekali lafaz, sahlah kami menjadi pasangan suami isteri. Baju nikah tuh elok tersimpan dalam almari kat kampung. Pernah try pakai. Memang dah tak muat! Huwaaa! nangis sendu sendu tepi bucu katil 😭 .


Lepas tuh, balik rumah tukar baju and ada majlis potong kek pulak. Kesian hubby sebab kena make up sekali. Memang lepas dia balik tuh dia message bagitau esok no make up! kah kah kah! macam pakai tepung gomak dah you yang~~ :)

Ada lagi banyak persalinan saya pakai malan tuh. Tapi tak sesuai pulak letak kat sini. Cukupla jadi tatapan kami suami isteri dan anak-anak. Layan gelak berdekah dekah tengok aksi yang macam kayu posing depan kamera.

Budak-budak ni tengok gambar ni. Then Umair cakap : "Papa macam sultan!" Hahahahahah~

Pelamin dulu-dulu. Rumah saya rumah kampung yang kalau jalan bunyi papan berkriukkkkkk
It was soooo greenishhh. Pengantin and the background. Panas berpeluh-peluh ketiaks masa out door shooting ni. Huhuhuhu~

 Mak andam dok tengah betulkan veil
Sedapnya udang tuh. Tapi tak makan pun. Tak lalu ke ape ntah la...nengok ajer la orang lain yang makan.
Ini pulak gambar-gambar kawen masa sambut menantu kat Kelantan sebelah hubby. Kat sana saya make up sendiri ajer. Takde amik sapa2 pun make up. Tader bajet. Fuh....panas juga masa tuh. Habis sampai muka berpeluh berminyak.

Now, anak tiga orang. Alhamdulillah di atas rezeki yang ALLAH S.W.T limpahkan kepada kami sumer. Semoga kami semua kekal sebagai satu keluarga di syurga Firdaus mu Ya ALLAH. Amin ya rabbal alamin.


That's All and Thank You for reading!


WOMEN’S EMPOWERMENT BAZAAR & NASOM FUNDRAISER by AVANA

$
0
0
Assalammualaikum dan hai semua!

Cerita kali ini adalah tentang jualan amal hasil kerjasama antara AVANA , NASOM dan BLOGGER yang akan dilangsungkan pada 18 Feb 2017 nanti.  Tapi sebelum tu , sure korang nak tahu kan AVANA tu ape? jadi apa kata kita berkenalan dengan AVANA dulu. 
 
AVANA  merupakan syarikat social media commerce yang menyediakan perkhidmatan untuk membantu pengusaha perniagaan yang berskala kecil bagi mengembangkan perniagaan mereka. AVANA memudahkan proses jual beli di atas talian. Antaranya termasuk, pengurusan stok, trek dan membuat laporan. Antara objektif  lain AVANA adalah  membantu peniaga mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda daripada biasa.

Definisi NASOM pula adalah: National Autism Society of Malaysia. Ianya telah ditubuhkan pada tahun 1987 oleh sekumpulan ahli profesional dan ibu bapa khas untuk komuniti yang menguruskan kanak-kanak penghidap autism. 
Apa itu Autism? mungkin ada di antara kita yang dah 'aware' pasal bende ni. 

Dan mungkin juga ada yang masih tidak tahu apakah itu Autism.
Autism adalah istilah yang merujuk pada sekumpulan gangguan perkembangan yang mempengaruhi otak. Gangguan pada otak ini mempengaruhi kemampuan seseorang untuk berkomunikasi, menjalin hubungan dengan orang lain, dan merespon dunia luar dengan baik. 

Autism tidak mengenali bangsa, taraf keturunan, etnik, cara hidup dan taraf pendidikan. Kajian juga mendapati autism lebih banyak berlaku kepada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

Jualan amal ini adalah bertujuan untuk memupuk sikap kesedaran dan mengumpul dana untuk NASOM bagi membantu golongan autism. Selain itu, acara ini adalah untuk menggalakkan suri rumah, ibu yang bekerjaya dan semua wanita yang bercita-cita untuk mempunyai  perniagaan atas talian milik sendiri.

Pihak Avana juga telah mencipta satu kumpulan di Facebook yang bergelar "Mommy&Women- Vendors/Sellers/Buyers."

Jadi, siapakah yang layak untuk menjadi sebahagian dari kumpulan tersebut?

- Suri rumah yang membuat perniagaan 'handmade' dan ianya merupakan sumber mata pencarian mereka
- Ibu bekerjaya yang mempunyai perniagaan sendiri dengan tujuan untuk menambah sumber pendapatan
- Wanita muda yang baru berjinak -jinak dengan perniagaan atas talian dan berhasrat untuk menjadikan ianya sebagai kerjaya tetap.


