Quantcast
Channel: nanyfadhly
Viewing all 613 articles
Browse latest View live

Cerita Tentang Perpustakaan Hypermedia di Bandar Puteri Puchong

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Ini kali pertama saya dan anak-anak menjejaki perpustakaan awam di Puchong. My first impression?

Wow weeeee! Not bad at all.

Perpustakaan Hypermedia ni adalah di bawah pengurusan jajahan MPSJ  (Subang Jaya ). Terletak di Persiaran Puteri 1 Bandar Puteri Puchong. Kira nya sangat dekat dengan tempat belajar menjahit di Epal Store tuh. Tapikan, nanti Epal Store tuh nak pindah ke One City. Celah mana pun tak pasti lagi. Nantila yang tuh, kita cerita lain ok?

Antara sebab saya sukakan Perpustakaan Hypermedia Puchong ni adalah :

1) Lokasi -Dekat dengan rumah. Kalau drive dalam 10 minit InshaALLAH sampai.

2) Parking - Kemudahan untuk meletakkan kereta sangat mudah dan banyak


3) Tandas dan Surau - Both dalam keadaan yang sangat baik. Saya bagi 5 bintang terus! Terasa seperti berada di Jepun. Saya suka ! Saya Suka!
Telekung, tempat mengambil wudhuk, sejadah dan Al-Quran disediakan. Penghawa dingin juga disediakan tapi kena tekan butang switch on sendiri. Dan jangan lupa, matikan semula segala suis yang dipasang. Lipat telekung dan letak semula ke tempat yang asal. Bersama-sama kita menjagan kebersihan dan kekemasan tempat awam yer :)

4) Bilik membaca untuk kanak-kanak - Paling suka adalah yang ni sebenarnya. Sebab budak-budak yang memang tak tau nak dok diam dan senyap dalam masa yang lama. Dengan adanya bilik yang tertutup begini, amat memudahkan ibu bapa ataupun penjaga untuk membaca bersama-sama anak-anak mereka.

Dari segi pemerhatian, ada juga ibu bapa yang membantu anak-anak mereka membuat kerja sekolah di sini. Jadi, memang kena perlukan suara yang agak kuat untuk mengajar. Kalau kena berbisik macam iklan Yusof Taiyub tuh  baik buat kat rumah ajer la. Yer dak?

Memang ceria keadaan di dalam bilik bacaan kanak-kanak ni. Sangat santai dan selesa.
Banyak sangat pilihan buku yang ada. Lepas ni, mama tak payah dah nak beli buku sangat. Kecuali yang betul-betul nak digunapakai. Anak-anak cepat boring. Bila dah habis baca buku tuh, derang takmo baca lagi. Alasan..dah tau dah ceta die cane. Hahah~ Iyolah tuh nakkk...

Walaubagaimanapun, tak semua buku boleh dipinjam. Kena check if ada sticker bulat warna merah kat tepi tu. Maksudnya hanya boleh dibaca di dalam perpustakaan sahaja. Tak boleh bawak balik pinjam.

Tengah sibuk belek-belek buku. Mana satu yang nak dibaca ni?
Abang Umair dan buku pilihan nya
Hannah sukakan buku cerita dongeng yang telah ditulis semula di dalam bahasa Inggeris. Contohnya : Lebai yang malang, Batu belah batu bertangkup, Singapura dilanda todak , Pak Kaduk dan Puteri Gunung Ledang.
Untuk proses peminjaman buku pula, adalah satu kemestian untuk mengisi borang keahlian. Jangan lupa sediakan sekeping gambar berukuran passport dan salinan kad pengenalan. Masa yang diambil untuk memproses adalah selama tiga hari bekerja. Lepas tuh, boleh datang balik and collect member card.

Buat untuk anak-anak saje. Lepas tuh menyesal bila nampak buku yang bertajuk "mudahnya menjahit baju kurung" terbitan karangkraf. Tapi bila nak pinjam tak boleh sebab belum jadi ahli. Nak guna kad budak-budak ni tak boleh la pulak. Next time la minta borang sign up jadi ahli terus.

Beratur tunggu giliran di kaunter untuk pinjam buku. Anyways, saja pinjam buku yang bertajuk "buruknya si pemarah" sebab boleh cerita kat anak-anak. Macamana buruk dan huduhnya kalau jadi orang yang suka marah-marah. Aaaa...lepas tuh, nanti anak-anak pun cakap benda yang sama kat mama juga. Checkmate!

Orait. Itu sahaja nak dikongsikan. Harap-harap kalau ada yang pergi ke mana-mana perpustakaan awam yang lain boleh kongsikan dengan saya di sini. Kalau ada masa , bolehlah pegi menjengah bawak budak-budak.

That's All and Thanks for reading!








Blessings Friday - Suratul Al-Ankabut

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t


I am currently reading a book entitled  "Reclaim your heart" by Yasmin Mogahed. Best! Banyak sangat contoh our real life yg penuh dengan dugaan dan cabaran beserta ayat Al-Quran yang ditulis di dalam buku tersebut. Tak panjang. Satu atau dua ayat jer pun. Berpandukan ayat tuh, saya search kat Youtube "Nouman Ali Khan". Jadi lagi faham dan meresap masuk ke dalam Jiwa. Korang sumer nanti boleh cuba buat yer.
Contohnya :

Suratul Al-Ankabut : Labah-labah

Why labah-labah?

Sebab kaum bukan Islam pada zaman Nabi dahulu, menyembah berhala dan bende or mahluk lain selain ALLAH SWT. Matahari, bulan, bintang dan lain-lain lagi la.

Jadi, Allah nak bagi perumpaan bahawa..rumah yang dibina oleh labah-labah itu sangat rapuh. Pergantungan selain dari ALLAH adalah lemah dan rapuh. Seperti sarang labah-labah. Kita akan jadi lemah jika tempat pergantungan itu juga lemah. Dan begitu jugalah sebaliknya.

Selain itu, kena rajin-rajin istighfar dan berzikir untuk selalu mengingati ALLAH SWT. Kerana untuk masuk ke syurga perlukan belas ihsan dari satu satunya pencipta kita. Tawadduk dan mohonlah ampun kepada ALLAH SWT selalu.

Salam Jumaat yang penuh barakah. Jangan lupa baca surah Al-Kahf dan gandakan amalan sunat kita hari ni. Semoga ALLAH SWT menerima semua amal kebaikan kita.

InshaALLAH

That's All and Thank you for reading!






My first palazzo

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Semenjak ada mesin jahit tepi jenama brother . Semakin menjadi-jadi menjahit. Baru-baru ini, saya telah berjaya menjahit palazzo untuk  Hannah.

Pada mulanya, saya lakarkan dulu atas kertas biasa. Kemudian saya gunting dan lihat bentuk akhir hasilnya.

Memang kecik ajer saiznya. Dalam 10cm x 10cm. Ini bentuk yang paling saya puas hati dan rasa cantik serta sesuai bila dipakai.

Seterusnya, saya tekap lakaran kertas tu di atas kain. Sebab beginner, jadi saya memilih untuk menggunakan kain cotton. Senang nak handle dan lebih mendengar kata. Hehehe~

Jahit dan cantumkan macam biasa. Maka, jadilah seluar palazzo yang kecik sesuai untuk geng Trolls. Haha~ Tapi tak letak getah pun. Sekadar nak tengok kejadian sebenar di atas kain.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
                        Jom tengok hasil palazzo untuk kanak-kanak yang berusia 8 tahun!

Dan buat pertama kalinya, saya cuba untuk meletakkan poket. Memula buat, terkecik saiznya. Nak masukkan tangan pun tak boleh. Bukak  jahitan dan buat yang baru. Ini adalah perkara biasa kalau menjahit. Memang memupuk kesabaran dan ketabahan. Hahah!

Kalau tengok betul-betul. Seluar ini memang fresh from oven gituh. Sampai saya tak jahit kelim pun kat bawah kaki tuh. Memang tak sabar nak buat photoshoot terus. Hehehe....

Alhamdulillah..

Sebenarnya, sampai sekarang masih tak percaya dengan kebolehan dan keupayaan diri sendiri untuk menjahit. Terima kasih ALLAH..kerana mengurniakan 'kerajinan' untuk hamba mu yang hina ini. 

Dan untuk hari ni, saya sudah menerima tempahan dari rakan-rakan untuk menempah palazzo. Walau tak banyak. Saya tetap bersyukur. Sesungguhnya ALLAH S.W.T itu "Ar-Rahman". 

Semoga rezeki yang sedikit ini mendapat keberkatan. Keberkatan yang tidak kita ketahui. Tidak dapat kita lihat dengan mata pancaindera.

That's All and Thanks for reading!



Kisah Saya, Bahasa Arab dan Bahasa Jepun

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Saya merupakan anak ke -2 dari 5 orang adik beradik. Kesemua adik-adik , abang dan suami yang tersayang pernah belajar bahasa Arab di peringkat sekolah menengah rendah.

Berlainan dengan saya seorang.  Yang dari sekolah rendah hingga sekolah menengah rendah hingga sekolah menengah tinggi hingga ASASI (Matrikulasi) masuk Universiti hingga ke alam pekerjaan. Knowledge saya tentang arabic adalah "Zero".

Saya hanya membaca ayat Al-Quran tanpa mengambil tahu sangat maksud yang tersurat dan tersirat. Hanya setelah 9 tahun bekerja saya menjinakkan diri dengan join kumpulan usrah di tempat kerja. Di situ, kami tadabbur ayat-ayat Al-Quran dan cuba untuk refleks dalam diri masing-masing. Bagaimana ayat itu dapat digunakan dalam kehidupan seharian kita.

Sehingga penghijrahan saya ke Negara Jepun pada akhir tahun 2014. Masyarakat Jepun sukar memahami bahasa asing. Jadi, saya gigihkan diri belajar bahasa ibunda mereka. Lagipun, waktu itu saya merupakan suri rumah dan terfikir aktiviti lain yang boleh saya lakukan sambil-sambil menjaga anak-anak.

Saya ambil kelas online melalui KUMON. Pembelajaran banyak self learning. Kena push diri sendrik untuk siapkan sebelum deadlines. Perjumpaan dengan sensei pula hanya melalui skype. Kalau tak silap saya, sebulan sekali. Sekali perjumpaan dalam 20- 30 minit sahaja. Sensei akan check bacaan saya dan ada verbal test juga la. Ohaiyo Gozaimasu! O genki desuka? Nani o tabemasuka?

Saya belajar grammar juga. Selain itu, kalau nak tahu...tulisan orang Jepun ni ada 3 jenis. Dan sangat digalakkan untuk master ketiga-tiga jenis tulisan mereka ni. ( Kanji, Katakana dan Hiragana) . Bukan apa, sebab tulisan mereka memang bercampur baur. Sedap la di mata mereka agaknya. Macam makan nasi kerabu diagul dengan budu. Eh!
Cara penulisan juga perlu betul. Nanti sensei akan buat tanda 'flower' macam kat dalam gambar tuh. Itu bermaksud "Hanamaru". Hana itu bunga..maru tuh bulat/ zero. Jepun tidak menggunakan tanda "tick" jika jawapan tersebut betul sebaliknya, akan ditandakan bulat :) . Comey dak? hehehe~

 Jom mengira dalam bahasa Jepun. Alhamdulillah..masih boleh ingat tulisan hiragana di atas tuh :)
Dan sehingga lah saya stop sampai ke level D. Level E saya buat separuh jalan sahaja. Alasan tak nampak hala tuju dan mula rasa give up di situ. Mereka di Jepun juga ada dialect sendiri. Saya cuba praktiskan tapi hanya yang pernah melalui nya sahaja yang memahami. Ditambah lagi, saya hanya menetap di sana lebih kurang setahun lebih sahaja. Kalau lebih lama mungkin saya akan teruskan. Bolehlan nak cakap sikt-sikit. Tapi kalau dah kena dengan orang Jepun yang cakap laju macam shinkansen tuh memang nangis tak berlagu juga. Wuwuwuwuwu~~~

Dalam hati, saya terdetik...lagi bagus kalau aku belajar bahasa arab. Boleh faham apa yang ALLAH SWT cuba sampaikan dalam Al-Quran. Boleh faham bacaan solat. Boleh juga apply dekat anak-anak.

