Quantcast
Channel: nanyfadhly
Viewing all articles
Browse latest Browse all 608

Resepi Homemade Yogurt Buah Yang Sihat Dan Lazat!

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Baru-baru ini, saya ada buat yogurt buah sebagai pencuci mulut untuk seisi keluarga. Menariknya yogurt buah ni, kita boleh tahu berapa jumlah kandungan gula yang digunakan. Yerla, sebab kemanisan tu kita adjust yang sendiri. Disamping kandungan gula yang yang kita boleh kawal, buah-buahan yang digunakan juga adalah yang fresh sahaja!

Kalau pergi ke pasaraya tuh, jangan pergi ke kawasan makanan ringan sahaja. Bawa juga anak-anak kecil ke bahagian yang menjual sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Hasilnya, anak-anak boleh belajar jenis buah beserta warna dan juga bentuknya.

Hannah, Umair dan Uwais setuju untuk membeli buah epal sorang sebiji, buah anggur tanpa biji dan buah mangga seketul dan buah betik sepotong yang saya beli di hari lain.

Cara nak buat pula sangatlah mudah. Korang hanya perlukan buah-buahan segar pilihan hati, yogurt perisa asli dan 2-3 sudu besar gula perang. Kalau dapat yang organik lagila terbaik!

Seterusnya, minta anak-anak tolong di dapur. Kakak setuju untuk mencampur gula ke dalam yogurt dan seterusnya kacau ajerla sampai gula tu hancur.

Si Abang pula sudah yakin untuk memotong buah-buahan. Cuma, sebelum potong tuh saya ajar dia dulu teknik pegang buah dan pisau yang betul. Tips lain, please make sure pisau yang nak digunakan itu memang tajam yer. Sebab kalau tumpul lagi bahaya.

Buah anggur merah tanpa biji ini sangat manis dan rangup. Sedap dimakan begitu sahaja!
Rambut masih basah sebab balik dari sekolah terus tak sabar nak buat yogurt buah. Mama suruh mandi semua dulu sebelum masuk dapur.

Buah betik saya beli sepotong ajer kat dalam Kiosk Stesen Minyak Petronas
Make sure pisau tajam yer aunties and uncles!
Tu jari adik. Sibuk lahai nak ppotong juga. Mama risau dah takut terkena jari adik.
Sedap sangat tau mangga ni. Saya beli sebiji sahaja dulu. Takut rasa dia masam.
Tugas yang paling senang untuk si bongsu. Campur semua dalam mangkuk.
Ready to mix up with yogurt!
Tengok la reaksi muka si Umair bila dapat masuk sesudu ke dalam mulut.
Nyumss!!!!
Senang jer kan nak buat. Owh yer..lagi satu. Kalau nak sedap saya guna yogurt dari Farm Fresh. Kalau yang Nestle tuh agak pekat sedikit. Anak-anak lebih sukakan yang Farm Fresh tuh lagi.

That's All & Thank you for reading!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 608

Trending Articles