Antara beberapa idea dan target acara jualan amal oleh AVANA adalah 
  • Kesemua vendor AVANA yang menyertai acara ini akan menyumbangkan sebanyak 10% dari hasil keuntungan yang diperolehi pada hari itu kepada pihak NASOM
  • Terdapat juga booth NASOM pada hari tersebut. Jadi sesiapa yang berminat untuk mengetahui  lanjut tentang Autism jangan malu dan segan untuk pergi ke booth tersebut nanti ya!
  • Nak tengok persembahan LIVE dari kanak-kanak Autism? jangan lupa saksikan semasa hari acara jualan amal ini berlangsung ok :)  
 Untuk mengetahui lebih lanjut tentang acara ini boleh pergi check tengok kat FB page berikut :


 Dan website mereka pula adalah : http://avana.asia/


Okey lah, harapnya sedikit sebanyak info ni dapat membantu mereka yang teringin sangat nak bukak booth tapi masih belum ada peluang lagi. Lepas tuh yang syoknya, derang bagi free ajer booth and training. Sambil menjual sambil beramal

Jangan lupa ajak kawan-kawan dan adik beradik yang ada bisness tuh untuk sertai acara yang BEST ni. First come first basis. Seat is still available. 
 
That's All and Thank you for Reading

  

Thursday Random Photos

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Terlalu sibuk minggu ni sampai tetiba jer rasa eh! esok dah Jumaat. Nak blog hari-hari pun dah tak boleh. Hopefully, minggu depan boleh la start consistent balik.

Semalam was  a very hectic day for me. Pagi sampai tengahari ada blogger event di Istana Hotel. Seronok sangat sebab first event dapat attend in 2017! . After lunch, around 1pm terus pergi ke Ampang area untuk 'menyantuni' gadis-gadis terpilih dengan surah Ad-Duha. Alhamdulillah.. nikmatnya kalau ALLAH S.W.T anugerahkan kita kesihatan dan pancaindera yang baik. Banyak yang kita dapat / mampu buat sebenarnya.

Percaya tak? kadang-kadang kita ni dah take for granted dengan kejadian hukum ALLAH S.W.T. Kita tengok matahari waktu pagi rasa biasa. Malam silih berganti dengan siang pun perkara biasa. Just imagine kalau esok pagi kita bangun, matahari tak muncul-muncul. Takpun..siang tak berganti malam.

Cuma nak ingatkan kat semua dan diri sendiri bahawa jangan lupa untuk sentiasa menyatakan rasa kesyukuran kita kepada ALLAH S.W.T . Kalau ALLAH minta kita bayar harga oksigen yang kita gunakan ni confirm kan kita tak mampu. Tak terbalas nikmat yang diberikan olehNYA. And yet..we are so..so..far away from HIM.

Astaghfirullah hal Azim. May ALLAH SWT forgive us . Past, presence and future.

Okeyla..Sebab minggu ni dah Khamis and esok dah Jumaat. Kita kumpulkan lah yer cerita kat dalam entry ni. Hehehe..Wordless Wednesday pun sekalikan terus. Sonang ceta.

Jemput layan yer gambar-gambar ni semua :

Cerita Ahad lepas bila kanak-kanak ini pergi kelas melukis potrait bersama ArtsisStudio di Subang Jaya. Gembira masing-masing dengan hasil seni lukis yang tersendiri. Umair tak sabar nak join next class pula .

Bekal anak-anak ke sekolah Hari Isnin. Umair tanye "takper ke mama makan pisang yang ada muka tuh?" hahaha~ boleh ajer nak, itukan kulit bukan isinya.
Hari Selasa masak Nasi Pakistan. Tak tau la kenapa ke Pakistan perginya. Hahah~ yang pasti senang ajer nak masak nasi ni sebab tak yah masak lauk asing dah. Cuma buat sambal yang blend tomato + perahan lemon + cili padi + daun ketumbar . Sebenarnya sebab nak bagi bekal untuk suami juga pulang ke tempat kerja nun jauh di Selatan tanah air. Saya cuba yang terbaik walaupun pjj.
Bekal Hari Rabu adalah...Nasi goreng cina and fried drummet chicken. Buah-buahan macam biasa la, wajib untuk kudap-kudapan.
Ini pula bekal untuk hari ini. Tak rajin nak menjala pagi-pagi. Jadi, kita lempeng kan ajer since anak-anak suka sangat makan lempeng. Selalu makan dengan susu pekat manis tuh. Takpun maple syrup. So, today kita ubah la sket . Makan dengan kari ayam. Owh yer! kari ayam ni special sebab tak guna santan or fresh milk. Saya ganti dengan yogurt pulak. Sesaja nak test since ada banyak lebih lepas masak Nasi Pakistan tuh. Rasa dia sedap ajer..masam pun tader la tak leh telan. Kategori sedap juga la for me. Hehehe

Okie dokie!

Sampai sini dulu yer kawan-kawan. Ada lagi yang nak dikongsikan, tapi kita simpan untuk next entry pulak yer. Sayang korang semua Lillahi Ta'Ala :)

Thanks for reading!

:)

Resepi Buttermilk Chicken yang ringkas dan sedap!!