Semua orang tahu, Al-Quran itu mukjizat. Kalau yang lebih terperinci..ianya  merupakan Mukjizat Maknawi. Bermaksud, Mukjizat yang tidak dapat dilihat dengan mata pancaindera tetapi hanya boleh dirasai dengan mata hati dan akal yang sentiasa berfikir.

Dan

Sesungguhnya...niat yang baik..ALLAH S.W.T permudahkan.

Pulang saya ke Malaysia dengan hati yang berat. Sedih meninggalkan bumi Jepun yang banyak memberi erti kehidupan dan persahabatan untuk saya sekeluarga. Saya hanya berserah pada ALLAH S.W.T tentang kehidupan saya yang seterusnya nanti.

Dua bulan selepas saya settle down di bumi negara sendiri. Saya dpertemukan  dengan seorang hamba ALLAH yang juga baru resigned dari dunia korporat dan masing-masing ingin melakukan kebaikan dan kebajikan bersama-sama.

Melalui beliau, saya jumpa sahabat-sahabat yang lain. Tak ramai. Tapi cukup berkualiti untuk saya jadikan mereka sebagai supporter untuk terus mendalami ilmu bahasa arab ini.

InshaALLAH..esok merupakan kelas ke-3 belajar bahasa arab. Kelas yang hanya dilakukan di rumah saya sahaja. Kami buat berkumpulan . dan ada 3 orang termasuk saya. Tutor kami memang pensyarah bahasa arab.

Saya memilih rumah saya sendiri kerana anak-anak masih kecil dan waktu pembelajaran saya adalah ketika waktu mereka tidur petang. Alhamdulillah...Allah makbulkan impian saya dan HANYA DIA yang memudahkan semuanya.

YANG MAHA MELEMBUTKAN hati suami saya agar memberi izin untuk rumah kami dijadikan markas tempat menuntut ilmu

YANG MAHA MENGETAHUI kenapa saya dan suami sekarang melalui PJJ dan kenapa saya tidak bekerja seperti dahulu

YANG MAHA PENGASIH dan PENYAYANG kerana melindungi anak-anak saya dan sentiasa melimpahkan rezeki nya.

And the list of Asm'aul Husna is keep going on....





Baru kelas ke -2 saya dah excited nak cari contoh-contoh yang saya belajar di dalam Al-Quran. Seronok nya sangat bila dapat faham dan tengok terus direct yang ALLAH SWT sampaikan dalam Al-Quran

Contohnya dalam suratul Al-Kahf ayat number 2. "Solihaat". Penambahan huruf alif dan ta di belakang merupakan kata nama jenis jamak untuk "muannas" (female). Bermaksud juga banyak kebajikan. Bukan satu atau dua. Tapi lebih dari tiga. (plural)
 Al Kahf ayat 13 - "fitayatun". Perkataan tersebut diakhiri dengan ta marbutoh yang memberitahu kita bahawas perkataan tersebut adalah bersifat "muannas" (female)
 Al Kahf lagi - Kali ini bilangan pemuda-pemuda As-Habul Kahfi. Salasatun, Khomsatun dan Sab'atun. Perhatikan juga kesemuanya ada ta marbutoh. Lalu, kesemuanya adalah bersifat "muannas" (female)
Al-Kahf : ayat 32 pula. Rojulain (dua orang laki-laki) dan Jannatain ( dua buah kebun ). Setiap perkataan tersebut diakhiri dengan huruf ya berbaris atas dan nun. Jadi, terus membawa maksud spesific 'dua' sahaja.

Hebatkan?

Bilangan kata nama di dalam bahasa arab ada tiga jenis. Satu, dua  dan tiga atau lebih. If bahasa Inggeris hanya ada singular dan plural.

Untuk saya yang baru belajar dan beginner level. Saya rasa amazed sangat-sangat. MashaALLAH. Memang lain rasanya kalau kita sendiri yang ingin belajar bukan sebab nak exam or bukan takutkan cikgu atau mak ayah.

I hope this entry will benefit those who wants to do something good but macam tak berkeyakinan atau ragu-ragu. Istighfar banyak-banyak dan minta lah segala nya dari ALLAH SWT. DIA sahaja yang memegang hati kita semua.

Kan?

Okeyla thank you for reading

Till we meet in next entry. InshaALLAH






Mari fahami bacaan solat

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Para pembaca yang budiman. Pernahkan ketika anda semua menunaikan solat...rasa susah sangat nak khusyuk? Haaaa...Saya la tuh! Tau tak anatara salah satu sebab nya adalah kerana tidak memahami bacaan solat itu sendiri.

Kita kan dari kecik sampai ke besar  mulut dok kumat kamit  membaca. Kadang tu kalau solat berjemaah ..agak kuat juga bacaan orang di sebelah sampai mengganggu kita.  Di sekolah pula, memang ustaz / ustazah akan check bacaan dan hafazan. Ada markah lagi kan?

Okeyla tuh..memang tak salah malah satu usaha yang bagus juga. Tapi sayang, bila tiada penekanan 'rohaniah' diselitkan. Hasilnya, kita dan anak-anak hanya solat dengan menggerak-gerakkan bibir, lidah dan anggota badan yang lain. Tetiba nanti.. "eh! dah bagi salam dah..cepatnya"..Itulah juga yang saya rasa.

Hanya selepas 35 tahun, barulah nak faham kan betul-betul bacaan solat ni. Dah sesungguhnya , saya tak mahu anak-anak saya mengikut jejak kaki langkah saya. Nehi..Nehi..Nehi.

Alhamdulillah..ALLAH S.W.T bagi lagi masa dan nyawa untuk saya bernafas di muka bumi ini. Masih berpeluang untuk belajar dan berkongsi dengan yang lain.

Jadi macamana nak buat?

Ada dua cara. Cara yang pertama adalah menggigihkan diri google maksud bacaan solat dalam per kata. Kenapa per kata? sebab pada saya, bacaan solat kita akan jadi lebih perlahan-lahan , satu-satu sebab kita dah faham apa yang kita sebutakan.

Cara yang kedua pula kalau nak lagi senang...boleh jer cari dan beli buku  ni :

Buku yang bertajuk "Fahami Bacaan Dalam Solatmu" adalah merupakan terbitan dari syarikat PTS. Saya dapat buku ni dari seorang sahabat. Menurut beliau, buku ini dibeli secara online jer kat Bookcafe. Mudahkan?

Review?

Saya bagi 5 bintang terus!

Inilah yang dikatakan per kata punya style. Nampak tak? selama ni, kalau kita baca Dua Kalimah Syahadah laju menderu jer. Sekarang mungkin tidak lagi. Kita akan cuba sebut one-by-one.

Contoh lain : Doa Iftitah

Target saya dengan Hannah ..selepas bacaan Dua Kalimah Syahadah. Nak cuba hafal semua maksud per-kata dalam bacaan Doa Iftitah ni.

Sangat bagus bila sekarang , Hannah dah boleh ingat basic Conjuction ataupun Kata Sendi ataupun Harof ( Bahasa Arab ) . Contohnya : "waw" yang bermaksud dan. "Bi" yang bermaksud dengan "Inna" yang bermaksud sesungguhnya "Li" kepada

kalau dulu, baca "Lillah" sekali harung jer..faham gitu-gitu jer. Tapi bila baca dan faham per-kata memang nampak jelas. Sebenarnya.."Lillah" itu merupakan dua perkataan. "Li" bermaksud kepada dan "ALLAH" is ALLAH.

Dan percayalah, lepas dah boleh tangkap conjuction ni, bila baca surah-surah yang lain pun, mata kita akan terus tangkap tulisan tersebut dan terus tahu..apa maksud die. Kelebihan? Of course la kita akan lagi appreaciate apa yang kita baca kan?

Best tau, bila dapat faham apa yang ALLAH S.W.T. bagitahu dan  berbicara dengan kita semua.
Dan bila dah rasa hafal dan ingat. Jangan lupa buat latihan kat next page tuh. Setiap bacaan ada latihan macam ni. Jangan skip ye uolls. Sesuweeiiiii sangat untuk budak-budak dan mak pak budak. Hahah!

Lain-lain.. kena rajin dan sabar. Buat sikit-sikit takper janji berterusan sebab manusia ni mudah lupa. Kalau selalu buat InshALLAH boleh lekat. Lepas tuh, cuba praktis kan masa solat. Percayalah, perasaan BEST tu hanya kita yang boleh rasa tauuu.

Macam tuh juga saya pesan kat Hannah. Nanti nak solat, cuba ingat. Dan response beliau.."susah la, laju nak kena baca, tak sempat"

Saya rasa saya faham apa yang dia cuba sampaikan. Sebab kita tak biasa. Nak baca lepas tuh dalam masa yg sama nak interpret. Lainla, kita ni berketurunan Arab, lidah pun lidah Arab gak kan. Ini lidah oun yang makan masak lemak cili api, teh tarik, belacan, tempoyak budu segala. Memang mencabar jugak lah. Hahah!

Tapi tak per, buat mana yang ingat. Kena dan wajib cuba. InshaALLAH..nanti biasala tuh.

 Di belakang buku ni, ada juga panduan untuk menunaikan solat.
Akhir sekali, adalah glosari. Boleh juga nak hafal yang ni cuma yang ni, die tak ikut susunan.

Nak seribu daya tak nak seribu dalih!

Jadi anda pilih yang mane?

That's All dan thank you for reading.


Kurung Sakura

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Here is my latest sewing project.

Introducing you "Kurung Sakura" that I sewed for Hannah. How I missed sakura badly. Beautiful view and nice weather.

I bought satin fabric from Kamdar for the top and I used cotton fabric that I bought at Nippori. Now so menyesal sebab tak borong banyak-banyak yang corak macam tuh. Haishhh..

Anyone know where can I find sakura motif in Malaysia?







That's All and Thank You for reading!


It's official now!

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah...

Setelah berbulan-bulan memerah otak fikir nama, cari font, pilih warna font, warna background, pilih size. Cari kedai online yang terbaik untuk buat printing. Akhirnya, lahirlah sebuah pilihan. Eh! itu lirik lagu :)

Tercapai lah sudah apa yang diimpikan oleh Puan Nany sebelum ini. Untuk permulaan, saya hanya menempah sebanyak 75pcs sahaja dengan kos sebanyak RM37.00 termasuk delivery charge
Berikut adalah step by step untuk menempah label tag mengikut pengalaman sendiri :
 
Langkah pertama, saya fikir dahulu nak bagi nama apa. Itu pun lama sangat fikir. Ada masa, bila dah jumpa 2/ 3 nama. Perap dulu. Tak tahu kenapa. Mungkin dengan harapan untuk dapatkan nama yang lagi "KICK" dan ada kisahnya sendiri.

Antara nama-nama yang termasuk dalam carta hot Puan Nany adalah :

1) Pattern&thread - Walaupun bunyi nya macam dah 'beregu'. Tapi , rasa too long to handle. Kah!

2) nanymadeit - selalu ianya dijadikan hashtag dalam ganbar-gambar hasil jahitan di IG saya

3) Handmade by Nany - Nyaris nak kena print out. Cancel sebab ramai sangat dah kot guna perkataan 'handmade'.

4) Fathir - Ada surah dalam Al-Quran yang bernama "Fathir" yang bermaksud pencipta. Tak jadi jugak sebab nanti orang confuse. Ni nama owner ke? or nama suami dia? or nama anak sulong? or anak bongsu? Hehehe...