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Konnichiwa rakyat Malaysia yang tak kira  berada di mana sahaja. Entry kali ini adalah resepi buttermilk chicken yang ringkas dan sedap. Ohoi! panjang nya lahai tajuk. Bukan apa, selalunya kan saya akan search kat google spesific macam tuh. Hahaha! jadi tajuk pun mesti seiring dengan kehendak yer puan-puan sekalian.

Nampak tak kejadian buttermilk chicken ni?  Looks so creamy~~~ . Hohohoho. Berapa kalori ni nak kena bako?😅

Baiklah semua. Jom kita check bahan-bahan yang diperlukan dan cara untuk memasak .

Apa yang korang perlukan adalah :

Untuk perapan ayam 

1) Beberapa keping breast chicken. Kemudian potong  ikut size yang disukai. Saya potong dalam 1.5 inci macam tu.
3) Tepung gandum
4) Garam
5) Serbuk Cili
6) Serbuk Kari
6) Serbuk Lada sulah
7) Telur

Sebenarnya, nak guna serbuk kari saje pun boleh. Tapi kalau nak letak serbuk-serbuk macam di atas pun takper. Boleh ajer.

Bahan untuk kuah

1) Setengah tin susu sejat
2) Satu sudu besar susu pekat manis
3) Butter
4) Bawang putih yang dititik dan dihiris
5) Cili padi - untuk yang suka pedas
6) Daun Kari

Cara-cara memasak :

Kaedah paling awal adalah lepas potong breast chicken tuh jangan lupa basuh dulu yer puan-puan semua. Kemudian, toskan. Haa..lepas tuh masukkan ajer sumer bahan perapan ke dalam ayam tersebut. Kemudian kacau-kacau sebati ok? Lepas tuh tunggula sejam.  Simpan dalam fridge. Sementara tuh boleh la korang nak update blog ke, lipat kain ke, mengaji ke, dengar ceramah ke..ha..buat ajer la apa2 yang mendatangkan faedah yer. :)

Next,

Ting! dah cukup sejam. Ayuh semua kita sambung 'perjuangan' yang belum selesai ni. Ok ok..keluarkan ayam tadi kemudian panaskan minyak. Cara nak goreng adalah deep fry. Ampun kan saya kalori. Nanti kita bako zumba ramai-ramai.

Ketulan-ketulan ayam tadi sedang digoreng dengan jayanya. Make sure pusing-pusingkan 'mereka' dan goreng sampai masak .
Hai gorengan ayam semua! nampak lazat kan? sekali tengok macam cekodok ajer. Tapi bila makan..uuuuuu~ ayam rupanya. Macam ni jer pun actually sedap dah nak makan. Kot-kot la tak tau nak masak ape, next time goreng ajer macam ni. Anak-anak InshaALLAH layan.

Step seterusnya adalah.  Memanaskan butter dan menumis bawang putih serta cili padi.

Tu kan ada tanda senggatan setiap 25gram. Jadi saya guna 50gram butter untuk memasak resepi ini
Panaskan butter dalam kuali. Api jangan kuat sangat please. Takut nanti hangit dan kaler pun jadi hitam legam. Hohohoh!
Sapa suka pedas silakan letak cili padi banyak-banyak. Saya letak satu ajer sekadar rasa pedas hujung-hujung lidah. Itupun Uwais cakap pedas.
 Bila butter dah mencair sepenuhnya. Boleh la masukkan bawang putih tadi
Diikuti dengan sepelepah daun kari serta cili padi tadi. Goreng lah sampai kesemuanya nampak layu dan naik bau.
Kemudian, masukkan susu sejat dan diikuti dengan susu pekat manis. Perlahankan api dan kacau perlahan-perlahan. Kalau nak kuah pekat, masak lama sikit sampai nanti dia akan bertukar jadi pekat sendiri. Kalau nak kuah cair-cair masak sekejap ajer yer.
Finally, masukkan ayam yang telah digoreng sebentar tadi. Kacau kaup balik kasi rata. Biar atas api dalam 3 minit then, boleh angkat dan hidangkan.

Haaa..senang ajer kan ?  Kalau rase kering sangat masa makan nasi, boleh hidangkan dengan sup sayur . Memang masyuukkkk~~~

Alhamdulillah. Selesai perjuangan kita kan?

Uwais cakap~~~ "Buttermilk Chicken Sedap..tapi pedas" hahahaha

Sekian.

Selamat bercuti panjang semua. Untuk yang memandu, hati-hati di jalan raya.

That's All and Thank you For Reading!


Guru sambilan di Maahad Tahfiz Al-Aziz Kajang diperlukan

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Rabu lepas saya dan sahabat saya, Ija telah  menyantuni anak-anak gadis yang 'terpilih' dengan bacaan per kata berserta maksud di sebuah rumah khas yang menjadi tempat perlindungan mereka di Ampang.

Ija tanya saya, "nak guna surah apa yer"

Saya jawab " Surah Ad-Duha, jom?"

Sebab saya rasa surah ni paling sesuai dengan mereka dan saya pernah menulis cerita tentang surah Ad-Duha ni di blog saya baru-baru ni. Jadi, masih fresh dan memang senang untuk saya taddabur ayat-ayat ini dengan mereka.

Nikmatnya ALLAH S.W.T anugerahkan bila dapat duduk disamping mereka. Susah saya nak cakap..tapi rase beruntung bila dapat mendekati mereka tanpa ada rase bersalah ataupun tidak selesa. Tugas kami  ceritakan surah Ad-Duha ini dan cuba untuk mengaplikasikan nya ke dalam kehidupan masing-masing.

Setiap manusia pernah melakukan kesilapan dan minta semua jangan ditambah dengan kesilapan yang lain. Pintu taubat masih terbuka kecuali apabila ruh sudah berada di kerongkong. Buat lah sebanyak mana dosa sekalipun, jika meminta ampun dan melakukan taubat. InshALLAH..ALLAH Ar-Rahman dan Ar-Ghafur akan mengampuni dosa-dosa kita semua.
 *
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Dan pagi Jumaat yang lepas. Kami berdua ke Pusat Tahfiz Maahad Al-Aziz di Kajang untuk mengajar anak-anak di sana subjek Bahasa Melayu. Sebenarnya, kami berdua bukan dalam background education pun. Ija accounting, saya pulak geologi. Jadi, kami pandai-pandai la menjadi 'Cikgu' sukarelawan.
Di hadapan 'rumah' tempat pembelajaran akademik untuk pelajar-pelajar Tahfiz Al-Hafiz, Kajang. Manakala, bangsal yang ada kipas ini adalah tempat mereka belajar tentang kemahiran hidup di sini. More to hands-on technique sebab dulu kalau pergi time pagi tuh derang tengah belajar pasal wiring and cara nak pasang kipas or lampu.
Ketika pembelajaran berlangsung. Anak-anak ini dalam lingkungan umur 12-13 tahun
Untuk selaraskan kefahaman mereka. Saya ambil langkah selamat dengan menggunakan syllabus UPSR sahaja. Buku ini saya beli di Mydin Subang Jaya. Murah! less than RM3.00
Kami gunakan cara lebih kurang teknik yang sama mengajar anak-anak di rumah. Tak ramai pun murid nya, cuma empat orang sahaja. Dulu berlima, tapi yang sorang tuh dah keluar masuk sekolah biasa pula. Tinggal la empat orang.
Saya ni tak berapa consistent datang ke sini. Walaupun volunteer basis tapi tetap rasa bersalah bila tak dapat hadirkan diri datang mengajar. Kadang-kadang ada Hari Jumaat yang suami baru pulang dari outstation setelah berbelas hari bertugas. Jadi kenalah saya mengutamakan suami dahulu :)

Last but not least,

Saya ingin menyampaikan pesanan penaja dari pemilik Maahad Tahfiz Al-Aziz ini. Kalau ada sesiapa yang minat mengajar subjek Bahasa Melayu untuk pelajar-pelajar UPSR dan PT3 dialu-alukan sangat. Hari mengajar adalah setiap Hari Jumaat selama 45 minit. Wang saguhati sebanyak RM200 akan diberikan monthly basis.

Adik-adik lepasan SPM/STPM atau sesiapa sahaja layak memohon. Email permohonan pada alamat  email saya : nanyadifah@gmail.com

Boleh war warkan kepada jiran tetangga, sahabat handai dan saudara mara. Semoga amalan kita semua diterima di sisi ALLAH S.W.T

That's All and Thanks for reading yeah~~






Keindahan Kilauan & Silauan Dari Swarovski Zirconia!

$
0
0


Assalammualaikum w.b.t

Blogger event pertama  January 2017 disambut meriah oleh saya dan rakan-rakan blogger yang lain. Dapat berkenalan, dapat free gift dan dapat pengalaman baru. Majlis ini telah berlangsung pada 25 January , hari Rabu. Perasaan yang dah lama tak menempuh 'jem tart nenas' di pagi hari. Selepas hantar Uwais di tadika terus bergerak ke Hotel Istana, di Kuala Lumpur.

Highway MEX sesak sangat-sangat ditambah lagi dengan hujan renyai-renyai dan ada kemalangan yang berlaku. Selepas tol Plaza Tol Salak Selatan memang freeze. Tak bergerak langsung dalam 5-10minit. Relaks ajerla kan sebab dah prepared awal-awal mental and physical. Yang tak boleh tahan adalah bila perut sudah berkeroncong berdendang lagu irama zumba.

Actually, pagi tuh dah breafast around 6:30am kat rumah makan oat + fresh milk + pisang . Tapi saya ni jenis yang kalau makan awal pagi memang lapar la balik lepas tuh. Sabar ..sabar...sabar. Nanti dah sampai hotel sila lah makan puas-puas.