5 ) Ilham.nany - Sebenarnya nak letak "suri.ilham". Sekali tengok kat IG ramai dah amik nama ni. Jujurnya, suka sangat gabungan nama "suri.ilham" sebab saya kan dah jadi surirumah dan memang saya mencari ilham nak buat pattern ape, nak guna kain ape, mana lagi cantik, and otak ini terus berfikir mencari 'ilham'. Ended up, saya guna nama sendiri :) lagi senang kan? ada identiti tersendiri.

Langkah kedua, saya sketch dulu atas kertas. Ikut ukuran yang diberikan. Apa ukuran yang available and nak jenis finishing yang camane. Nak lipat tepi both side or nak jahit atas ajer. Ada kedai yang boleh terima sketch tangan sahaja then, nanti dia akan buatkan cantik-cantik yang real punya la. Tapi kena decide  nak color apa.

Ada juga kedai yang nak dalam format .jpeg . Or boleh juga minta staff tu designkan untuk kita. Cuma ada extra charge dalam RM5.


Saya buat dalam powerpoint jer then masa nak save tu, save format as .jpeg or .png.

Langkah ketiga, bila dah puas hati 100%  dengan design yang dibuat tu then, boleh la proceed hantar kepada kedai tersebut. 

Label tag jenis ni, derang print atas ribbon bukan yang jenis sulam-sulam tuh. Puas hati ajer. Berbaloi la dengan harga dan service derang tuh. Kalau yang sulam mahal lah sket. Rasa dalam ratusan ringgit.
Lagi satu, minimum order yang derang ambil dalam 60-75 pcs sahaja. Ada tuh sampai 1000 pieces minumum order baru amik. Oii banyaknya! kalau bukak kedai yang memang ade staff sendiri berbaloi la buat kan. Kalau takat, amik order 3 helai jer lepas tuh terus cakap "sorry yer sis...tempahan dah penuh"...baik tak payah! hahahah! sesuai kan dengan diri sendiri ok?

Jadi
 
Untuk sesiapa yang berminat, bolehlah check FB derang di sini : Label Hijab


That'a All and Thank you for reading!

 

Jalan Jalan Japan Malaysia Vs Book Off Japan

$
0
0
Assalammmualaikum w.b.t

First of all, I would like to thank to my blogger friend : Mommycici. Thanks for the entry and share it with all  us!
Rindu sangat dengan Japan dan sebab pernah sampai di "Book Off" Japan, jadi nak sangat tengok and 'feel' how 'Japanese' the shop will looks like. Hiks!

Jom throwback jap. Ini cerita kami ke Book Off fi Minami Funabashi, Tokyo. Japan.

 http://www.nanyfadhly.com/2014/12/kedai-second-hand-di-jepun-second-hand.html

December, 2014. Minami Funabashi, Tokyo. Japan
 During Grand Opening today, 18 November 2016

Jalan Jalan Japan, level 1A, One City Mall ( Sky Park ), Subang Jaya.
Jambangan bunga penuh sana sini. Maklumlah, inikan hari pertama pembukaan Jalan Jalan Japan. Seronok sangat bila melangkah masuk ke dalam kedai ni. Terus disapa “irrashaimase” yang bermaksud selamat datang. Rindu betul nak dengar suara asli orang Jepun. Slang tu original. Penting untuk dapatkan 'feel'.

Kedai ini agak luas, ada dua tingkat. Tingkat atas menjual barangan orang dewasa termasuk, baju, seluar, handbag, kasut kanak-kanak, kasut dewasa, alatan sukan dan terselit di bahagian belakang barang keperluan bayi termasuk - stroller dan car seat.
Baju - baju ini kesemuanya dijual dengan harga yang berpatutan. Belek-belek, terjumpa yang serendah Rm10.
 Macam-macam jenis seluar jeans dan jacket yang dijual
 Rambang mata kan tengok? Nak belek satu-satu memang lama la. Mau satu hari kat dalam ini. Huhu
Kasut boot comel-comel sesuai dipakai di musim hujan sekarang ni. Cuma RM5 ajer. Quality memang terbaik. Berpatutan sangat dengan harga.
Kasut dewasa, ada yang saya tengok tadi harga dalam Rm15.
Brand Osh Kosh pun ade tau! Cuma size jer la mungkin problem. Lagi satu, derang takder stok. Apa yang ada atas rak tu ajerla yang ada. Harga kalau tak silap boot Osh Kosh is RM15. Murah khenn???
 Pelbagai jenis handbag yang mampu membuat anda terduduk nak belek satu-satu
Luggage ada macam-macam size dan warna. Nak buat balik kampung, gi jenjalan obersea pun boleh. Dipersilakan...hehehe..
 Kot-kot ada yang minat sukan air. Surfing gittew. RM100 ajer!
Untuk anak-anak yang suka naik roller blade atau basikal dan mementingkan keselamatan. Boleh la beli ni kan?  Untuk golfer pun ada! Jangan lepaskan peluang yer.
Seterusnya mari kita lihat dan cuci mata barang keperluan bayi dan kanak-kanak pula. Untuk sesiapa yang ingin mencari stroller branded dengan harga yang murah boleh lah dtg sini. Personally, bila dah anak tiga ni.. penting rasa nya untuk mencari stroller yang tahan lasak especially kalau memang  nak guna betul-betul bila outing. Maclaren is one of our favourite brand. Ringan, tahan lasak dan boleh lipat-lipat. Sapa yang ada anak twins tuh boleh la kot cari kat sini. Kena cepat, sebab kalau lambat takut kena rembat!
 Percubaan untuk menjadi baby semula! Hahaha!
 Eh-eh! muat la pulak!
 Selain stroller, car seat pun ada yer.
Dan dari tingkat atas tersebut, sudah jelas kelihatan barangan mainan kanak-kanak. Emak adalah manusia paling excited selepas anak-anak . Lihat sajalah pelbagai jenis kereta sorong yang masih baik keadaan nya.
 Perabot pun ada. Tapi tak banyak. Heheh...

 Nah amik...beratur penuh rak dengan soft toy.
Sepasang Hello Kitty yang memakai pakaian tradisional Jepun. Hanya berharga RM2! Elok bersih patung dia . Tak comot pun!
Toys section. Umair and Uwais memang lama sangat kat sini. Semua derang nak belek. Rambang mata dibuatnya. Kesian. Haha!
 Khas untuk peminat ultraman
 Skirt panjang dan seluar kanak-kanak.
Tersusun kemas mengikut size. Takde la penin nak memilih dan membelek macam kedai bundle biasa. This is so Japanese!
Apa lagi yang menarik?

Nursing and kids room! Hoyeahhh!!!! ini berita yang sangat menyeronokkan  untuk ibu bapa yang ada baby and anak-anak kecil. Sementara ibu or bapa bershopping, boleh la anak-anak main kat sini. Bersih dan luas sangat kawasan nya. Harap sangat, kita dapat menjaga kecantikan dan kekemasan yang disediakan ni. Please jangan rosakkan or conteng anything kat sini. Perents tolong sama tengok anak-anak while they are playing at this area ok? Takmola nanti Nihonjin (org Jepun ) ingat Malaysian tak pandai jaga barang.
Jalan depan sket lagi, jumpa sket lagi toys. Tapi yang ni small sizes la. Macam miniature. Then, lepas tuh...akan ada jumpa section pinggan mangkuk, cawan, gelas, periuk belanga bagai. Eeeee..geram tau tengok! kalau pandai pilih memang dapat corak yang lawa-lawa. Unik sangat!



Saya beli bekas ni. RM50! ringan and sesuai la nak hidangkan kuih ke, mee goreng ke, pasta ke, spaghetti ke. Haaa..macam-macam la lagi. Haha!
Lepas ni, kalau nak pegi jalan-jalan ke negara 4 musim during winter time. Boleh la datang sini belek-belek. Mana tau jumpa yang sesuai kan!
Ada satu section tu, sekali tengok macam koperasi sekolah dah. Hahah! pen, pensel, pensel kaler pun derang jual. Macam dalam gambar kat atas ni la. Derang bungkus-bungkus ajer dalam plastik biasa. Ada yang dah terkoyak pun. Harap takde yang panjang tangan la amik bende kecik-kecik macam ni. Huhu...
 Barang perhiasan rumah
Teko merah tu lawa uollss! buat la teh tarik ke kat dalam tuh..kopi O atau sirap! pun boleh!!!! Haha~
Next is kimono!!!! Tak sangka, yang ni pun derang bawak masuk. Cayalah! Cuma, tak derla banyak sangat pilihan.
Barang-barang lain yang lebih berharga diletakkan di dalam almari cermin macam ni. Sama seperti di Book Off, Japan. Bag LV pun ade. Tak check pula harga berapa RM
Jam G-Shock!
 Sementara nak tunggu beratur bayar. Belek la ultraman masing-masing. Rm6 and RM10 each!
Tu diaaa!!! so far, kaunter bayaran ada 2 jer. Jadi, lama la sket beratur nak bayar. Hehehe...
Lepas habis bayar, jangan  lupa ambil gambar di photobook yang disediakan. Nanti tunjuk gambar tuh kat kaunter then dapat 5% discount.

Tadi sempat berborak dengan one their staff yang  memang orang Jepun. Suka sangat bila dapat cakap dengan derang. Borak punya borak, die bagi business card dia. Managing Director rupanya. Tapi sempoi ajer, pakai Tshirt biasa sama macam staff derang. Sama-sama turun padang buat keje.

So, korang apa tunggu lagi?

Terjah la cepat yer. Kalau tak nanti..yang best-best kena rembat dulu. Parking pun banyak kat sini tade masalah.

That's all and thank you for reading!



Cerita Hari Ihtifal ( graduation ) Umair - Tadika Little Caliphs

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulilllah...

Hari Ahad lepas ( 20 November 2016 )  merupakan hari konvokesyen Umair dan Hannah. Walaupun agak memenatkan sebab back-to-back ..hati dan perasaan seorang ibu ni terus jadi happy bila tengok anak-anak dapat naik stage buat persembahan dan seronok dapat jumpa kawan-kawan.

Majlis graduasi Umair dibuat di Dewan Perdana, di dalam kawasan Kem Tentera di Sungai Besi.
Kami sampai pukul 2:45pm. Pertama kali masuk ke dalam kawasan kem ni. Besar rupanya. Abang jaga (guard) pun askar  siap dengan senapang ke machine gun. Haha! Lalu la UPNM dan MTD. Jauh masuk ke dalam rupanya.