Kesampaian di Hotel Istana adalah dalam pukul 9:20am. Alhamdulillah..lega sangat-sangat. Terus pergi register and lepas tuh apa lagi. Menuju ke kawasan tempat makan. Haha! Wow! teruja nya bila melihat ada nasi goreng, chocolate cookies , coffee and tea. Tapi tak leh makan banyak-banyak sebab diet katanya. Maka ambil lah sesenduk ajer nasi goreng tu dan secawan kopi. Hujan-hujan. sejuk-sejuk gini memang layan kan? Nikmat sangat rasa bila perut yang lapar ni dah diisi dengan jayanya.

Masa makan-makan tuh, saje cari kawan. Mata ni terus tertumpu pada seorang gadis berkaca mata yang manis rupawan. Berkenalan lah kami. Katanya, macam pernah dengar nama I ni, tapi di mana yaa?? borak punya borak rupanya kenal melalui kawan blogger yang lain iaitu Irda dan Cici.Say Assalammualaiki and Hai to my new blogger friend. Nadhie :)

Part kelakar, bila dah settled habis makan and minum baru la one of their staff came to us and suruh kami duduk di dalam ruangan menunggu. Lor..awat hampa tak habaq awai-awai? Jadi nya bila masuk sini, perut dah kenyang. Amik ajerla gambar and lagi satu kami berdua jer dalam ni. Orang lain pakat sibuk amaik gambar kat luar. Eh! nak join jugak.
Meet Nadhie :) adik blogger kita
Jenuh nak posing macam-macam. Tapi satu gaya ajer mampu. Hahah! Dalam goodies bag tuh ada benda berharga sangat-sangat. Jom kita tengok apa yang derang bagi.
I heart the gift very much! Especially the pen and the gemstone ( Zirconia ) from Swarvoski. Thanks guy. InshaALLAH..nanti akan dapat cincin pulak. Haishh..tak sabar nyer lahai. Walaupun bukan la minat sangat barang kemas, tapi dah barang free maka hati siapa kah yang tidak berbunga-bunga. Kan?
The crowd
Seterusnya , kami menuju masuk ke dalam Mahkota 3 Grand Ballroom di mana signing ceremony akan berlansung.Kat dalam tuh ada lagi spot yang derang letak gemstone untuk kita tengok dan ada yang boleh kita belek dan pegang.
Cantik kan? All bling here and bling there.
From other camera :)
And ada booth lain yang kitaorg boleh see and touch. Lagi best bila ada orang yang bernama Lina from Swarovski company rajin dan peramah melayan kami semua.
Korang boleh pilih nak color zirconia yang mana satu then nanti die akan pasangkan kat cincin tuh and kita boleh pakai di jari sendiri.
 Cubaan Lina meletakkan batu zirconia yang saya pilih tadi pada cincin
Taraaaa~~~ begitulah rupanya cincin bertakhtakan zirconia apabila disarungkan di jari manis tuan empunya badan. Chewaaahh~~~ :)

Jadi, apa sebenarnya Zirconia ni?:

Zirconia is a cretead stone. Means, it's not found naturally dalam lombong. Yang kalau macam tu dah jatuh dalam kategori 'precious gemstone' macam diamond and other gems i.e : Rubies, emerald and sapphires.  Zirconia ni dah melalui proses sintetik dalam lab so, it's fall under category 'semi-precious gemstone'.  dalam Zirconia ni terdiri daripada bahan mineral yang dikenali sebagai mineral zircon. Ianya merupakan berlian yang sangat terkenal setelah mengalami proses simulasi . Sangat tahan lasak sehinggakan sesuai jika dipakai setiap hari.

Keistimewaan dan keunikan oleh  Swarovski Zirconia :

Swarovski hanya menggunakan zirconia yang berkualiti tinggi. Teknik dan cara pemotongan batuan zirconia ini hampir sempurna. Ini adalah kerana mereka mempunyai kepakaran dalam bidang pemotongan dan pengilatan. Keunikan dalam kemahiran yang mereka ada menyebabkan Swarovski Zirconia hampir menyerupai kesempurnaan yang ada pada berlian semulajadi. Untuk memastikan hanya yang original , setiap Swarovski Zirconia is marked with a microcospic "SWAROVSKI ZIRCONIA" laser engraving. Kalau nak tengok memang kena guna microscope sebab memang takkan nampak dengan naked eyes.

Masa ni, kami diberi peluang untuk lihat how beauty  the cutting of zirconia's propotions in details. Memang nampak jelas sangat ketelitian setiap pecahan belahan batuan permata zirconia ni. Kalau tengok pegang macam tu jer tak leh nak appreciate sangat. Nanti if korang tetiba nak beli gemstones kan, cer try mintak kat orang yang jual tuh nak tengok guna microscope..boleh ke tidak. Hehehe...

Seterusnya adalah acara yang paling bermakna buat HWL Trading Sdn.Bhd dan Swarovski. Macam biasa, ada short speech dan diikuti dengan tandatangan perjanjian kerjasama antara dua pihak.
Muda lagi Tuan Direktor HWL Trading ni. Kitaorang siap borak2 lagi and menurut beliau, this is his family business. No wonder la and memang tak hairan pun sebab bangsa mereka ni memang saya  puji sikap kerajinan dan business skill yang mereka ada.

Dan kalau nak tahu, wakil Swarovski ini pula memang  seoarang yang berpangkat. Beliau adalah Vice President Operations Asia Pacific. Introducing you KURT ZBINDEN. Borak-borak tanye asal mana dia cakap "I'm from Switzerland"
Dan memori itu pun mengundang..... Layan throwback jap masa kami jalan-jalan ke ZURICH, SWITZERLAND, tahun 2012. Kecik-kecik lagi budak-budak ni. Uwais pun still baby yang kena wearing ke hulu ke hilir.

Selepas habis semua sesi bergambar dan mingled around. Kami pun dijemput makan diTaman Sari. Buffet style. Alhamdulillah..memang sedap-sedap belaka.

Lamb ni memang sedap sangat rasanya. Juicy habis! lamanya tak dapat makan dari masakan hotel. Bukan ape, dulu masa bekerja memang biasa ajer course or workshop kat hotel. Bila dah lama tak dapat makan ni jadi akan lebih menghargai :)
Macam biasa, kalau pergi blogger event dapatlah berkenalan dengan blogger-blogger yang lain. Kenalkan dari kiri : www.ainyyzain.blogspot.com ; http://nadhiewueen.blogspot.my/ and last but not least http://www.kisahemasputih.com/

Terima kasih sekali lagi kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput kami semua bagi sama-sama menjayakan dan memeriahkan majlis ini. Sesuatu pengalaman yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Pembuka tirai 2017 yang sangat manis. Saya doakan semoga kita semua dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.

That's All and Thank you for reading!

~ Memang cantik batu permata yang ALLAH S.W.T ciptakan di dunia ini. Tapi, tak dapat nak imagine bagaimana cantiknya lagi nanti batu berlian emas permata di syurga yang pastinya kekal abadi. Semoga kita semua ditempatkan di Syurga Firdaus A'Ala. Amin ~




Keseronokan Pulang Ke Kampung

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Cuti CNY baru-baru ni, kami semua pulang ke Bagan Datuk. Saya drive dengan anak-anak sahaja since suami tak cuti minggu tuh. Perjalanan dari rumah sampai Setia Alam ok ajer smooth. Tapi bila sampai traffic light Kampar tuh dah start jem. Lepas tuh Ok..then jem balik . Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sungai Besar..haa...lagi-lagi bila ada traffic light. Dari 3 jam dekat 5 jam juga la baru sampai. Tapi yang penting, perjalanan kami semua selamat.

Tak lama pun duduk kampung since Selasa anak-anak dah mula bersekolah semula. Kalau balik kampung part paling best adalah food! Adoii...memang diet semua ke laut dalam. Bangun pagi ajer terus mengadap meja makan. Ada ajer la makanan terhidang. Kebetulan, adik di Banting juga ada balik. So, kami masak sama-sama. Selepas subuh ajer terus keletang keletung di dapur. Macam ni la kalau kami pulang ke kampung. Seronok, masak sama-sama.

Seronok Umair dan Uwais dapat main tuju guli dengan sepupu derang, Mu'az. Tu la keje nya kalau dah berjumpa. Celik mata ajer, terus fikir nak main apa. Tak ape la..mama suka ajer korang explore outdooor . Sementara nyawa dikandung badan, opah and atuk ada lagi.
Masa balik ari tuh kan tengah musim hujan. Jadi ada la lumut ni tetiba tumbuh banyak. Sebelah tu kolam. Dok impress dengan kejadian lumut ni, Hannah pijak-pijak. Licin katanya. Bukan salji yer nak oiii...lumut tuh. Kah!
Ini la mak saya dan Hannah. The only one cucu perempuan yang ada buat masa sekarang ni. Kesian gak dia, if balik Perak kena survive sesorang.
Owh yer, Hari Ahad petang mak ada buat small makan-makan untuk majlis khatam Al-Quran anak murid mak kat kampung. Bunga telur ni recycle ajer. Buat seronok budak-budak kampung. Mak memang mengajar mengaji kat kampung. Menu nya adalah bihun sup and bubur merah. Air pulak semestinya air sirap.
Ni la bubur merah. Orang jawa kampung saya panggil bubur abang. Abang bermaksud merah dalam bahasa jawa. Memori sangat tau bubur ni sebab saya suka yang amat bubur ni. Kalau ikut mak gi kenduri masa kecik-kecik dulu ada jer orang hidangkan. Makin lama bila dah besar, dah susah nak jumpa. Rupa-rupanya makanan tradisional ni agak mencabar nak buat. Mak masak bubur ni jer almost 4 jam! guna dapur gas dan dapur arang. Lepas tuh, letak santan then asingkan untuk dapatkan yang putih dan yang merah. Bila dah masukkan gula melaka , kena kacau non stop dengan api kecik lagi. Kalau tak nanti hangit la bubur tuh. Huwaaa...mampu ke nak kaco ajer. Orang dulu-dulu memang penyabar sangat kan bila memasak. They really cooked with love!
 Majlis khatam Al-Quran akan bermula sebentar lagi.
Semua orang kena baca, bergilir-gilir. Sepatutnya, Zaid ( anak buah saya , 4 tahun ) dan Uwais kena baca suratul Al-Ikhlas. Tapi ngelat! lari takmo baca. Cheit! memula kemain excited cakap nak baca sekali. Sabar ajer la.
Tak lama pun majlis tuh, bila sumer dah dapat bunga telur. Semua turun kat bawah untuk menjamu selera. Jemput makan yer adik-adik semua.
Memang berselera sangat derang makan. Sedap la tuh kan?saya pun makan bertambah-tambah okey. Lagi la bila kena dengan sambal kicap. Uikss! memang membonglok dah tak pandang kiri kanan makan. Hahah! ampunkan saya. Saya suka makan.