Sampai jer ke dewan, kami ambil tempat terus. Umair with his teacher and friends. Sekali mama lupa pakaikan kopiah pulak. Kacau mood sekejap. Mujur teacher bagi pinjam sape punya ntah. Gomennasai Umair. Mama dah tua ...banyak benda terlupa.
Semua anak-anak ditempatkan di suatu tempat khas di bahagian atas. Senang berkumpul ramai-ramai kat sini.
Berbaris sementara menunggu acara pertama untuk Umair dan rakan sekelas 6yrs old
 First performance by Umair and his classmates.Hafazan beramai-ramai last 10 surahs in Al-Quran.
Seterusnya ucapan perasmian daripada pengetua Tadika Khalifah Cendiakwan, Puncak Jalil.
Then, persembahan by 4 yrs old students. Comel-comel sangat lah budak-budak ni sebab pelbagai gaya, ragam serta aksi. Kawaii!!
 Mak, pak, atuk , nenek, sedara mara pun sakan amik gambar takmo melepaskan peluang merakam segala detik manis ini. Boleh buat kenangan bila dah besar nanti.
Ini la sebahagian dari teachers di tadika Umair. Tengah sama-sama mencuba untuk meleraikan simpulan tali reben belon. Hehehe~~~

 Lama juga tunggu persembahan Umair. Maklumlah, lepas persembahan 4yrs tu ada lagi persembahan lain. Sempat amik few gambar di luar dewan masa beratur tunggu giliran
 Dan bermula lah persembahan choral speaking yang bertajuk "obey your parents" dari Umair and the geng!
 Comel kan? lentok sana, lentok sini. Pandai teacher trained derang.
 Alolo...sweet nyer. Macam popsicles! :)
 Bila dah habis buat persembahan, kesemua anak-anak tadi diberikan belon berbentuk hati dan  ditulis "I love you". Derang kena bawak belon tersebut dan diberikan kepada parents masing-masing.
Thanks so much abang! mama sayang abang sangat-sangat :) I love you too~~~
 Ada banyak lagi persembahan lepas tuh. Antaranya...drama sketsa. Memang kelakar lah! pandai budak-budak ni berlakon. Ada bakat!
Dan sementara menunggu acara kemuncak  majlis iaitu konvokensyen anak-anak 6 tahun. Jom kita lihat apa yang si bongsu buat?
Kebosanan. Awal-awal dah paw belon yang abang bagi kat mama tadi. Takperla nak, janji bahagia. Haha!
Dan sekarang...tiba lah masa yang ditunggu-tunggu. Masa ni semua students 6 yrs old beratur di luar dewan.
Behind the scene :

 "Pusing, pusing..cepatlah pusing...teacher suruh pusing tuh" 

Kecik jer Umair ni. Takperla bang..size doesn't matter. Harap-harap..jiwa abang besar dan kental untuk menghadapi cabaran hidup di dunia yang penuh dengan ujian.
Teacher Ninie. Guru kelas Umair. Terima kasih tak terhingga Teacher Ninie..mendidik Umair selama 6 bulan Umair belajar di sini. Walaupun bila tanya, belajar apa kat sekolah? Jawapan standard..main ajer mama. Hahah! okeyla kan..kata nak jadi macam Negara Findland. Sesuai sangat kot :)
Ada iras Fauziah Gous tak ? Err...yang belakang Umair tu yer. Hehehe~
 Final touch up before naik pentas
 Sempat lagi borak dengan kawan sebelah
 Photos session with all his friends and teachers
 Anak papa. Sama botak sama handsome!
With my two sons. Tahniah Umair! Next year dah standard 1 dah. Cepat jer rasa anak-anak membesar.

Nasib budak-budak size kecik ajer jadi muatlah pentas tu. Habis jer  sesi bergambar , kami terus bergegas untuk ke malam anugerah Hannah pulak. Masa tu dah pukul 6:45pm. Kena ada di Marriott IOI Hotel, Putrajaya by 8:00 am. Memang tak sempatlah nak on time. Nak check in, mandi, solat bagai. Kesian Umair dia cakap lapor. Nasib baik ada beli kek cokelat kat booth dalam dewan tu tadi.

Kita sambung entry lain la eh. Stay tuned!!!!

That's all and thank you for reading!













Wordless Wednesday

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t


That's All and Thanks for reading!


Majlis Malam Anugerah IISPJ (integrated Islamic School Puncak Jalil) - Hannah

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Habis jer konvokesyen Umair kami terus bergegas macam lipas kudung ke IOI Marriott Hotel di Putrajaya. Nasib baik tak jauh sangat Sungai Besi and Putrajaya. Dalam 20 minit dah sampai.

Untuk memudahkan urusan kami anak beranak, memang terus check in kat situ. Masuk bilik terus mandikan anak-anak, sambil gosok baju dan tudung. Usai solat maghrib, terus turun menuju ke Grand Ball Room.

Pihak sekolah dah sediakan meja mengikut nama anak masing-masing. Jadi, all parents kena duduk di tempat yang  ditetapkan. Satu meja bulat dalam 10-15 orang termasuk parents dan anak-anak. Hannah with her friends and teachers kat belakang stage. For me, okey ajer sebab meja besar dan muat. Selesa Alhamdulillah.
Majlis bermula pada pukul 8:30 malam.
Based on my observation, all tasks and duties did  by all the teachers of IISPJ.Termasuk lah tukang emcee, photographer, penjaga sound system, jaga murid-murid . And I know, persiapan yang  dilakukan bukanlah mudah. Banyak perkara yang mesti diambil kira dari awal sampai la akhir. Sian cikgu cikgi.
Bacaan Al-fatihah dan doa dari salah seorang pelajar darjah 1 . Untuk makluman, sekolah ni baru  beroperasi pada Janurari 2016 dan ini kali pertama mereka mengadakan majlis malam anugerah. Murid-murid pun tak ramai. Ada darjah 1 dan darjah 2 sahaja. InshaALLAH, jumlah bilangan pelajar akan meningkat pada tahun depan - darjah 1 , 2, 3 dan 4. Permintaan yang agak menggalakan dari ibu bapa di luar sana.
Ini lah pengetua IISPJ. Tuan Sheikh Zaki. Masih muda dan sangat berwibawa. Salute dengan usaha beliau yang membangunkan idea sekolah sebegini dan untuk pengetahuan, Muallim Zaki ni ada mengusahakan tadika juga bersama isteri beliau. Kiranya, Malam Anugerah ni cover untuk Tadika dan ISSPJ terus. Senang kan buat sekaligus.
Persembahan pertama adalah tarian indang dindin badindin dari pelajar-pelajar perempuan :) Comel ajer menari. Step pun banyak melibatkan pergerakan tangan jadi tak der la susah mana pun nak buat. Janji semua enjoy kan?

Teringat dulu masa darjah 5, saya pun ada join tarian ni utk persembahan hari penyampaian hadiah akhir tahun. Tapi pakai baju kurung sekolah jer warna putih, pastuh pakai tracksuit, pakai cekup kepala itam tuh then lilit kot dengan selendang. Hahah! Berubah betul zaman kan. Practice pun dulu cikgu pasang guna kaset. Kalau salah step..tekan butang rewind kat radio tuh. Agak-agak jer sampai jumpa kat mane lagu yang nak repeat tuh :) Nowadays, carik jer kat Youtube sekali dengan step lagi.
Suka ajer moment bila parents semua ke depan berebut amik gambar anak-anak. Tekun masing-masing melayan persembahan.
Acara seterusnya adalah Spelling Bee contest. Untuk acara ini, pengetua sekolah sendiri iaitu Muallim Zaki mengambil alih sepenunhya. Pandai dan berbakat lah beliau! sama macam program reality TV dah jadinya. Kitaorg pun sama-sama eja kat tempat sendri. Hehe~
Selepas spelling Bee contest, ada persembahan story telling pula
Sambil melihat persembahan  anak-anak, kami juga dihidangkan dengan makanan. Tak amik pun gambar makanan sebab segan pulak nak amik gambar depan tetamu yang tidak dikenali. Ditambah pula dengan Umair dan Uwais yang sedang  kelaparan. Suap anak-anak jer la makan.  Hehehe~
Yeayy~~~ Hannah merasmikan baju kurung sakura yang mama dia jahit. Actually, niat asal jahit baju kurung ni untuk dipakai masa kenduri kawen saudara sebelah husband bulan depan. Tapi , kebetulan derang ni kena pakai baju tradisional. Jadi okey sangatlah..masuk tema dah ni. Mama pun tak payah penin cari baju apa nak pakai.
Setelah habis persembahan nasyid barulah acara penyampaian hadiah untuk murid-murid IISPJ. Ada award untuk best student for all subjects, peningkatan terbaik mengikut kelas dan akhirnya tokoh pelajar 2016.

Malam itu, Hannah menerima dua anugerah
1) Tempat pertama dalam kelas
2) Tokoh Pelajar Perempuan (banat ) untuk 2016

Semestinya satu kejutan buat kami. Yerla, Hannah bersekolah di sana hanya 6 bulan dan sejujurnya, saya tidak mengharapkan 'sesuatu' dari beliau. Cukuplah yang dia boleh adapt dengan sistem pendidikan di Malaysia.

Malam itu  juga saya diberikan peluang untuk menyampaikan short speech berkenaan perkembangan Hannah dan sekolah IISPJ.

So I came with some preparation with the speech. Actually, dah lama tak cakap depan orang ramai and if ada pun..the topic and the audience pun lain. Technical vs parenting. Haaa~~ macam langit ngan bumi kan?

I can't thanks enough for this opportunity and rizq. For me, rewards come in many forms. It depends on how we interpret it and what we are focusing our life. Our story will not be the same. For me, It's just a beginning and a long way journey to go. Therefor, we must feel ups and downs so that we will appreciate our life more and know how to be a grateful person.

Let's enjoy other moments that I able to capture during the event. Entry about speech kita sambung next time ok?

Azni @http://modernmumthingy.com/ and the husband is watching their son taking part in Spelling Bee contest!
Tukang jaga sound system. Muallim Mahfuz
An Iron Lady in action! Style sangat. She's a mommy, muallimah and photographer. Kasut nampak comfy lah muallimah! Beli mane tu?  Hahah~
Di suatu sudut dan ruang. Rindu ku pada sakura. Adakah berjodoh kembali dengan mu?
A passionate mommy recording her daughter's performance
Ada yang mencuit hati nih yer? :)

Kain skirt tu saya jahit sendiri. Sebab nak tema tradisional, jadi carilah yang ada unsur songket. Beli kain kat Kamdar ajer. Nasib jumpa warna yang berkenan dan sesuai nak pakai dengan baju warna mustard.
So,

Thank you to all teachers in ISSPJ. Muallim Zaki, Muallim Afi, Muallim Mahfuz, Muallimah Haida, Muallimah Zaitun, Muallimah Ain, Muallimah Syuhada, Muallimah Adila. You did a great job through out this year.

Tak sempat nak mention nama each one of you hari tuh. May ALLAH SWT rewards you abudantly and make all your affairs ease!

That's All and Thank you for reading!













Sesuatu untuk ibu-bapa di luar sana!

$
0
0


Assalammualaikum w.b.t

Hereby is my speech during annual / award dinner of IISPJ . I ended with special message that I have created by myself  which I dedicated to all my blog readers , parents and teachers.

I introduced myself in nihonggo ( Japanese Language )

こんばん
私の名前はナニーで
私は主婦ですが、会社で働いていまし
私には3人の子供がいて、ハンナは大きな姉妹で
私たちはバンダルキラーラに住んでいま

Konbanwa
watashi no namae wa nany desu
watashi wa shufudesuga, kaisha de hataraite imashita
San nin no kodomo ga ite
Hanna Chan wa onee-san
watashitachiha bandarukirāra ni sunde imasu

Good evening
My name is Nany
I am housewife but used to work in company
I have 3 children and Hannah is big sister
We are living in Bandar Kinrara

TRANSITION

Hannah sebenarnya menghadapi Transition ataupun peralihan dalam hidup dia. Dari sekolah International di Jepun kena bertukar ke Sekolah Integrated di Malaysia. Banyak sangat perubahan yang dia kena hadapi. Dari segi subject mata pelajaran yang kena belajar. Paling utama adalah Jawi dan bahasa arab. Bahasa Melayu tuh tak risau sangat sebab kami memang bercakap BM pun kat rumah. As for English, kat sekolah International tuh nak tak nak, she must speak english kan.

Cuma, masa di Jepun dulu, saya memang ada ajar jawi iaitu dengan membaca IQRA, mengaji bersama-sama dan arabic tuh. Erk! sekali sebulan kot sentuh ke..dua bulan? ahahaa~~

Ok ..ok..
yang pastinya. Pembelajaran di rumah perlu ada walaupun sedikit dan kena selalu gak ingatkan yang nanti bila balik Malaysia..you have to study all these. Walaupun dalam hati memang tak suka nak bagitau sebab takut dia stress. Tapi tulah..lambat atau awal, dia tetap akan hadapi juga. This is what we called LIFE.