Sebelum pulang ke pangkal jalan, mak ada bekalkan tanaman pokok daun kari. Nasib boot comel Myvi tu muat.

Mak cakap dia dah lama tanamkan untuk saya. Hari tu nak bawak angkut balik dengan pokok daun kunyit sekali tapi tak cukup muat nak sumbat dalam boot kereta. Terpaksa kena tinggal dulu and bawak another time.

Gambar-gambar di bawah pula adalah jenis pokok dan tumbuhan yang terdapat di kampung. Tengok la pokok pisang tuh. Meriah sangat kan? lepas tuh kalau nak buat nasi lemak daun pisang ke, kuih lepat pisang ker...senang ajer kan? tarik ajer daun tuh. Syok kan duk kampung?
InshaALLAH..if panjang umur murah rezeki, bulan depan kita balik kampung lagi yer anak-anak. Tengok opah dan atuk.

That's All and Thank You for reading!

Aktiviti melukis dan mewarna ala-ala " Van Gogh"

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Semalam, Hari Ahad kami hantar Hannah and Umair belajar painting dengan ArtsisStudio di USJ 9 Subang Jaya. Eh! memang berbaloi dan seronok sangat sebenarnya bila tengok hasil painting adik-beradik ni. Pada pendapat saya, sangat unik and really looks like a pro.

Tema kelas untuk kali ini adalah "Van Gogh Inspired Painting on Canvas". Dan kalau nak tau, Van Gogh ini merupakan seorang pelukis yang sangat terkenal dan berpengaruh di kalangan masyarakat barat. Lahir di Netherland dan meninggal dunia di France. Antara yang famous adalah lukisan yang menggunakan cat minyak ( oil paintings ).
Ini adalah salah satu hasil seni Van Gogh yang bertajuk "Starry Night". Ada banyak lagi hasil seni beliau. Kalau berminat nak tau lebih lanjut boleh klik kat sini : http://www.vincent-van-gogh-gallery.org/

Dan mereka menggunakan "Starry Night" sebagai tema untuk dilukis dan diwarnakan di atas canvas.
Yang bawah tuh, lukisan Cikgu. Cantik kan? hampir sama dengan yang original :)
 Ini pula hasil seni Hannah
Dan hasil seni Umair. Macam biasa, Umair happy sangat dapat attend kelas ni dan dalam kereta tanya bila nak ada art class lagi dengan Teacher Yati.

Congrats Yati! you never failed to make my kids happy and enjoy the art!

 Closed-up Hannah's
Closed-up Umair's.

When I saw this, I know that they applied few techniques when painting with the brush. Ada banyak stroke kat situ kan? Cara mewarna pun tadi Hannah ada cerita, kena guna warna apa dulu. Owh yer! they used acrylic paint as a medium for painting. Menarik kan?

Kalau sesiapa berminat nak antar anak-anak belajar art boleh la pegi check FB or IG derang yer. They are siblings and very talented sisters. Saya sebenarnya memang suka if my children ada aktiviti yang berfaedah untuk dibuat. Minat ajer nak antar kelas main alat muzik tapi macam budget tuh tak berapa ada. Jadi, sesuaikan lah dengan budget yang ada yer. Kalau rajin, buat sama-sama kat rumah. Lagi jimat! Hehehe~

Okey kawan-kawan. Till here and thank you for reading!

Wordless Wednesday

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Tempahan bag comel ini adalah dari anak kawan saya yang berusia  8 tahun. Nak bawak pegi mengaji katanya. Thanks Nadrah! Aunty doakan Nadrah sentiasa diterangkan hati untuk mempelajari dan memahami ayat-ayat suci Al-Quran.

That's All and Thank you for reading!