Bayangkan, masa kat Jepun dulu Hannah kena belajar tulisan-tulisan orang Jepun ni. Hiragana, Katakana and Kanji. Tapi dia cuma sempat belajar Hiragana and Katakana. Paling susah adalah Kanji. Huhuhu..Kanji ni sama jer macam tulisan Chinese kat sini. Cuma bunyi jer lain. Kena hafal bentuk image tulisan tuh. Huk..huk..huk..

Once balik Malaysia, bila dapat buku latihan dari sekolah memang terus saya ajar dia jawi bersungguh sikit la. Saya cuba catch up mana yang boleh. Alhamdulillah, emak saya pun banyak tolong. Kalau balik kampung, dia memang agak rajin ajar Hannah jawi :) Terima kasih emak! dari anak-anak sampai ke cucu dan anak-anak jiran kampung dia ajar. Walhal tader la belajar sampai dapat phD. Sekolah menengah pun tak habis. Atuk and opah dulu orang kampung yang susah. Tader duit untuk pembiyaan pendidikan anak-anak. Motor pun tader. Yang ada hanyalah basikal tua.

Point nyer, pembelajaran anak-anak tidak boleh diswastakan sepenuhnya kepada sekolah. Contoh lain macam amik wudhu'. Balik rumah, kena suruh dia amik wudhu' sambil kita tengok teknik dia tuh. Air kena bukak slow ajer ( ni selalu juga saya terlupa pesan dan terbuat sekali '__' ). Kena sapu rata-rata instead of macam basuh ala-ala car wash.

Bacaan doa pun sama. Saya tengok, banyak sangat doa yang kena hafal and masuk exam. Tapi trust me, kalau baca hanya untuk exam memang USELESS! Ni pengalaman sendiri bila usia dah nak masuk 40 years old. Sekarang saya pesan kat anak-anak. Doa ni bukan hafal semata tapi kena amalkan juga. Tu sebab, saya tak marah pun kalau Hannah tak leh jawab soalan doa dalam exam ari tuh. ( dan memang ada yg dia tak leh nak jawab pun ) Rasa tak berbaloi nak marah. Before marah anak, ask yourself ...kita sendiri dah hafal ke belum?

Dari segi sekolah IISPJ pula, saya tahu cikgu cikgu di sana sangat rajin dan berusaha keras mendidik anak-anak. Ada yang sanggup buat tusyen samada free ataupun berbayar. Terima kasih yang tidak terhingga untuk semua muallim dan muallimah kerana mendidik Hannah dan anak-anak murid yang lain. Bukan senang nak handle sejumlah besar kanak-kanak di bawah satu bumbung yang macam2 perangai dan tingkah laku. Hannah dah banyak hafal surah-surah juga sebab muallim  muallimah rajin buat hafazan.Sebab lain, mungkin kerana nisbah bilangan pelajar dan guru nya adalah sedikit. Kalau tak silap, 1:15 macam tuh.

Walaupun tak semua mampu untuk hantar anak-anak ke sekolah private atau International kita masih ada pilihan. Berhentilah cakap..menyalahkan dan membanding orang lain dengan kita.

"ala...bolehla..kau banyak duit, keje laki bini"
"ala...kau tak keje, tapi laki kau keje masyuk kot"
"area rumah aku jauh from this kind of private school...malas lah nak antar jauh-jauh"

Please!

Wahai ibu dan bapa yang budiman sekalian. KITA ADA PILIHAN. Tidak mengapa jika tidak dapat pendidikan yang bagus dan berkualiti. Tapi pada saya, teruskan menerapkan nilai-nilai murni di rumah. Pembelajaran kehidupan termasuk sahsiah itu juga sangat penting. Jangan di sekolah sahaja anak-anak kita bersolat, berdoa ketika hujan dan mengaji. Lakukan juga di rumah. Sebab kalau belajar untuk exam sahaja itu salah! Ada banyak cara..kita kena berusaha. Nak 1000 daya , tak nak 1000 dalih.

Anak-anak kita juga unik. Jangan bandingkan sesama mereka kerana setiap manusia itu ALLAH S.W.T ciptakan dengan berlainan kebolehan dan  mereka dikurniakan "intelligence"  yang tersendiri. Ibu bapa jangan lah sedih atau down kalau anak-anak tak dapat naik stage or performed dalam exam.  Perjalanan masih jauh lagi. Cuma, untuk mereka yang memang dah berusaha dari awal secara konsisten dan bila ianya membuahkan hasil, jadi tidak salah juga untuk diraikan bersama-sama.

Kalau dia masih 'slow' dalam pembelaran, tidak mengapa. Fokus juga bidang yang mereka minati contoh macam ; bersukan, art and craft, berucap, fotografi, kekemasan dan penampilan diri, menulis dan banyak lagi lah. Korang pun tau kan...semua ni sebenarnya boleh menjana pendapatan juga.

Cuba juga untuk menghasilkan diri kita semua termasuk anak-anak sebagai seorang manusia yang "GOD CENTERED". Maksudnya, apa sahaja yang ingin kita lakukan dan ada target yang nak buat and before kick-off, kita seru nama-nama ALLAH dengan penuh tawadhuk dan mengharap. Sekurang-kurangnya kalau gagal di akhir garisan nanti. Taderla terperosok, terpenyek teruk sampai tak boleh bangun. Sebab bila jadi seseorang yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada yang MAHA MENGETAHUI, MAHA PENCIPTA, MAHA BIJAKSANA, MAHA TELITI, MAHA HALUS, MAHA PENYAYANG, MAHA PEMURAH. Kita tetap akan OK and FINE. Dapat juga kan pahala , InshALLAH....

Last but not least, saya ada tulis sesuatu yang lahir dari hati saya ketika mencari idea untuk short speech tempoh hari. Sudikan membaca yer :)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Parents,
Do not worry if our children is still learning how to read
But worry if they didn't know how to say 'thank you' or 'I am sorry'

Parents,
Do not worry if our children don't know how to solve the mathematics problem
But worry much if they didn't know how to solve their 'life' problem

Parents,
Do not worry or bother on how mane A's or E's they obtained
But worry if they didn't know how to respect their parents, teachers, friends, animals and all of ALLAH's creations

Parents,
Teach our children on how to manage their time 
Teach our children to be the BEST for ALLAH S.W.T

Parents,
Our children is 'our' amanah. Let's strive and carry out the duty as a parents and teachers to nurture them so that they can be the best muslims in this world.


That's All and Thank You for reading!

Have a great weekends ahead peeps!

:)



Indoor playground Jungle Gym ATRIA MALL yang awesome!!!!

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Rupa-rupanya ada juga indoor playground yang BEST dalam area KL / Selangor ni. "BEST" kat sini pada saya adalah termasuk kebersihan, how friendly their staff treated us, facilities, decorations, parking, distance from my house and entry price

Setelah enam jam spend masa kat sana, memang berpuas hati sangat-sangat. Lagi sesuai tempat ni dijadikan 'dating place' untuk mommies yang ada anak-anak. Lagi la kalau dah lama sangat tak jumpa. Mesti banyak kan bende and topik nak borak . Termasuklah cerita-cerita lawak, tak masuk dek akal zaman-zaman muda remaja dahulu kala.

Kat mane sebenarnya Jungle Gym ni?

Atria Shopping Gallery (Level 2)

Jalan SS 22/23, Ss 22, 47400

Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Phone:+60 3-7731 7193

Hours:

10:00am - 10:00pm



Jungle Gym ada dua branches. Satu lagi kat Bangsar dan harga tiket pun agak murah lagi di sana. Mungkin sebab yang di ATRIA MALL ni yang paling besar. Cuma kat sini tiada roller sport.
Entry price agak mahal sebab anak-anak saya semuanya above 2 years. Mujur sampai awal, around 10:40am dah terpacak kat sini. Jadi, mari berkampung dalam ni sampai ke petang.
Nanti, kena isi borang dulu. Lepas buat bayaran boleh la proceed ke dalam and please keep the receipt yer. Sebab adult ( guardian ) dapat redeem coffee or mineral water . Cashier nak tengok receipt tuh.
Decoration dari luar dah nampak ceria sangat! Budak-budak dan mak nya sama-sama excited. Owh wow!! tak sabar nyer nak masuk main. Oh yer! Masuk sini jangan lupa bawak stokin. Wajib pakai..kalau tak bawak kena beli kat sana. Tak sure pulak berapa RM harga nya.
Mula-mula masuk terus serang kinetic sand nih. Dulu ada perasaan nak beli untuk anak-anak main  kat rumah tapi bila tengok derang main dengan sepupu derang aritu, bersepahnya alahai...Adusss...mama terus padam jer ngan liquid paper perasaan nak membeli tuh. Kalau rajin boleh ajer bentangkan tikar getah or any alas so that nanti senang la nak kemas balik. Cuma, rasa rugi bila dah bersepah tuh..kena vacuum or sapu and buang. Dah tinggal sikit. Lama-lama main, agaknya habis terus sand tuh. Hahaha!
Wohooaaaa!!!! suka sangat slide ni. Mamanya pun join sekali tau. Panjang betul and licin. Laju betul bila slide ke bawah. Tengok la muka Uwais tuh. Thrilled habis!
Ini pun syok! baling bola and aim masuk dalam lubang bentuk tulang kat anjing tuh. Once dapat masuk nanti dengar la die berbunyi.
Mama tak mampu lah nak naik sekali main semua kat sini. Ketinggian diri sendiri membuatkan kita kena membongkok selalu, kalau  tak nanti terhantuk kepala. Lenguh weh..sakit pinggang makcik. Haha! Amik gambar dari bawah ajer la. Ni kalau tak silap Umair and Uwias sedang meniti  atas jambatan.
Konsepnya kan dalam jungle. Harus la ada sungai dengan buaya-buaya. Lompat jangan tak lompat. Kalau tak nanti kena NGAP! Tempat batu loncatan tuh pun lembut. Made from plastic or rubber. Memang sesuai la kan..kalau jatuh tak sakit. Kids friendly sangat semuanya!
Cermin kelakar ni pun ada...tetiba jadi kerempeng, gemuk, pendek, senget benget. Hehehe..
Ini lagi satu! kegilaan anak-anak. Kalau orang dewasa pun boleh melompat, dah lama mama join sekali. Tapi apakan daya, kalau nak melompat juga silalah ke jumpstreet trampoline park. Anak-anak saya memang suka melompat especially yang boys tuh. Kalau kat rumah, tilam kami jadi mangsa. Huhu..
Lepas penat melompat boleh masuk dalam ni layan movie pulak. Siap ada sofa bean bag lagi tuh. Jangan lupa beli pop corn kat depan . Memang rileks habis la. Tutup semua langsir tuh..sama dah dalam cinema. Cuma, movie limited..tak banyak sangat pilihan. Ada frozen, cars and ape lagi ntah.

Lain-lain CD rosak katanya. Hehehe..Air kosong korang bawak la sendiri sebab semuanya jadi mahal dalam ni. Bila dah banyak berlari, melompat dan bermain..tekak pun cepat kering. Haus... Bekalan air 2 botol dari rumah habis kena teguk.
Selain dari toilet yang disediakan, tempat buat birthday party pun ada. Sesuai lah kan? Lepas makan potong kek terus gi main.
Kadang-kadang ada aktiviti memasak untuk kanak-kanak. Derang buat kat area sini la. Nanti if nak tau details boleh lah check website junglegym.
Dan kalau nak tau sebenarnya, motif ke sini dengan anak-anak adalah untuk berdating dengan kawan lama. Ex-roommate masa kami bersekolah di MRSM BP dulu. Ya ALLAh..lama sangat tak jumpa. Bila dan masuk universiti, terus terputus hubungan. Masing-masing bawak haluan. Alhamdulillah...ada sekali dapat jumpa masa dah bekerja dulu tapi lepas tuh hilang balik. hahah! Now, kami masing-masing dah resigned. InshaALLAH, lepas ni ada la lebih masa kalau nak jumpa lagi kan Maz?
Maz and her daughter.
Cepat nau lapor anak-anak. Order pulak sepinggan french fries dan tak sampai 3 minit, habis licin and siap cakap tak cukup nak lagi. Dah..dah! jom balik! Almost 4pm ..kang lekat jem kat LDP tuh.
Nak stop dulu and pegi solat pun tade masalah sebab musolla memang sebelah tu ajer. Tempat wudhu' dan telekung juga disediakan. Best kan?

All in all, memang tempat ni recommended untuk dikunjungi. Cuma entry price tuh agak mahal juga lah. Kena gunakan sepenuh hati dan perasaan. Kalau nak murah maybe boleh try pegi kat Bangsar or masa weekdays yang bukan cuti sekolah.

Last but not least..saje nak share gambar indoor playground yang kami pernah pegi masa kat Asobono Tokyo Dome dulu. BEST sebab lagi banyak station tempat mainan. Tak sempat nak cover semua. Lepas tuh tak repeat dah. Tsk..tsk..tsk


That's All and Thank you for reading

Have a nice day!




Jom belajar Bahasa Jepun ( Nihonggo o benkyoushimashouu!!)

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Konnchiwa
Ogenki desu ka

Good day
How are you?

Terasa lama tak bercakap nihonggo ( bahasa Jepun ) walaupun ibarat ayam dan itik. Tapi, confident itu penting! Hahaha...

Cubaan berinteraksi dengan Nihonjin ( Orang Jepun ) suatu ketika dahulu
Balik Malaysia, berkarat terus sebab tak apply langsung. Celah mana nak cakap Jepun tuh pun tak tahula. Unless, mendisplinkan diri pergi belajar balik, amik exam JLPT ( Japanese Language Profiency Test ), belajar sampai power, apply biasiswa pergi Nihon sambung belajar balik kat sana. Wow! tinggi nya angan-angan. Hello~~~ berpijak pada bumi yang nyata please.

Taderla...

Sebenarnya kalau betul-betul nak memang boleh diusahakan sebab kita ada pilihan dalam hidup. Walaupun Qada' dan Qadar, tetapi kita yang masih mencorak kan kehidupan kita nak yang macam mana kan? Okeylah..memang saya tak nak pun. Kih!

Sebelum lari dari topik asal. Jom kita tengok basic conversation kalau kita nak bercakap Jepun. Mana tau, kot-kot ada kenalan baru Orang Jepun ke, dapat melancong ke Negara Jepun, or bakal menantu Orang Jepun <__>  ( yang ni agak over la sket kan. Tapi..tapi..tapi ..kalau dapat pun apa salah nya kan? ? ) Angan-angan lagi.

Kalau korang saje-saje nak say 'Hi' kat Japanese , sila berdiri tegak dan jangan lupa senyum dulu. Lagipun bab senyum ni  Nabi Muhammad S.A.W ( p.b.u.h ) memang selalu buat. Malah baginda tidak akan memulakan percakapannya selagi tidak didahulukan dengan senyuman. So, make it practice ok? Tak kisah la dengan sesiapa pun. Contoh : cashier, toll gate girl, jiran tetangga, suami , isteri, anak-anak and the list goes on :)

Lepas tuh cakap :

Konnichiwa! ( Good day! ataupun selamat tengahari )
Ohaiyou Gozaimasu !( Good Morning )
Konbanwa ( Good Evening )

Once upon a time. Masa summer matsuri ni depa sambut depan rumah ajer :)
1) Kalau nak tanye. Sihat ke tidak ? Cakap macam ni :

O genki desu ka

genki ( sihat / baik )
desu ( is )
ka ( selalu digunakan dalam ayat tanya )

Kalau sihat jawab macam ni

Haii! genki desu ( yer..saya sihat )
ataupun
Haii! totemo genki desu  ( yer..saya sihat sangat )

2) Nak cerita lebih pun boleh. Katakanlah korang nak introduce diri sendiri yang basic setakat nama ajer kan.

Watashi no namae wa ( Your name ) desu
Watashi no namae wa (Nany ) desu

Kalau nak lagi proper means lebih bersopan santun tinggi budi pekerti  pula :

Hajimemashite. Watashi no namae wa Nany desu. Yoroshiku Onegaishimasu!
Nice to meet you. My name is Nany. Sila beri tunjuk ajar ( yang ni boleh digunakan dalam pelbagai situasi )

3) Lepas shopping selalu nya mereka akan cakap :

Arigato gozaimasu / gozaimashita( thanks )

Kita jawab balik :

Doo iteshimashite(you're welcome)

Kadang-kadang derang akan cakap bahasa pasar juga. Contohnya : Domoo! ( you're welcome )

4) Lepas tuh nak say bye-bye pulak :

Jaa ne( see you )

Kita jawab :

Bai bai. Ja mata!( well, see you later )

5) Nak start makan selalu kita baca doa dulu. Orang Jepun pula cakap :

Itadakimasu( Let's eat ) .

6) Ini kalau korang berkesempatan ada rezeki ke Negara Jepun. Memang bila kita masuk mana-mana kedai kat sana, derang akan welcome kite dengan perkataan :

Irrasshaimase ( Welcome )
Korang tak yah jawab ape pun. Sengih-sengih ajer sudah. Hahah!

Anyways, dah banyak kali masa makan kat Sushi King waitress kat sini pun akan cakap Irrasshaimase jugak tau. Bagus-bagus...cuma kena semangat lebih sket bila greeting customer. Heheh~

7) Kata la masa tuh kita dalam lift and nak keluar . Then nak cakap excuse me kat orang depan kita tuh. Boleh cakap macam ni :

Sumimasen ( ingat ajer sumi tu rasenye masin)

8) Tetiba terlanggar or terbuat sesuatu secara tak sengaja dan nak mintak maaf :

Gomennasaii. Or  Gomen ne! ( bukan gomen kerajaan yer )

9) Bila makan ramen or any food and rasa sedap  :

Oishii!!! ( delicious )

My elephant pandan cake. Oishii!
Kalau sedap sangat-sangat sampai meleleh air mata :

Totemo Oishii! ( Very delicious ) Watashiwa daisuki desu! ( I like it)

Kore, totemo oishii!!!
 10) Kalau tengok any show / window shopping / nak puji barang tuh cantik / atau anything yang bagus then, kita pun impressed. Boleh sebut :

Sugoii!!! 


11) Cantiknyaaa~~~~  in Japanese :

Kireii~~~ 

Hana Zakura ga totemo kireii desu!
Kore wa, kireii desu ka? :)

Minna san, kono wo 'entry' yonde itadaki arigatou gozaimashita. Kore wa, nihonjin no shashin desu. Sakura o hanami ni Nihon :)

That's All and Thank you for reading






Oh my Arabic !

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Dulu masa tidak tahu dan tak da usaha nak ambil tahu tentang bahasa arab ni, jadi main sebut ajerla without knowing the actual meaning.

Contohnya perkataan yang kita dulu selalu  sebut :

"Alim lah Pak Samad tuh...pakai kopiah, berjanggut dan berjubah sentiasa"

" Anak sapa lah tuh yer.Alim betul, untung sapa dapat jadikan dia  menantu. Hari-hari pergi ke masjid"

Itu antara dialog yang selalu saya ucapkan dengan kawan-kawan ataupun yang kita selalu dengar. Nak tau maksud sebenar kalau sebutan kita tak betul? Nah..ini jawapan nya :

 Lain sangat kan?

Sebab tulah kita perlu belajar mengaji dan menyebut dengan sebutan yang betul. Kalau tak memang lain lah yang disebut. Dengan maksud dia sekali lari jauh.

Kawan-kawan yang budiman..

Rasa 'lain' tau bila kita dah boleh faham sikit-sikit apa yang ALLAH S.W.T cuba sampaikan pada kita semua.

Tips yang saya boleh kongsikan kat sini. Kalau dah jumpa perkataan baru seperti di atas di dalam Al-Quran terus take note dan jot down kat kertas or kat mana-mana yang korang senang nak ingat.  Untuk pengetahuan korang jugak, perkataan-perkataan dalam Al-Quran tuh banyak yang diulang-ulang. Especially dalam juzuk 1 - 3.

Apa yang saya sedar, selepas saya mula berjinak-jinak dengan bahasa arab ni, saya jadi lebih 'alert' dengan setiap huruf, perkataan dan maksud. Lebih berhati-hati bila menyebut.

Sebenarnya, perjalanan saya sendiri pun masih jauh lagi dalam memperkuasakan ilmu bacaan Al-Quran ni. Doakan yer? Semoga ALLAH S.W.T mudahkan urusan saya dan kita semua. InshaALLAH..niat yang baik ALLAH S.W.T akan permudahkan.

That's all and Thank You for reading!




Warna warni kehidupan!

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Cuti sekolah anak-anak buat apa di rumah? Bulan ni, saya masukkan Hannah, Umair dan Uwais kelas melukis dan mewarna di Art Safari dalam Giant dekat dengan rumah. Motif utama hantar derang kat sini adalah sebagai persediaan untuk masuk kan Hannah / Umair dalam pertandingan mewarna dan melukis di bawah anjuran Pelikan Malaysia. Boleh juga mengisi masa lapang dengan aktivit yang berfaedah.

Pertama kali sebenarnya saya masukkan anak-anak dalam pertandingan macam ni.  Dari dulu lagi  semasa saya masih bekerja memang menyimpan hasrat untuk derang join this kind of activity. Tapi, masa sangat terhad. Nak layan derang makan pun kadang bersilat. Waktu tu semua kecik-kecik lagi. Kakak pun belum masuk sekolah rendah. Umair dan Uwais pulak beza hanya setahun 5 bulan. Itulah warna warni kehidupan.
Mama intai dari jauh jer. Umair and Hannah memang dah independent. Si bongsu tu alahai..muka die ketat jer semacam. Toleh kiri, toleh kanan. Merayu cakap kat abang " Uwais tak pandai....abang buatkan ler"  . Maklumlah, ini pertama kali saya tinggalkan dia dengan abang-abang without I am around.

Oleh kerana  kelas tu almost 2 hours jugak. Maka saya pun sempat balik ke rumah ...kemas dapur, bayo bill online, masak nasi dan minum kopi Muar panas secawan! Hahaha! Puas hati den.

Untuk kelas semalam, teacher ajar derang lukis hat and how to colour it using oil pastel and water color. Dia akan ajar teknik yang betul Contohnya : How to blend the family colors so that nanti hasil warna lukisan kita tuh nampak ada tone di situ.

 Ini abang Umair punye. Habis ajer kelas memang dia terus cakap.."BEST lah mama..Abang suka!"
 Kakak macam biasa, kalau diberi pilihan dia akan pilih yang ke arah girl :)
Uwais punya hat. Sebenarnya dia punya banyak teacher and abang yang tolong buatkan. Kalau dia buat sendiri tak tau la jadi apa. Apa pun~~ tahniah Uwais. Boleh juga bagi kerjasama selama 2 jam duduk atas kerusi tu diam-diam.
Sambung ke malam pulak kids melukis dan mewarna. Oh ye! nak bagitau water color bulat-bulat macam pallet tuh sangat lah sesuai untuk budak-budak guna. Fungsi dia sama macam water color biasa yang buncho tuh tapi ini lagi BEST! Sebabnya senang digunakan. Tak payah nak cungkil letak dalam bekas lain. Just celup paint brush dalam air sket, then calit jer kat atas pallet warna tuh. Bila dah siap guna..terus tutup dan simpan! Easy peasy lemon squeasy!
Oil pastel die pun syok guna. Tak melekat di jari dan senang dibersihkan. Cuma, kalau kuku anak-anak kita panjang , nanti akan masuk sket ke dalam kuku. So, please make sure kuku pendek or lepas bersihkan, terus potong kuku derang. Demi kesihatan dan keselamatan bersama :)

last but not least,

Kalau ada sesiapa yang nak join juga contest mewarna anjuran PELIKAN tuh boleh check kat website ni tau : http://www.pelikan.com/kids/Pulsar/en_MY.CMS.displayCMS.2477./contest

PELIKAN Shop pula terletak di aras 3, The Gardens Mall, Mid Valley. Hari ni last day ada 30% discount tau. Dan kalau terasa malas nak ke sana, boleh dapatkan di MPH Bookstore, Mydin, Isetan dan ada lagi few tapi tak ingat. Nanti jangan lupa check kat website tu yer. Cuma tak dapat la discount 30% tuh.

p/s : Wish me luck for the competition yeah. Kena jadi pakar motivasi, strong support untuk anak-anak.