SINOPSIS BUKU : Mudahnya Mendorong Anak Syurga

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Penulis : Puan Norhaini Sulaiman
Blog : norhainisulaiman.blogspot.com
FB : Puan Cahaya ( Norhaini Sulaiman )
Harga : RM19 (semenanjung) / RM21.00
   
Buku yang mengandungi 94 muka surat ini sarat dengan himpunan skrip yang baik untuk mengajak anak-anak melakukan kebaikan dan membetulkan kesilapan mereka dengan tidak menggunakan ayat-ayat negatif.
Sesuai dengan tagline buku ini"Tidak perlu marah dan garang. Jadi ibu bapa penyayang"

Kesemua teknik yang digunapakai adalah teknik mendorong. Bila saya baca semua situasi yang berlaku memang real dan rasa sungguh dejavu kerana sememangnya pernah berlaku dan terkena pada batang hidung sendiri. Huhuhu!

Banyak situasi yang sama di dalam buku ini pernah , sedang dan akan saya hadapi. Apatah lagi jika kita keseorangan tanpa pasangan  di sisi ketika menguruskan anak-anak. Sejujurnya, saya masih  belajar untuk melemparkan kata-kata hikmat yang baik sahaja ketika berhadapan dengan situasi 'sukar' dengan anak-anak. Sungguh, apa sahaja yang keluar dari mulut kita adalah satu doa.

Emosi kita sebagai ibu-bapa / penjaga / guru perlu 'diurut' dahulu sebelum mengurut emosi anak-anak yang sedang mengamuk / bergaduh sesama adik beradik.

Antara contoh-contoh teknik mendorong yang boleh dijadikan panduan dan amalam adalah :

Teknik mendorong dalam topik "Tingkah Laku" (muka surat 22). Penulis berkongsi beberapa teknik yang digunakan seperti :

1) Ayat tawaran
2) Doa
3) Ganjaran markah

Situasi yang digunakan adalah 'Merosakkan barang orang'. Aha! contoh ini memang terkena tepat dengan kita semua kan? kan? kan? . Dan untuk mencari pesalah yang membuatnya bukanlah satu teknik yang 'betul'.


 Jangan salah faham, kerana dahulu saya pun begitu. Tetapi bila fikirkan semula sebenarnya takde faedah pun if  we keep continuing do the same action . Contoh ayat :

"Siapa yang buat begini?"
   BIG NO
Sebab lepas ni, akan ada lagi 'drama'  yang tidak sihat berlaku. Yes! they will keep pointing each other, tuduh menuduh dan fitnah menfitnah. Never ending story kan?

Kalau saya sedar dari dulu apa yang saya buat ni boleh mengakibatkan benda-benda buruk berlaku, pasti saya perlahan-lahan tinggalkan dan guna cara pendekatan yang lebih baik dan bijak. Iaitu :

"siapa boleh baiki kereta mainan abang ni?"
or 
 "Siapa boleh tolong mama lapkan lantai?"
or
"Siapa boleh tolong ambilkan tisu / kain lap untuk mama?"

Lepas tuh kalau ada yang datang  membantu, berikan pujian dan ganjaran markah kepadanya. 

Kita juga boleh menggunakan teknik berdoa jika anak sedang mengamuk atau buat perangai. 
"Ya Allah, berilah mama kekuatan untuk mendidik Uwais / Umair / Hannah menjadi anak yang soleh"

Ataupun boleh membaca Istighfar sebanyak 3 kali dan urut lah belakang anak-anak tadi. Mereka ssebenarnya sukakan sentuhan kasih sayang dari jelingan manja tajam kita. 👧😍

Doa lain antaranya ialah membaca Ta'awuz yang bermaksud 'Auzubillahi minashhaithonirrajimm.


Kalau nak tau dan baca lebih lanjut boleh la dapatkan buku ni. Ilmu parenting ni sebenarnya memang kena gali juga. Cuba mana yang boleh, kalau dapat dengar free melalui Youtube pun dah okey. Nak lagi best, join lah yang berbayar. Cuma pada pendapat saya, apa pun teknik yang kita nak gunapakai nanti. KESABARAN itu paling penting. Sebab saya observed diri saya sendiri. Kalau SABAR, memang InshALLAH..semuanya akan berjalan seperti lancar. 


Elok ajerla perkataan yang keluar dari mulut kita ni. Kalau tak boleh SABAR and rasa nak cakap bende2 tak elok or rasa nak pukul anak ke...keep calm and better diam. Cari lah cara masing-masing untuk menenangkan diri daripada meletop macam gunung berapi yang melimpahkan lava serta diikuti asap-asap yang beracun dan tidak menyihatkan emosi anak-anak. Hiks!

Jadi, apa kata kalau korang dapatkan ajer buku ni dari saya. Harga buku di atas  adalah without postage cost . Untuk yang berminat sila tinggalkan email di sini : nanyadifah@gmail.com

That's All and Thank you for reading!

 
Viewing all 609 articles
Browse latest View live