That's All and Thank you for reading!





Main masak-masak bersama Chef Muluk anjuran InvolveAsia - Lazada + Nestle Maggi + Tefal

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

ALLAH S.W.T is Ar-Razzaq . Terima kasih ya ALLAH kerana rezeki Mu di hari ini

Happy nya rasa bila dapat invitation from InvolveAsia khas untuk bloggers main masak-masak dengan Chef Muluk. Paling best, bila saya pun suka masak memasak. Event berlangsung selama 2 jam 30 minit di Nestle HQ @ Damansara.Anak-anak pertama kali setelah 2 tahun tidak ke daycare dan hari ni, saya tetapkan hati dan teguhkan iman untuk hantar mereka ke sana .
Posing dulu sebelum event start. Cantik lah setup dapur dalam studio ni. Seriously rasa macam dalam cerita MasterChef tu ha!!!
Ketibaan Chef Muluk a.k.a Chef Maggi di dapur. Masa ni, chef dok promote apa yang best pasal kuali jenama Tefal ni  termasuklah ciri-ciri non-stick, ketebalan dan perasaan memasak yang gembira bila menggunakan produk dari Tefal
Chef Muluk ni ada kisahnya yang tersendiri. Percayalah, kalau dahulu beliau seorang pengawal menara tapi sekarang sudah mencipta nama sebagai seorang Chef yang terkenal. Boleh baca sini untuk tahu serba sedikit tentang kisah beliau : http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0405&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm
Followed by kata-kata aluan dari wakil Maggi Nestle. Habis ajer short speech tuh, Chef Muluk pun mula bersilat di dapur. Relaks ajer tengok dia masak sambil boleh buat lawak, cakap-cakap , berinteraksi dengan audience. Apsal kalau saya masak berpeluh-peluh, lepas tuh ke depan jap sebab ada hal emergency dengan anak-anak. Pastuh, lupa kecikkan api. Ting! hangit dik non ikan ahkak~~ Kah kah kah!
Chef masak 2 menu - Paellaand Salad Maggi! . Gambar di atas semuanya resepi pertama beliau  iaitu Paella . Kalau tengok memang mudah sangat nak buat tinggal ajer bahan-bahan yang agak susah nak dapatkan in one roof. Unless rumah korang dekat dengan Cold Storage or I-Setan ker then baru boleh jumpa bahan-bahan hidupan laut seperti scallop dan tumbuh-tumbuhan hijau Pakcik Jamie Oliver seperti fresh basil.

Tapi actually , boleh ajer nak guna apa yang ada . Cukup lah dengan udang dan sotong dan daun basil maybe boleh tukar dengan daun kesum. Watak utama resepi Paella adalah beras Jepun. Yokatta!!! Nihon kara desu ne. Hahaha... ( google la sendrik maksud dia )

Sambil masak sambil bercakap Chef ni. Lepas tuh dia buat quiz kat audience pulak. Sapa dapat jawab dapat hadiah. Masa tu dok depan sekali , jadi memang fokus dengar apa dia cakap. Terus laju-laju mak student ni angkat tangan dan jawab soalan. Yeayyy!!!! dapat kuali comel Tefal and voucher produk Tefal and Nestle. Alhamdulillah~~~~ Happy benau tuh sampai sepet mata.
Paella yang ready to be served. Sedap sangat laaaaaa~~~ naik bau die bila letak daun daun-daun basil tuh. Nasi pun just nice. Perfect cooked. Lima bintang!!!!
Menu kedua ialah Salad Maggi. Haa!!! Maggi pun boleh jadi agak menyihatkan bergantung kepada creativity masing-masing. Ni paling senang nak buat. Cuma kena grill chicken breast then, slice nipis-nipis. Sayur-sayuran boleh guna apa yang korang nak letak. Gaul-gaul semua bersama seasoning flavor die then letak dalam bekas khas untuk serve salad yer. Anyway, ini produk terbaru dalam rangkaian Maggi iaitu "Oat Mee"

Kemudian, kami diarahkan untuk ke station memasak masing-masing . Kesemua bloggers dah dibahagikan mengikut kumpulan dan diberikan bahan mentah yang berlainan. Group saya, Group D diberikan beberapa slices ikan siakap dan lobak putih. Gunakan semua produk memasak Maggi Brand yang disediakan. Boleh amik apa saja yang ada.

 Girl! why you so serious?? hehe! Anyway, Kak Ayu jadi team leader kami.
 Ikan tu , dilumurkan dengan seasoning kicap Maggi dan Serbuk Cukup Rasa Maggi. Lepas tuh, kita grill ajer atas kuali Tefal.
 Penyediaan kuah masak sweet sour.
 Introducing, new friend. Sempat interview tips camane cari masa berblog since kerja tapi dalam masa yang sama nak update blog hari-hari. I kadang-kadang taip dua baris lepas tuh ngantuk takpun dah time out! anak nak tidor. Kena tangguh next time pulak. Hehehe...
Berangan kalau dapur sendrik cantik , meletop macam ni. Tapi kalau tapau makan kat luar hari-hari pun tak jadi jugak kan ? baik tukar jadi museum ajer dapur tuh. Hahaha!
Taraaaa~~~ dah siap menu-menu kami. Ada som tam lobak putih dan siakap sweet sour. Pastinya lazatttt sekali.
Dengan ahli Group D yang lain. From left to right : Kak Ayu. Nanie, Ummizarra and Athirah. Seronok dapat jumpa kawan-kawan blogger yang lain. Sorang lagi, Kak Halimah tapi bukan satu group lah. Nak bagitau, kakak tuh kental betul. Kerjaya utama tukang urut yang boleh jaga ibu-ibu dalam pantang. Confinement lady pun blogger juga yer.
Sementara menunggu Chef Muluk dan para juri yang lain mengadili setiap masakan dari Kumpulan A-Kumpulan E. Kami dihidangkan dengan snack yang kesemuanya memang sedap menjilat jari :)
Sambil sambil mengunyah cuba juga menghadam sharing session presentation from InvolveAsia. Ini juga antara benefit lain yang saya dapat hari ni. Belajar macamana nak jadikan blog kita sebagai platform berbisness.

Dan masa yang paling mendebarkan pun tiba. Ini grand prize untuk para pemenang yer. Dapat sorang seketul periuk Tefal canggih ni.
Bukan rezeki kami hari tuh untuk menang. Tahniah kumpulan E atas kejayaan menjadi juara memasak :) Sebelum pulang,kami diberikan giveaway setiap seorang. Nak tau apa yang kitaorg dapat. Meh tengok meh...
Banyaknye Maggi!!!. Hahah! Tak pernah-pernah ada stok sebanyak  ni. Paling syok dapat voucher Rm20 off untuk pembelian produk Tefal through Lazada.

Hadiah paling bermakna hari ini adalah

PENGALAMAN

Seronok rupanya bila dapat join aktiviti-aktiviti macam ni. Maklumlah, kali pertama join. Excited nya terlebih la sket. Disamping tu, dapat tengok sendrik Chef Muluk memasak since beliau ada juga berkongsi banyak tips yang lain. Contohnya, cara memilih daun limau purut. Hehehe..

Berjumpa kawan-kawan blogger yang lain pun BEST. Sebab boleh bertukar-tukar pendapat dan mintak tunjuk ajar. Derang ni siap ada business card sendrik tau. Baru tau, jadi blogger pun boleh jana pendapatan tak pun dapat jimat duit sebab dapat hadiah macam giveaway tu .

Okey la,

I think that's ALL for now. Mata dah mengantuk.

Minna San. Oyasumi nasai.

Thank you for reading





 

Enjoy balik kampung!!!

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Hai semua..
Rindu nyer nak berblog selepas 6 hari 5 malam kami pulang ke kampung. Line internet takdak since kampung saya tuh memang jungle style. Kiri kanan kelapa sawit, pokok pisang and pokok kelapa. Kalau nak cari line takat nyawa-nyawa ikan tuh kena gi celah2 bilik, dapur ke, rak baju ke. Takpun, keluar gi pekan sat . Sambil-sambil beli sayur dan ikan, boleh la check seround FB / IG . Blog pulak takat mampu baca tajuk . Kalau nasib baik, dapat la baca komen sekali. Hehehe..

Apa pun, seronok sebenarnya dapat duduk balik bawah ketiak mak ayah. Layan kerenah anak-anak tanpa gangguan 'dunia luar ' . Ikan, ayam and sayur-sayuran juga sangat segar dan banyak pilihan. Lagi apa? Owh masakan mak yang luar biasa sedapnya. Tak payah la nak guna sangat kuali Tefal yang non-stick tuh. Kuali biasa yang nipis tuh pun dah habis sedap dah kalau mak yang masak.

Bangun pagi-pagi lepas subuh, tengok mak tengah sibuk bungkus nasi lemak. Since rumah parents kat kampung ni banyak sangat pokok pisang, jadi tader masalah lah takat nak balut 10 bungkus nasi lemak. Kalau derang tahu, harga daun pisang kat KL ni camana, sure bising :) . Lalu, saya pun join sekali lah tolong mak.  Memang sedap lah makan panas-panas nasi lemak ni kan.  Ada banyak lagi makanan yang menjadi signature bila kami balik ke kampung. Contoh lain ; sup Bagan Datoh yang power, putu piring and bambu. Belum pernah jumpa yang sesedap and original macam yg kat kampung ni haaa.

Aktiviti lain budak-budak ni waktu petang adalah bermain kat luar. Tengoklah, mak saya DIY bakul sampah plastik yang tak guna ni jadi betul-betul "basketball". Hahah! barulah Kbat kan gini? Seronok sangat derang main sampai berpeluh-peluh. 
Sambil nak aim bola, sambil kena serang dengan nyamuk. Bertabah la anak-anak. Mama dengan papa dulu dah biasa dengan nyamuk ni. Dah besar masuk universiti, mama kena demam denggi pulak. Haishh...masa kecik2 kat kampung dulu yang selalu kena gigit nyamuk sihat lah ajer. Dugaan betul.
And they continue playing around with their surrounding. Nak jadi kucing agaknye...hahah! Opah derang la ni yang melayan. Apa lagi, masing-masing tunjuk "ekor"

Pokok Bunga Kenanga ni banyak gak kenangan masa saya kecik-kecik dulu. Mak selalu ambik bunga ni untuk letak dalam bedak sejuk buatan dia tuh. Saya tak suka bau bedak sejuk yang baru nak kering tuh..busuk sangat. Hapak! hahaha...

Tapi Bunga Kenanga ni sangat wangi. Kalau balik kampung, ambil la juga letak dalam kereta buat perfume. Tapi tulah, tak lama..dah layu kering dalam 2-3 hari . Lepas tuh, tade la bau wangi dia. 
 

Sarang burung ni original tau. Tak tau la mak jumpa kat mane, last2 die sangkut kat pokok bunga ni. Dok intai-intai gak kalau ade penghuni dalam tuh..tapi tak jumpa pulak. Heheh...

Aktiviti malam lepas solat maghrib and mengaji. Hannah paksa opah main sekali kad Boboboy ni. Hahaha...Kesian opah. Tak sampai pun satu round opah main, opah pun cakap :

" Eh...tak larat ler opah nak main...penin kepale opah"

Hahaha..eh! kome tau ke slang oghang perak cane? 
Kampung saya ni dah banyak berubah. Semakin sunyi sebab orang muda semuanya berhijrah ke bandar. Rindunya zaman kanak-kanak dahulu. Masih terbayang-bayang suasana berjalan kaki dengan adik / abang ke sekolah kebangsaan. Petang pula, gi sekolah agama. Balik tuh, terus gi main ngan kawan-kawan. Buat pondok dari batang ubi kayu, guna guni plastik as bumbung and dinding. Tempurung kelapa jadi mangkuk. Dedauan, bunga and ntah apa2 lagi objek yang jadi bahan masakan.Seronok betul rasanye. Bahagia.

Tak pasti if nanti in future , cucu-cucu kitaorg nanti masih dapat menikmati keindahan dan keunikan hidup di kampung ataupun tidak.

That's All

Thank you for reading!





Jom kita ajar anak-anak dengan"Ar-Rahman"

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Parents,

I have something to share about "hands-on" learning technique. Sambil-sambil buat benda yang kita suka with our kids, we also can teach them anything that come up in our mind at that time.

Selalunya, saya takde la planned beriya sangat nak buat apa dengan anak-anak. Tapi long term punya planned tuh ade but still kabur and takde la details yang ade bullet point etc. But, I 'll make sure I will do 'something' yang ade value with my kids at least once a week.

It can be, "bed talk" before sleep.

Kadang ke laut jugak bende ni sebab bila dah ngantuk or mama ade 'keje' lain nak buat and papa is not around. They have to settle themselves. Terus ZzzZzz without baca surah 3 quul and du'as. Sebab takde orang nak remind kat derang.

I tell you, bende2 yang macam ni ..maksud saya yang nak dijadikan HABIT ni memang kena consistent buat and bersabar. Biasalah kan, kadang benda baik memang susah nak buat. Syaitan pangkat paling tinggi pun datang la jalankan tugas dia. Heheh~

So, main topic hari ni adalah anak-anak belajar tentang PEMANDANGAN & NASI. On the way balik dari kampung baru-baru ni, saya singgah jap di Sekinchan , Selangor. Kalau balik kampung ikut Setia Alam-Kapar- Kuala Selangor...kita memang akan lalu area ni. Sampai la ke Sabak Bernam, Hutan Melintang dan akhir sekali Bagan Datoh.

Sekinchan ni memang terkenal dengan kecantikan suasana Sawah Padi. Cantik hijau sangat. Tapi, sedih bila tengok tali air dicemari dengan sampah sarap dan botol-botol air. Seriuosly terganggu sangat bila nak amik gambar. Dengan sampah sarap tuh masuk dalam kamera I. Huhuhu...angle dah cantik tapi ada sampah pulak 😕

Anyways, sebelum ni saya ada pinjam buku di library yang bertajuk "Mukjizat As-Maul Husna dan atasi masalah harianmu". Saya tak baca sampai habis pun. Separuh ajer. Kesimpulannya, in anything yang kita nak buat dalam kehidupan seharian kita, kena 'seru' nama-nama ALLAH ni. Oh yer! tau tak..sebenarnya scholars lain ade yang jumpa nama-nama ALLAH ni is more than 99. Sebab derang kaji Al-Quran sedalam-dalamnya. Cuma, yang 99 tuh memang common selalu jumpa dan disebut berulang-ulang kali dalam Al-Quran.

Memula sampai area sawah padi tuh..anak-anak memang excited sebab boleh lari sana sini and tader orang pun time tuh. Hahah! batas padi pun nampak selamat since taderla air bertakung. Masa tuh, dah tak hujan 2-3 hari jugak. Derang memang suka cari serangga, kalau tader pun memang sanggup pegi selak celah lalang dan rumput 😂

Tengok tuh! ada rumah, awan, pokok kelapa. Cantik kan? Kalau dulu masa sekolah rendah standard lukisan pemandangan adalah sawah padi. Bermula dengan bukit bukau, anak sungai dan sawah padi. Burung layang-layang jangan lupa, juga matahari yang terik memancar. Tak paham. Kenapa tak lukis pemandangan lain macam contoh : Gunung Kinabalu ke, Gunung Fuji ke, "concrete jngle" ke. Aha! mungkin masa tuh, memang tak ter expose pun dengan pemandangan yang lain. Korang dulu kecik-kecik lukis ape?

 Ada la tu idea ...cari ape pun tak tau.
Bila disuruh hugging each other. Sian adik kena kepit dengan ketiak kakak. Hahah!
Cepat jer derang ni meninggi. Kejap lagi sama tinggi la dengan mamanya ni. Dah tak baby dah masing-masing.
Ini yang saya ceritakan kat anak-anak. Sambil-sambil suruh mereka posing dan ambil gambar. Topik nya adalah As-Ma'ul Husna - Ar-Rahman dan Ar-Razzaq

Padi. Dari padi manusia akan proses menjadi beras dan akhirnya menjadi nasi. Tapi....Hannah, Umair and Uwais taukan? padi ini yang sebelum jadi nasi tuh...ALLAH SWT yang buat? ALLAH S.W.T sifatnya AR-RAHMAN iaitu Maha Pengasih. Kasih dan sayangnya ALLAH bukan kepada umat manusia sahaja. Tapi, kepada padi ni juga. Sebab tuh ALLAH turunkan hujan dan lepas tuh cahaya matahari sebagai sumber minuman dan makanan untuk semua makhluk ALLAH yang ada di dunia ni. 

ALLAH S.W.T juga Ar-RAZZAQ. Maha memberi rezeki. Rezeki tuh bukan dari duit jer tau..tapi tengok  ni...padi yang akan diproses menjadi beras dan akhirnya makanan harian kita iaitu NASI. Dapat makan, perut kenyang...jadi kena lah bersyukur kepada ALLAH . Alhamdulillah...

Itu jer. 
Memang tak lama sebab macam saya cakap tadi, yang 'sesambil' tapi kena selalu buat. Harapnya, minda separuh sedar mereka dapat lah tangkap dan faham apa yang saya cuba sampaikan. Seronok nya lain macam kalau lesson beyond the classroom kan? 

Asyik nak belek buku pun nanti budak-budak boring. Kena ubah angin gaya pendekatan pembelajaran mereka. Sebab tuh ada parents yang suka homeschooling. Hurmm..cakap pasal homeschooling ni pun tajuk agak besar juga. First tips, kena banyak membaca , bertanya dan buat kajian luaran dan dalaman pasal bende ni.

Last but not least, jom layan gambar-gambar yang saya ambil tempoh hari. Kat area Sekinchan ni kalau tak silap ada juga homestay yang disediakan tapi saya pun tak tahu nak recommend yang mana sebab tak pernah cuba. Kalau korang nak yang suasana ala-ala kampung bersawah padi dan tak jauh dari KL boleh la kot try google. Hehehe...

That's All and Thank you for reading

Have a great weekends!
 


Cerita Hari Sabtu - Masak nasi ayam dengan anak-anak

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Semalam kami dok kat rumah ajer. Jadi masa yang terluang sebab malas nak keluar kami habiskan masak-masak di rumah. Goshh!! dah lama tak buat aktiviti macam ni ngan anak-anak. Last time masa kat Jepun dulu kot. Sebelum berakhir 2016, jom kita repeat lagi aktiviti ni.

Kali ini, saya ajak anak-anak masak nasi ayam. Sebab senang dan sedap. Step pertama saya ajar Hannah tuliskan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak nasi ayam :)

Bende pertama jangan lupa cuba kaitkan dengan KEBAIKAN ALLAH S.W.T kepada kita semua. Lepas tuh, tuliskan apa bahan yang akan digunakan untuk memasak nasi ayam nanti. Kalau ada yang tak tau, jangan risau sebab nanti masa tolong sure derang akan diperkenalkan dengan bahan-bahan tersebut di dapur.

Ayam yang saya beli tu, saya suruh penjual tu potong 2 bahagian ajer. Then, balik rumah senang anak-anak nak bersihkan. Langkah pertama untuk membersihkan ayam adalah dengan melumurkan 3 sudu besar tepung gandum pada keseluruhan ayam tadi. Umair and Uwais enjoy sangat buat yang ni. Perap dulu dalam 10 minit.
Sementara itu, boleh sukat dan basuh beras. Antara benefits bila suruh anak-anak buat sendiri tugas macam ni adalah mereka akan belajar tentang kebersihan dan pengiraan. Berapa cawan beras dan air yang diperlukan untuk menghasilkan nasi yang elok dan cantik bila dimasak.

Tugas untuk Hannah pula adalah penyediaan air sup dan untuk memasak nasi. Memula kekok juga Hannah nak guna pisau dengan cara yang betul. Tapi Alhamdulillah...bila dah ajar boleh juga la dia buat. Halia tuh potong kasar-kasar ajer sebab nanti nak kena tumbuk dengan bawang putih.

Tips lain adalah, ambil sket lelemak kulit ayam tuh, hiris la kecik-kecik. Tumis guna butter instead of oil. Lagi banyak lagi sedap. Kemudian, masukkan kulit ayam tadi. Then, masukkan bawang putih dan halia tadi. Bila dah garing bahan-bahan tadi...terus masukkan air. Perasakan dengan garam.

Bila dah menggelegak, boleh ambil sket air rebusan tuh untuk buat sup. Masukkan beras dan masak nasi macam biasa. Air tu kena sukat lah yer. Kalau 2 cawan beras, 3 cawan air or 3 cawan setengah. Depends on jenis beras masing-masing.

Umair tumbuk halia dan bawang putih untuk marinate ayam. Anak lelaki pun saya rasa nowadays wajib diajar membuat kerja-kerja di rumah. Sunah Rasullullah juga kan?
Masukkan bawang putih + halia yang ditumbuk lumat bersama, kicap, sos tiram dan sedikit gula. Part ni boleh ikut suka hati lah yer. Budak-budak ni bergilir-gilir nak masukkan sumer bahan tuh .
Kacau rata dan biarkan dalam 10 minit. Sementara tuh, jom tengok nasi yang tengah dimasak tuh.
Nasi ni bila dah masak turn out sedap sangat. Rase die ala2 nasi kat Nandos tu haaa...maybe sebab guna butter and lelemaks ayam tuh kot. Lepas makan nasi ni..rasa mok-mok sangat! Hahahaha~~~
Ni resepi sambal cili saya. Senang ajer, guna cili besar + halia + bawang putih +perahan lemon + garam dan gula. Masak ajer sampai pekat. Then, siap!

Sambal kicap pulak...ambil bawang putih + cili padi yang dah digoreng. Tumbuk lumat dan masukkan kicap serta sup ayam tadi.

 Goreng ayam dengan minyak yang banyak. Tutup kuali tadi supaya isi ayam masak sempurna
 Potong timun dan tomato. Minta tolong anak-anak hidangkan makanan sama-sama
Terbaayeeeekkkkk! derang memang tak sabar-sabar nak makan. Mungkin sebab tadi banyak tolong jadi rasa excited lah nak rasa masakan sendiri. Jangan lupa, baca doa sebelum makan. Lagi bagus kalau makan sama-sama satu family. RM25 boleh dapat nasi ayam yang sedap untuk 5 orang dan tahan sampai malam. Best kan?
Alhamdulillah...terima kasih ALLAH S.W.T atas rezeki nasi ayam yang sedap hari semalam.

That's All and Thank you for reading!

:)


Viewing all 613 articles
Browse latest View live